Latest Single - Lelaki Atas Awan



Sunday, April 27, 2008

Bowling

Bismillahirrahmanirrahim



Pertama sekali Diddy minta berbanyak maaf pada Kak Sant kerana Diddy tak dapat menghadirkan diri petang tadi. Diddy ada hal keluarga yang tak dapat Diddy nak elakkan. InshaAllah jika ada rezeki nanti kita berjumpa lagi. Jangan serik nak jemput Diddy ya. Pada kakak2 dan abang2 lainnya pun Diddy mohon maaf. Keadaan tak mengizinkan.



Pagi tadi berlangsung pertandingan bowling yang dianjurkan oleh Da Vom. Terima kasih banyak2 kepada Kak Tre yang membantu menyediakan dua pasukan untuk Diddy =) Terima kasih juga pada DiGi Superstars kerana menyediakan T-Shirt untuk pasukan Diddy. Sebenarnya bowling bukanlah satu permainan yang Diddy arif tapi disebabkan sukan bowling menjadi satu sukan yang paling mudah untuk mengeratkan persahabatan, maka ianya menjadi sukan yang Diddy kena belajar main.




Pertama kali Diddy bermain bowling untuk pertandingan ialah ketika Fiesta Media Idola tahun 2007. Selepas tu banyak juga jemputan bowling yang Diddy ikut seperti yang dianjurkan oleh Media Hiburan, Radio Muzik dan pertandingan antara FC. Diddy terharu kerana buat pertama kali Diddy ada team sendiri. Terima kasih pada semua yang sudi bermain untuk team Casa DeAmourous.





Walaupun keletihan kerana baru balik dari Kota Tinggi, Johor, Diddy rasa seronok kerana dapat bertemu dengan semua. Kalau ada layanan yang tak seberapa dari Diddy, harap maafkan dan kalau ada yang datang berjumpa Diddy untuk bergambar dan Diddy tak berkesempatan, maafkan juga. Diddy kepenatan dan perlu bergegas pulang. Minggu ni pun jadual Diddy penuh dari hari Isnin hinggalah ke hari Ahad.



Salam Sayang
Diddy

Tuesday, April 22, 2008

Kerja

Bismillahirrahmanirrahim



Hari ni memang penat sikit. Lama juga Diddy terperangkap dalam trafik untuk ke photoshoot majalah Mangga di Restoran Sri Melayu. Kemudian kami kena tunggu hujan reda sebelum photoshoot bermula. Mungkin sebab kepenatan ni Diddy rasa tak dapat nak menulis panjang lebar. Esok pula Diddy ada dua photoshoot. Satu bersama Malay Mail di Bangsar pada sebelah pagi dan dengan Majalah Remix di studio Utusan pada sebelah petang. Malam pula Diddy ada perbincangan untuk satu projek baru yang akan dimulakan tidak lama lagi. Rasanya cukup setakat ni dulu dan kalau masa mengizinkan Diddy akan tulis lagi malam esok. Untuk Kak Dang serta Kak Inc sekeluarga, selamat mengerjakan umrah. Semoga semuanya berjalan dengan lancar, selamat pergi dan selamat kembali.

Salam Sayang
Diddy

Monday, April 21, 2008

Anugerah

Bismillahirrahmanirrahim


Diddy tak mahu bercerita sangat tentang Anugerah Planet Muzik tetapi Diddy nak bercerita tentang dua peristiwa yang berlaku di malam tersebut. Peristiwa ni akan tetap Diddy kenang. Diddy sangat terharu dengan usaha komuniti Casa yang sanggup bersusah payah membuat banner untuk Diddy. Sesungguhnya Diddy rasa sangat dihargai. Seingat Diddy ketika di Akademi dulu pun hanya keluarga Diddy yang membuat banner memberikan semangat untuk Diddy disetiap konsert mingguan. Tetapi kali ni ada orang di luar sana yang benar2 meminati Diddy dan memberikan semangat untuk Diddy. Syukur dan terima kasih tak terhingga untuk penghargaan ini. Diddy akan sentiasa ingat sampai bila2.




Kemudian ketika post party Diddy bertemu dengan diva Indonesia yang cukup Diddy kagumi Kris Dayanti. Sebelum sempat Diddy hulurkan tangan untuk bersalam, Kris Dayanti terlebih dulu menyebut nama Diddy. Tanpa ada perbezaan Kris Dayanti bercerita tentang kisah berduet di finale Anugerah Planet Muzik tahun lalu sambil menyanyikan sedikit baris2 lagu Saling Terpesona. Diddy rasa sangat kagum dengan sifat rendah diri yang ada pada Kris Dayanti. InshaAllah ia akan menjadi pegangan Diddy.





