Latest Single - Lelaki Atas Awan



Tuesday, May 27, 2008

Jam

Bismillahirrahmanirrahim



Mulanya Diddy ingat nak tulis tentang pengalaman Diddy ketika Tour Sabah tapi Diddy belum dapat gambar2 dari Abang Badrul. Jadi Diddy nak tulis dulu tentang Hot FM Mini Jam yang Diddy ikut serta pada hujung minggu lalu di Alor Setar, Kedah. Ini adalah kali pertama Diddy ikut Hot FM Mini Jam selepas tahun lalu di Port Dickson.





Kami semua bertolak menaiki bas dari Sri Pentas lebih kurang pukul 11 pagi. Ramai juga artis yang sama2 naik bas seperti Misha Omar, The Lima, Ayu dan Jinbara. Pengalaman sebegini pada Diddy memang menyeronokkan kerana dalam perjalan sebenarnya kita dapat mengenali antara satu sama lain. Kak Rina dari Sony BMG, Kak Mimi pengurus Misha Omar dan lain-lain memang sporting. Seronok dapat kenal mereka kerana banyak nasihat2 dan pandangan yang Diddy dapat jadikan pengajaran.





Diddy masih ingat ketika satu show di Gelang Patah, Johor, tahun lalu. Diddy dan Misha diundang oleh pihak Harian Metro sempena Konsert Kembara Harian Metro. Ketika itu album Diddy belum lagi keluar di pasaran dan Diddy cuma ada single sahaja. Tetapi Misha melayan Diddy seolah-olah kami dah kenal lama. Malah Misha juga beri peluang pada Diddy untuk mencuba microphone beliau. Bayangkan artis baru seperti Diddy diberi peluang menyanyi menggunakan microphone berharga belasan ribu ringgit. Pada Diddy, bukan harganya yang menjadi ukuran, tetapi keikhlasannya berkongsi sesuatu yang amat bernilai itulah yang akan Diddy kenang.





Berbalik pada Konsert Hot FM Mini Jam, apa yang Diddy boleh katakan, peminat2 di Alor Setar, Kedah, memang hebat! Terima kasih tak terhingga kerana memberikan sambutan yang luar biasa kepada semua artis yang hadir. Diddy pun nak ucapkan terima kasih juga pada penyampai2 Hot FM yang semuanya memang sporting terutamanya Leya, AG, Anne dan Tini. Memang tak henti kami bergelak ketawa. AG memang gila!





Walaupun kami terus pulang selepas habis konsert, penatnya tak terasa kerana semua orang memang best. Harap2 Diddy akan dapat lagi peluang sebegini. Terima kasih sekali lagi untuk Hot FM.

Salam Sayang
Diddy

Friday, May 23, 2008

Saat

Bismillahirrahmanirrahim

Diddy cuma nak ceritakan serba sedikit tentang video yang kami rakamkan untuk lagu Saat. Abang Badrul berikan cadangan untuk membuat video klip lagu Saat khas untuk YouTube. Peluang tiba apabila Diddy mengikuti Sabah Tour 2008 dan turut singgah di Kudat untuk konsert. Rakaman video lagu Saat ini dibuat berhampiran Tip of Borneo di Kudat dengan hanya menggunakan camera Canon biasa dan cameraman yang bukan profesional iaitu Abang Badrul =) Banyak goyang! Tapi Diddy gembira dan seronok! Diddy harap semuanya seronok dengar lagu Saat versi baru yang dibuat oleh Audi Mok untuk Diddy perform di konsert2. Lagu versi ni mempunyai sedikit touch of country song. Lagu versi di dalam album pula adalah untuk dinner shows.



Salam Sayang
Diddy

Tuesday, May 13, 2008

Sabah

Bismillahirrahmanirrahim



Buat pertama kali Diddy menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu, Sabah. Terima kasih DiGi Superstars yang membawa Diddy ke sana. Sebelum ni Diddy pernah juga singgah di Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu tetapi ketika itu Diddy hendak ke Lawas, Sarawak sempena Pesta Lawas.





