Latest Single - Lelaki Atas Awan

Monday, April 7, 2008

Melaka

Bismillahirrahmanirrahim



Berada di Melaka memang satu kenangan yang sungguh menyeronokkan. Kami bertolak ke Melaka pada Sabtu pagi tetapi sepanjang malam Diddy tak dapat tidur. Hanya selepas subuh baru Diddy dapat melelapkan mata seketika. Tetapi alhamdulillah perjalanan ke Melaka lancar. Tiba di Ayer Keroh, kami terus ke Sri Warisan Resort untuk ambil bilik dan tinggalkan beg, kemudian terus ke tempat berlangsungnya Jom Heboh. Sempatlah Diddy rehat lebih kurang 10 minit di belakang pentas sebelum membuat persembahan di booth Hot FM.





Rombongan dari Kuala Lumpur, Melaka dan Seremban hanya tiba selepas Diddy habis buat persembahan =) Abang Sham, Kak Maya, Arin, Wawa, Aqua dan Linda kemudian bawa Diddy dan Abang Badrul makan tengahari di restoran berdekatan. Kalau Diddy banyak diam saja maafkanlah sebab habis makan saja Diddy memang rasa mengantuk sangat2. Kemudian mereka semua hantar kami balik ke resort. Habis solat zohor, Diddy terus lelap =)




Lepas magrib, Abang Sham dan Linda datang jemput kami untuk makan malam di rumah Abang Sham dan Kak Maya di Paya Rumput, tapi kalau ikut Wawa cakap di 'Rumpai Laut' =) Banyak betul makanan yang disediakan. Ada masak asam pedas ikan pari dan ikan tenggiri, barbeku ayam, ikan, udang, kerang, sosej. Ada nasi goreng dan nasi putih, sayur campur dan macam-macam lagi. Sedap sungguh masakan asam pedas emak Abang Sham. Selain daripada Arin, Wawa, Aqua dan Linda, ramai juga yang ada termasuk emak dan ayah Kak Maya. Memang ramai yang berkumpul dan rasa seronok dapat makan sama2. Sambil makan kami yang muda2 mengadap tv tengok konsert akademi fantasia dan yang tua2 ada di luar berbual2 =)



Selepas tetamu lain semua dah balik, Abang Sham, Kak Maya, Arin, Wawa dan Linda rancang buat kejutan harijadi untuk Aqua. Kalau tak silap Diddy harijadi Aqua pada hari Rabu, 9 April, tapi mereka buat sambutan lebih awal. Kelakar dengar cerita perancangan beli kek untuk buat kejutan. Kesian juga pada Aqua sebab dia demam teruk . Lepas makan kek, aiskrim, tengok The Best of Nabil dan habis berbual, Abang Sham, Arin dan Wawa hantar kami balik ke resort.





Hari Ahad awal2 lagi mereka sudah sampai di tapak Jom Heboh =) Ramai sungguh orang yang datang. Sekali lagi Diddy buat persembahan tiga lagu iaitu Saat, Sana dan Lena. Walaupun letih tapi Diddy sangat seronok. Peluang seperti ni tak akan datang beberapa kali. Diddy dapat peluang bertemu dengan ramai peminat di Melaka. Kesian juga sebab poskad yang kami bawa tak mencukupi. Lepas habis buat persembahan, kami semua ke McDonalds untuk makan malam. Aqua pulang lebih awal dengan keluarga dan Linda juga tak sempat untuk makan malam bersama kerana perlu memandu pulang ke Kuala Pilah.






Diddy nak ambil kesempatan ni nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Abang Sham dan Kak Maya kerana sudi jemput Diddy datang ke rumah untuk makan malam. Terima kasih untuk makan malam yang sungguh sedap dan terima kasih kerana buat Diddy rasa sungguh diterima. Tak lupa juga untuk Arin, Wawa, Aqua dan Linda yang datang dari jauh untuk sama-sama meraikan Diddy. Diddy doakan semoga Allah s.w.t. membalas budi baik semua pada Diddy dan Abang Badrul. Insha-Allah bila rezeki nanti, kita berjumpa lagi. Terima kasih dari hati.