Salam Sayang
Diddy

Tuesday, April 15, 2008

Joran

Bismillahirrahmanirrahim



Hari Sabtu lepas Diddy ke Jitra, Kedah sempena Pesta Joran Bank Rakyat Berita Harian. Pada sebelah paginya memang berlaku satu peristiwa yang boleh dikatakan sedih dan kelakar. Kalau sesiapa yang mendaftar mendapatkan diari Diddy melalui DiGi Superstars mesti tahu ceritanya sebab Diddy tulis dalam diari Diddy =) Perjalanan ke Jitra memang menyeronokkan kerana kami berbual macam2 benda. Abang Badrul, Abang Abie, Farah dan Diddy tak berhenti2 berbual. Memang betul kata Farah, ada hikmah di sebalik kejadian sebelah pagi. Rasa sekejap saja perjalanan untuk sampai ke Jitra. Sempat juga kami berehat di apartment yang disediakan.




Diddy dan Farah masing2 nyanyi dua lagu dan satu lagu duet. Walaupun panas terik, perasaan kami seronok dapat menghiburkan orang ramai yang hadir. Berpeluh selepas habis show =) Menurut Abang Abie, ada keluarga yang berkhemah di situ untuk menyertai pertandingan memancing. Hadiah pun bukan sedikit, RM15,000 tunai untuk tempat pertama!





Habis buat persembahan, kami balik semula ke apartment untuk berehat, mandi dan solat. Sempat juga lelapkan mata seketika. Kemudian dapat panggilan dari sepupu Farah yang ada di Kedah memberitahu isterinya bakal melahirkan anak yang pertama. Selepas kemas barang kami terus ke hospital. Lebih kurang sepuluh minit di bilik menunggu, isteri sepupu Farah selamat melahirkan. Kami semua dapat peluang melihat bayi yang baru lahir. Memang comel! Sebelum balik ke Kuala Lumpur, kami berhenti makan di tepi jalan. Pertama kali Diddy makan nasi lemak Kedah yang sungguh sedap dan juga bihun sup. Sedap sangat! Satu lagi yang Diddy nak cakap, adik kepada sepupu Farah memang macam Dafi! Selama ni Diddy selalu juga baca ada ramai orang yang serupa wajah Dafi tapi Diddy rasa sepupu Farah ni lah yang paling hampir. Tengoklah sendiri wajahnya di bawah.



Salam Sayang
Diddy

Monday, April 14, 2008

Tahniah

Bismillahirrahmanirrahim



Minggu lepas Diddy ke majlis ulangtahun ke 17 Harian Metro di Bangsar. Terima kasih atas jemputan. Hampir sepanjang hari juga Diddy habiskan masa di Bangsar kerana sebelum tu Diddy ke gym. Pada masa yang sama, Majalah Hai buatkan photoshoot di sana. Habis saja photoshoot kami semua ke starbucks merehatkan diri sebab hujan lebat.

Orang kata, yang pertama itu paling susah dilupakan. Mungkin sebab itu Diddy tak akan lupakan budi Abang Abie dari Harian Metro yang mula-mula memberikan publisiti besar2an pada Diddy selepas keluar daripada Akademi. Sebenarnya beberapa tahun dulu sebelum masuk program realiti, Diddy pernah ke Harian Metro untuk sessi fotografi. Masa tu Diddy masuk satu pertandingan nyanyian dan ke sana untuk temuramah bersama Kak Akmar juga dari Harian Metro. Memang pengalaman yang sungguh berharga. Jadi dikesempatan ni Diddy nak ucapkan tahniah untuk Harian Metro yang meraikan ulangtahun ke 17. Juga buat semua di meja hiburan seperti Encik Adam, Abang Abie, Kak Tarty, Abang Rudy, Kak Shakila, Kak Akmar, Kak Ramlah, Kak Yanie, Kak Yatie, Abang Rafaie, Abang Nasif, Abang Firdaus dan semua (maaf kalau ada yang ketinggalan) tahniah dan semoga terus berjaya menjadi akhbar nombor satu di Malaysia.