Rombongan DiGi Superstars sepatutnya tiga orang iaitu Diddy, Zed Zaidi dan Jehan tetapi di saat2 akhir Jehan tak dapat ikut serta kerana sebab-sebab yang tertentu. Jadi tinggal hanya Diddy dan Zed saja. Farah dan Adam pula ikut serta untuk konsert Power Root dan kami semua tinggal di hotel Shangri-La.





Walaupun hujan turun dengan lebat pada awalnya tetapi ramai orang yang datang untuk bertemu kami. Diddy rasa sangat gembira dan puas hati kerana impian Diddy untuk bertemu peminat2 di Kota Kinabalu tercapai. Diddy harap akan dapat peluang lagi untuk ke Kota Kinabalu dan membuat persembahan untuk peminat2 di sana. Terima kasih untuk semua yang datang dan memberikan sokongan untuk Diddy serta DiGi Superstars.





Salam Sayang
Diddy

Monday, May 12, 2008

Rumah

Bismillahirrahmanirrahim



Diddy rasa mungkin ada yang dah dapatkan majalah Media Hiburan yang terbaru. Di ruangan Life Style ada kisah Diddy di rumah. Terima kasih kepada Kak Maisarah dan Abang Haniff dari Media Hiburan yang sudi pilih Diddy untuk ruangan tersebut. Jangan lupa dapatkan majalah Media Hiburan yang terbaru di pasaran.






Cuma untuk mengelakkan rasa salah faham, Diddy nak beritahu di sini bahawa rumah tersebut bukanlah rumah Diddy tetapi rumah Abang Badrul yang dijadikan tempat untuk photoshoot. Sebelum ni sudah tiga kali photoshoot dibuat di rumah Abang Badrul. Kalau tak salah Diddy untuk majalah i-Remaja, majalah URTV dan untuk menggambaran Citarasa Selebriti bersama Kak Sheila Rusly.






Bila bercerita tentang konsep rumah pilihan Diddy, memang betul Diddy gemarkan rumah yang ringkas dan tidak terlalu banyak perabot. Sebab tu Diddy memang suka dengan keadaan rumah Abang Badrul tetapi bukanlah maksud Diddy rumah tersebut adalah rumah Diddy. Diharap tidak ada yang salah anggap.






Sekali lagi jangan lupa dapatkan majalah Media Hiburan yang terbaru! Nanti boleh tahu apa gaya yang Diddy gemari, bagaimana Diddy habiskan masa, filem yang Diddy suka tonton, warna pilihan Diddy dan komen Diddy untuk Akademi Fantasia Enam. Juga gambar-gambar menarik di rumah Abang Badrul.

Salam Sayang
Diddy

Thursday, May 8, 2008

Baru

Bismillahirrahmanirrahim



Baru sekejap tadi Audi Mok memberitahu Diddy "It's rare to find a great Artiste's Manager and you are very lucky". Memang Diddy rasa sungguh bertuah kerana Abang Badrul menjaga Diddy seperti menatang minyak yang penuh. Dia mahukan yang terbaik untuk Diddy pada setiap masa. Tidak ada istilah duduk diam untuk Diddy. Kalau tidak dengan undangan nyanyian, mesti ada sessi bergambar untuk publisiti dengan akhbar atau majalah, atau promosi2 dengan stesen2 radio. Selain itu ada perancangan lain melibatkan kelas piano, vokal dan tarian. Malah, dengan pertolongan Abang Abie dari Harian Metro juga Diddy kini setiap tiga kali seminggu akan ke gym. Tiada masa yang terbuang begitu saja.





Terbaru, ada satu projek istimewa yang bakal dihasilkan tak lama lagi. Awal malam tadi satu perbincangan diadakan antara Abang Badrul, Audi, Diddy dan Nur Fatima. Tapi buat masa sekarang Diddy tak dapat terangkan dengan lebih lanjut. Diddy memang teruja kerana ini bakal menjadi satu perkara yang pertama kali Diddy lakukan. Insha-Allah sampai masa nanti Diddy akan terangkan. Tapi buat masa sekarang Diddy seperti di awang-awangan. Diddy dah mengantuk, esok pagi ada photoshoot dengan Majalah Remaja di Karangkraf, Shah Alam.



