Latest Single - Lelaki Atas Awan

Thursday, March 27, 2008

Budi

Bismillahirrahmanirrahim



Sebelum berakhirnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 yang akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highland pada hari Ahad ni, Diddy nak ambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang terlibat sepanjang Diddy mengikuti road tour ABP. Kemungkinan besar mereka tak baca pun blog Diddy =) tapi tetap nak rakamkan rasa terhutang budi Diddy pada semua.



Buat Kak Cham, Editor Hiburan Berita Harian, terima kasih kerana sudi membenarkan Diddy mengikuti kesemua road tour ABP. Kepada En. Akmal, Editor Hiburan Bi-Pop, terima kasih kerana sering memberikan kata-kata perangsang, Abang Abie yang tak jemu2 memberikan publisiti, nasihat dan pedoman. Juga En. Adam, Editor Hiburan Harian Metro, yang banyak berikan nasihat pada Diddy. Terima kasih tak terhingga pada En. Wan, Abang Farihad, Kak Serimah, Abang Rudy, Abang Rozdan, Abang Zubir, Abang Zul Husni, Abang Hardi, Kak Raja, Kak Suzan, Abang Nurul, Abang Zaharin, Kak Sue, Kak Echa, Pak Ya dan semua yang tak putus2 memberikan publisiti pada Diddy di akhbar2.



Ucapan terima kasih juga Diddy ingin sampaikan pada semua dalam team Akademi Industri Muzik yang tak pernah jemu memberikan keselesaan pada Diddy sepanjang road tour. Terima kasih Kak Atie, Kak Sha, Itcha, Pojie, Jay, Abang Ayie, Abang Mas Ayie, Abang Yus serta team sound engineer. Tak lupa pada dua orang abang pemandu bas. Sesungguhnya pengalaman yang Diddy dapat membolehkan Diddy memperbaiki diri di masa hadapan. Budi semua akan Diddy kenang. Kalau ada salah dan silap Diddy, harap maafkan dan kalau ada nama2 yang Diddy tertinggal pun harap maafkan juga.

Salam Sayang
Diddy

7 comments:

Anonymous said...

drop by from fiebie blog. all d best ya!

-sb-

kak hezz said...

hi diddy =)

juz nak ckp... akak terharu sgt diddy include 2 pemandu bas dlm list thank you diddy...

you are juz so special... at this point of time for you... bukan senang nak maintain humble n down to earth... but you've managed to stay true to yourself.

ever so proud of you =)

Kak Hezz

nana a.k.a fazu:) said...

btl ape kak hezz ckp..

bangge sgt ngn dd:)
take cre,gudluck,jgn putus asa ok..:)

♥ dd:)

diddy said...

Diddy bangga dengan semua komuniti Diddy. Semua orang best =)

Anonymous said...

Hi Diddy

Artis best dapat supporters yang best
wakakaaka..
tp seriously...keep up attitude Diddy yang humble n ceria selalu.
Makin lama makin ramai peminat..insyaallah
Kak Inc

Santubung@Niki said...

Diddy...

dorang tak baca pun tak bermakna dorang tak tahu diddy amat berterima kasih atas budi & nasihat mereka

terkadang ucapan lebih bermakna. terkadang perhatian sudah memadai
terkadang lirikan mata & senyuman mengatasi segala2nya
terkadang tawa kita cukup menyejukkan hati

kita perlu menjadi org yg sentiasa memberi & menerima budi & kasih sayang dr org2 sekeliling kita

wawa said...

comelnyer kucen kak sant, hikhik.

a'kum diddy... ni wawa kertu menulis. hehe.

seronok tgk dd appreciate semua org di sekeliling dd... it's always good to fill your heart with love & gratitudes... ia membuatkan hidup kita lebih bermakna & tenang =D

stay as humble as you are...

mengolah dr ada kata2 ni yg ditempek kat dinding bilik ku masa dolu2.. "work smart, play hard" hikhik.. ;)

all d best lagik skalik =)