Salam Sayang
Diddy

12 comments:

Anonymous said...

tak nak ckp ngan diddy :(( (icon jelir lidah pastu meraung) =)

sib baik tak masuk dlm golongan tua yg borak2 kat luar malam2 tu... wakakakakakaka

glad you enjoyzzzz melaka

kakak yg diddy dah tak kenal tu... :( (hehehehe)

Anonymous said...

Hi Diddy
Fuyoo...unsangkarable sbb kak inc dpt 1st post. Macam tak caya lah...wakakakakaka
Best giler Diddy n peminat kat Melaka. Peminat sanggup travel beratus km bila derang rasa diri mereka begitu berharga dengan layanan Diddy....he! he!
Lepas ni show kat mana pula?

Take care
Kak Inc

Anonymous said...

aiikkk.....ingatkan kak inc first

hehehehhehe

Anonymous said...

cissss

ada gak yg nak cantas kak inc

waaaaarrrggghhhhhh

Kak Inc lagi sekali

Syari said...

xpela akak2 2 org berebutla jd no1 *icon geleng2 kepala*

diddy, syari amek gambor2 ltk kt casa..sronok tgk diddy happy ngan peminat2 sume.. trus success!

wawa said...

a'kum dd,
tak taw nk tulis ape, kalau tulis sume kang, takut jd karangan plak, hahaha...

tp mmg besh sgt kat melaka ari tuh, antara kenangan terindah... cuma kitorng sume terkilan sbb x pat tgk diddy perform sabtu tu...

kalau lg ramai ri tu msti lg meriah kan... (sambey jeling kat kak hezz) ahahaha

tq sangat kat diddy n abg bad yg sudi spend time ngan kitorng sumer... terharu sesangat, siyes neh (emoticon seriyes cam cekgu sejarah)

huwaaa... diddy ingt lagi pasal rumpai laut tu (emotiocon pelik pastu cuak pastu nyorok belakang kak hezz)

kalau ade terkurng layanan kitorng sume, lebey kurang halal la ek... hehe...

smoga diddy terus success n improve dlm karier. seronok sgt dgr poskad pun sampai habis n x cukup... means makin ramai fans yg meminati n menghrgai diddy =D

kan dah kata jadik karangan... tp karangan darjah 3 je la... sibbaik x jadik karangan pmr lagik... hehehe

cas said...

meriahnya...tp kite tak berkesempatan pegi tgk DD kat ayer keroh tu..mybe next time,insya-allah. All the best, Diddy!

Anonymous said...

a'kum diddy......
time kaceh sangat2 sbb sudi singgah ke teratak buruk kami.....lenkali singgah le lagi.....

maaf le jika ada kekurangan atau ketidak selesaan sepanjang berada di melaka....

ramai kawan2 kat melaka cakap suara diddy bagus sangat mase kat booth hotfm tu walaupun diganggu oleh bunyi dari booth2 lain....

ikhlas drpd
teeeet(bukan name sebenar)

arin said...

assalamualaikummmmmm...

terima kasih kat diddy & abg bad yg sudi meluangkan masa ngan kami. hehehe.. best sangat rasanya.

tp please la jgn mention "yg tua2 borak kat luar" uwaaaaaaa (meraung!)

tq tq tq sangat2. ;)

nana a.k.a fazu:) said...

jeles gile o..
haha:)

xpela..asalkn sume org enjoy..
kite pon tumpang gmbire jer..

tc dd:)
♥ dd

Anonymous said...

yeaa..yeaa...diriku golongan muda..yea..yea...sayang dd..
anyway thanks coz sudi layan kami semua yang "mereng" nie..hehehe..
jgn serik jumpe kami k..
Keep up the good work n Good Luck For APM nnti..
Doa kami sentiasa mengiringi Diddy...

Linda_lady

ayu_farhayu said...

hai abg diddy..hepy sgt dapat jumpe abg diddy kat umah kak maya ari tu...good luck k abg diddy...

dari ;farra/ayu