Salam Sayang
Diddy

Monday, May 5, 2008

Pelakon

Bismillahirrahmanirrahim



Minggu lalu buat pertama kali Diddy ikut DiGi Superstars. Jadual Diddy yang padat tak memberi peluang untuk Diddy bersama DiGi Superstars ke beberapa tempat sebelumnya. Minggu lalu kami ke Kota Tinggi, Johor. DiGi Superstars yang ikut serta ialah Raja Farah, Jehan Miskin dan Zed Zaidi.





Mungkin ramai yang tak tahu, tetapi ini adalah antara pengalaman yang sangat beharga pada Diddy. Sebagai seorang yang baru di bidang seni, Diddy tak berpeluang bergaul dengan ramai artis apatah lagi dari cabang seni yang berbeza. Macam yang dikatakan tentang Road Tour Anugerah Bintang Popular sebelum ni, peluang bergaul dengan artis2 lain memberi ruang untuk Diddy mengetahui lebih lanjut tentang dunia seni yang Diddy ceburi. Pengalaman yang mereka tempuhi mungkin boleh Diddy jadikan tauladan untuk Diddy bekerja lebih keras.





Diddy kagum dengan mereka kerana walaupun mereka lebih dulu di bidang seni tetapi mereka tidak melayan Diddy seperti orang baru. Walaupun mereka adalah pelakon2 terkenal di Malaysia, mereka tak sombong atau meninggi diri. Malah layanan yang diberikan pada Diddy seperti rakan yang sudah lama kenal antara satu sama lain. Betul kata pepatah lama, "Tak Kenal Maka Tak Cinta". Diddy akan tetap mengingatkan diri Diddy supaya tidak melihat seseorang dari luaran sahaja.

Salam Sayang
Diddy

Sunday, May 4, 2008

Penyampai

Bismillahirrahmanirrahim



Pertama sekali Diddy nak ucapkan jutaan terima kasih pada Abang Khal Aman Shah yang buat rambut untuk Diddy sempena Anugerah Industri Muzik. Terima kasih juga pada Hazwani Osman yang buatkan tuxedo. Tak lupa untuk Jennifer Thompson yang memberi peluang kepada Diddy untuk menjadi penyampai anugerah untuk dua kategori pada malam tersebut bersama Aliff Aziz. Kalau nak tahu apa pengalaman Diddy pada malam AIM, jangan lupa dapatkan Diari DiGi Diddy.






Sebagai artis baru, Diddy rasa sungguh bertuah berada di bawah F-Tersix Records. Pada tahun lalu Diddy berpeluang untuk membuat persembahan di pentas Anugerah Planet Muzik di Singapura dan Anugerah Era di Genting Highlands. Tahun ni pula Diddy menjadi antara lima finalis untuk Anugerah Bintang Popular dan Anugerah Planet Muzik. Lebih manis, Diddy juga berdiri di pentas Anugerah Industri Muzik. Walaupun bukan sebagai finalis, tetapi Diddy diberi kepercayaan menjadi salah seorang penyampai anugerah. Segala kepayahan yang Diddy lalui sebelum ini menjadikan semua pengalaman yang Diddy tempuhi cukup manis.





Hujung minggu ni Diddy akan berada di Kota Kinabalu, Sabah, bersama beberapa orang lagi DiGi Superstars sempena DiGi Gegeriuh di sana. Diddy teruja sebab inilah kali pertama Diddy akan ke Kota Kinabalu dan berpeluang bertemu peminat di sana. Diddy dah beberapa kali ke Sarawak untuk persembahan di Kuching, Matu, Bintulu dan Lawas tapi belum pernah lagi ke mana2 tempat di Sabah. Kalau ada rezeki, Diddy akan buat persembahan di Sabah pula nanti.





Salam Sayang
Diddy