Sebelum Diddy lupa, Diddy gembira sebab single keempat Diddy lagu Saat dah dimainkan di radio. Petang tadi Diddy dengar di Radio Hot FM ada seorang pemanggil kalau tak salah Diddy nama Liza buat permintaan untuk lagu Saat. Tak dapat dibayangkan perasaan Diddy masa tu. Terima kasih! Jangan lupa untuk terus membuat permintaan dan undi lagu Saat di radio-radio =)

Salam Sayang
Diddy

Tuesday, April 8, 2008

Era

Bismillahirrahmanirrahim



Hari Isnin Diddy ke radio Era untuk temuramah sempena Anugerah Planet Muzik 2008. Mungkin orang di luar tak dapat dengar dan lihat tapi keadaan di dalam konti Era memang kecoh dan kelakar. Diddy dan Farah Asyikin menjadi tetamu untuk Linda Onn. Entah macam mana pada sebelah paginya Farah ke dentist untuk pasang retainer. Kesian pada Farah disebabkan oleh retainer yang dipakai, dia tak dapat nak sebut perkataan yang ada huruf S. Memang kelakar sangat. Sampai sakit perut kita orang ketawa di dalam konti. Tapi Diddy suka sebab Farah memang sporting dan walaupun dari keluarga yang berada, dia sangat merendah diri. Tak habis2 dia nak bercakap walaupun susah nak sebut macam2 perkataan =)





Setiap kali ada iklan dan lagu dimainkan, mesti kita orang jalan2 dan usik barang2 dalam konti radio Era. Ada satu ketika kami buat berebut2 trofi Anugerah Bintang Popular yang ada di situ. Sampai Linda Onn pun tak dapat tahan ketawa. Dua jam rasa macam sekejap saja bila kita bersama2 dengan teman2 yang kita senangi. Macam Diddy di Melaka, rasa macam sekejap saja. Rindu nak makan asam pedas lagi =) Jangan lupa Anugerah Planet Muzik 2008 pada 20 April 2008 di KL Convention Centre, siaran langsung di Astro Ria dan Radio Era.





Salam Sayang
Diddy

Monday, April 7, 2008

Melaka

Bismillahirrahmanirrahim



Berada di Melaka memang satu kenangan yang sungguh menyeronokkan. Kami bertolak ke Melaka pada Sabtu pagi tetapi sepanjang malam Diddy tak dapat tidur. Hanya selepas subuh baru Diddy dapat melelapkan mata seketika. Tetapi alhamdulillah perjalanan ke Melaka lancar. Tiba di Ayer Keroh, kami terus ke Sri Warisan Resort untuk ambil bilik dan tinggalkan beg, kemudian terus ke tempat berlangsungnya Jom Heboh. Sempatlah Diddy rehat lebih kurang 10 minit di belakang pentas sebelum membuat persembahan di booth Hot FM.





Rombongan dari Kuala Lumpur, Melaka dan Seremban hanya tiba selepas Diddy habis buat persembahan =) Abang Sham, Kak Maya, Arin, Wawa, Aqua dan Linda kemudian bawa Diddy dan Abang Badrul makan tengahari di restoran berdekatan. Kalau Diddy banyak diam saja maafkanlah sebab habis makan saja Diddy memang rasa mengantuk sangat2. Kemudian mereka semua hantar kami balik ke resort. Habis solat zohor, Diddy terus lelap =)




Lepas magrib, Abang Sham dan Linda datang jemput kami untuk makan malam di rumah Abang Sham dan Kak Maya di Paya Rumput, tapi kalau ikut Wawa cakap di 'Rumpai Laut' =) Banyak betul makanan yang disediakan. Ada masak asam pedas ikan pari dan ikan tenggiri, barbeku ayam, ikan, udang, kerang, sosej. Ada nasi goreng dan nasi putih, sayur campur dan macam-macam lagi. Sedap sungguh masakan asam pedas emak Abang Sham. Selain daripada Arin, Wawa, Aqua dan Linda, ramai juga yang ada termasuk emak dan ayah Kak Maya. Memang ramai yang berkumpul dan rasa seronok dapat makan sama2. Sambil makan kami yang muda2 mengadap tv tengok konsert akademi fantasia dan yang tua2 ada di luar berbual2 =)



Selepas tetamu lain semua dah balik, Abang Sham, Kak Maya, Arin, Wawa dan Linda rancang buat kejutan harijadi untuk Aqua. Kalau tak silap Diddy harijadi Aqua pada hari Rabu, 9 April, tapi mereka buat sambutan lebih awal. Kelakar dengar cerita perancangan beli kek untuk buat kejutan. Kesian juga pada Aqua sebab dia demam teruk . Lepas makan kek, aiskrim, tengok The Best of Nabil dan habis berbual, Abang Sham, Arin dan Wawa hantar kami balik ke resort.





