Latest Single - Lelaki Atas Awan



Thursday, March 13, 2008

Peluang

Bismillahirrahmanirrahim



Diddy tak tahu sebenarnya bagaimana Diddy nak gambarkan perasaan Diddy apabila terpilih ke top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Kalau Diddy nak rangkumkan semua mungkin perkataan yang paling sesuai adalah terharu. Mungkin ramai yang tidak sedar, apabila mereka memilih Diddy untuk sama-sama berada di dalam top 5, mereka membuka peluang yang amat luas untuk Diddy.



Berada di dalam top 5, saban minggu Diddy diberi publisiti yang cukup meluas oleh Berita Harian. Biarpun letih, keseronokannya menjangkau imaginasi. Peluang yang Diddy dapat bukannya datang dengan mudah. Selain daripada photoshoot, Diddy juga diberi peluang untuk mengikuti road tour ABP hampir ke seluruh bandar besar di Malaysia. Bermula di Kota Bharu, Kelantan hinggalah berakhir di Shah Alam, Selangor, Diddy juga berpeluang untuk mempromosikan album sulung Diddy. Peluang bertemu dengan peminat pastinya sukar untuk Diddy dan Abang Badrul lakukan sendiri.



Sebab itulah setiap kali Diddy ditemuramah dan ditanya tentang harapan Diddy untuk ABP, jawapan Diddy tetap sama. Diddy tak mengharapkan kemenangan. Ianya mungkin terlalu cliche kerana siapa yang tidak mengharapkan kepada kejayaan. Tetapi pada Diddy, berada di dalam top 5 adalah satu kejayaan yang tak terhingga nilainya kerana peluang-peluang yang Diddy perolehi daripadanya. Memegang piala kemenangan pada Diddy adalah bonus dan sesiapa saja antara lima orang dari kami yang berjaya pasti tahu kehebatan peluang yang diperolehi ketika berada di top 5 melebihi segalanya. Banyak lagi sebenarnya peluang yang terbuka untuk Diddy. Satu hari nanti Diddy akan ceritakan.



Kepada yang mengundi Diddy untuk berada di dalam top 5, dengan rasa rendah diri Diddy ingin ucapkan jutaan terima kasih atas peluang yang diberikan kepada Diddy. Inshaallah Diddy akan terus memperbaiki diri untuk memberikan yang lebih baik kepada semua. Semoga Diddy akan terus mendapat peluang sehebat ini.

Salam Sayang
Diddy

13 comments:

Anonymous said...

A’kum Diddy! Syari undi Diddy bukan setakat Diddy sbg sorang penyanyi, ttp krn Diddy mmg berbakat besar. Satu lagi, Diddy jgk ada personaliti yg sgt bagus dn patut jadi artis contoh! Syari bangga dgn kejayaan Diddy & peluang yg Diddy dpt. Syari berdoa smoga Diddy akan trus success!

Menang kalah adapt pertandingan ttp Diddy sentiasa menang di hati kami!

p/s – sorry Kak Hezz, ni dah telebih hetriks dah nih (icon gelak guling2 atas lantai)

nur fazuliana said...

nk cop!

Anonymous said...

yeah..u go diddy!!
kami akan sntiasa support diddy..

agak2nya komen ku ini no bape ek??

Anonymous said...

grrrrrrrrrrrrrrrrrr... baru jer refresh 5 min lepas... grrrrrrrrrr (icon hempap syari ngan anak badak)

Diddy... you and abg bad deserve tahap yg diddy capai arini... diddy dah merangkak naik dgn segala usaha dan penat lelah sendiri bersama abg bad... Dan skrg diddy dah mula berlari kearah sucess... way to go bro..

ever so proud of you,

kak hezz

ps - syari... hatiku hancur mengenang dikau (icon meraung guling2)

nur fazuliana said...

hahahah:)
dpt jgk second..bole la tuh...

btlla kak syari..
dd,ktorg undi dd sbb mmg dd berbakat besa n bole tros maju dl mbidang tu ngn suare dd yg unik tu...
n gudluck dd...
hrp2 dd mng nnti..
sbb dd da bwat yg terrrrrsgt10 baek.:)

♥dd

Anonymous said...

wah..tenkiu2
diddy dah ltk link website unofficial yg anis wat tu
tq..tq..
ktorg sume akan sntiasa support diddy!!

9754 said...

assalamualaikum. :)

diddy,u deserve it! alhamdulillah peminat2 kat sana dah mula perasan kehadiran diddy. :) apeng doakan semoga diddy berjaya utk dptkan anugerah tu nanti.tapi menang kalah,adat pertandingan kan!

diddy ada bakat,rupa and paling penting,atittude.

stay cool diddy! hehehh.

(sambil gelak besar teringat fazu kata diddy punya entry sangat skema.wakakaka.)

larikkk sebelum fazu kejo ngan nyapuh!

♥ → diddy ,
apeng. :)

nur fazuliana said...

apeng!
aku x sekejam tuh...
plg x pon aku kejar ngn lesung batu jer...
:))))

Hudd Pique Lovato said...

sori la guna lg diddy punyer halaman... hehe..

kak hezz bg la contact no.. cm ne nk sengal2 nanti..leh jupe2 lepak2...lama tak dgr citer.. pe projek?..hehe..

layari bLog sy yg tak seberapa nih..

Anonymous said...

tumpang lalu Diddy (icon jalan tunduk2 dgn penuh kesopanan.. ahaks)

hudd, masuk la Casa DeAmourous Diddy kat forum Cari tu... nanti akak PM phone no. malu la pulak nak letak kat sini takut peminat2 akak serbu phone akak nanti... tenggelam pulak popularity diddy.. ahaks (ampun diddy... juz sekali sekala teringin nak berangan jap)

kalau hudd tak bz 23 march ni jom la jumpa kat SACC mall shah alam... kitorang akan beramai2 pegi tengok Diddy perform utk ABPBH... =))

9754 said...

rasa nak je naek komuter dari Rasa 23hb nanti.pastu benti kat shah alam.haha. :))

jgn tekojut kalau apeng tetibe ada.hekhekhek. (isk.sampai bile nak verangan nehh. )

Santubung@Niki said...

peluang ada masa sekali jer datang. ada masa berkali2. rebutlah peluang itu jika ia peluang yg baik untuk diddy lebih berjaya .... (skemanya aku hari ni)

misz_dini said...

hello...dd..aper pun best of luck for ABPH nanti...U CAN DO IT OK..