Hari Ahad awal2 lagi mereka sudah sampai di tapak Jom Heboh =) Ramai sungguh orang yang datang. Sekali lagi Diddy buat persembahan tiga lagu iaitu Saat, Sana dan Lena. Walaupun letih tapi Diddy sangat seronok. Peluang seperti ni tak akan datang beberapa kali. Diddy dapat peluang bertemu dengan ramai peminat di Melaka. Kesian juga sebab poskad yang kami bawa tak mencukupi. Lepas habis buat persembahan, kami semua ke McDonalds untuk makan malam. Aqua pulang lebih awal dengan keluarga dan Linda juga tak sempat untuk makan malam bersama kerana perlu memandu pulang ke Kuala Pilah.






Diddy nak ambil kesempatan ni nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Abang Sham dan Kak Maya kerana sudi jemput Diddy datang ke rumah untuk makan malam. Terima kasih untuk makan malam yang sungguh sedap dan terima kasih kerana buat Diddy rasa sungguh diterima. Tak lupa juga untuk Arin, Wawa, Aqua dan Linda yang datang dari jauh untuk sama-sama meraikan Diddy. Diddy doakan semoga Allah s.w.t. membalas budi baik semua pada Diddy dan Abang Badrul. Insha-Allah bila rezeki nanti, kita berjumpa lagi. Terima kasih dari hati.





Salam Sayang
Diddy

Friday, April 4, 2008

Saat

Bismillahirrahmanirrahim



Malam tadi Abang Badrul telefon Diddy dan beritahu tentang email yang dia terima. Kemudian Abang Badrul hantar sms tentang isi kandungan email tersebut. Diddy sendiri tak tahu apa yang mampu Diddy katakan. Cuma terima kasih atas sokongan dan ingatan pada Diddy. Walaupun mungkin saat tu dah berlalu hampir dua tahun, tapi terima kasih kerana ianya masih meninggalkan kesan di hati. Abang Badrul sudah dapatkan kebenaran daripada pengirim email, jadi Diddy ingin letakkan apa yang dituliskan beserta gambarnya di sini.

Salam Abg Bad,

All the best for you and especially for diddy :)

I cari email diddy mcm tak jumpa pulak..i dah baca blog dia. Anyway this is my short story mcmana jadi peminat diddy ni:) harap boleh kongsi dgn diddy.

I sekeluarga pegi Langkawi (November 06), hari terakhir pegi waterworld and masa lunch, terjumpa lah dgn diddy n his family. Masa tu i rasa dia baru lagi keluar AF, we all senyum, dia balas n to my suprised, diddy dtg sembang dgn kami:) dlm hati i...wah bagusnya 'budak' ni..tak sombong. then sempat amik gambar dgn anak n sister i (attached is the pic). And diddy sempat bagi duit raya kat anak i..hehehe.

Lepas kami beredar, my parents boleh pulak ckp...'siapa tu? kawan awak ke?' to my husband....hahaha dia tak perasan, tu diddy! And sejak hari tu, kami ni jadi peminat diddy skrg ni. Anak i dah 2 tahun skrg tp still excited when we show her the pic.

Harap diddy akan kekal (tak sombong) sepertimana kami jumpa dulu – even better. All the best for diddy.

Regards,
-Ainee-
http://casainee.blogspot.com/

Untuk Kak Ainee sekeluarga, terima kasih kerana meminati Diddy. InshaAllah Diddy akan terus berusaha memperbaiki diri.

Salam Sayang
Diddy

Thursday, April 3, 2008

Jom



Bismillahirrahmanirrahim

Sempena Jom Heboh, Diddy akan berada di Melaka pada hari Sabtu dan Ahad ni di booth radio Hot FM. Sebenarnya ni kali kedua Diddy dapat ikut menyertai Jom Heboh. Kali pertama ketika penutup di Shah Alam dan Diddy buat persembahan untuk Hotlink ketika itu. Rasanya Diddy dan Abang Badrul akan bertolak dari Kuala Lumpur pada pagi Sabtu kerana Diddy perlu ada di booth Hot FM pada pukul 12 tengahari. Dengar cerita pada malamnya orang di Melaka nak buat barbeku untuk Diddy =) betul ke? Mesti best! Pada hari Ahad sekali lagi Diddy akan berada di booth Hot FM. Kalau nak dengar Diddy nyanyi single terbaru Diddy bertajuk Saat, jangan lupa datang!

Pada hari Isnin pula, Diddy dan Farah Asyikin akan berada di radio ERA untuk temuramah sempena Anugerah Planet Muzik. Kalau tak silap Diddy dari pukul empat hingga enam petang. RAsanya itu saja yang Diddy nak tulis. Kalau ada sesiapa yang pergi Jom Heboh, nanti kita jumpa di booth Hot FM ya!

Salam Sayang
Diddy