Latest Single - Lelaki Atas Awan



Tuesday, July 29, 2008

Anniversary

Bismillahirrahmanirrahim



Syukur Alhamdulillah rezeki Diddy agak murah di bulan Ogos ni. Ada beberapa show dan photoshoot yang melibatkan Diddy sehingga akhir bulan Ogos. Ada beberapa konsert DiGi D Campus Uni-Tour, Jom Heboh di booth Hot FM, Konsert DiGi Gegeriuh di Kelantan dan Konsert merdeka. Hujung minggu ni Diddy akan berada di Universiti Putra Malaysia, Serdang pada hari Jumaat pukul 4 petang. Pada hari Sabtu dan Ahad pula Diddy akan berada di booth Hot FM sempena Jom Heboh di Padang MPK2, Kuantan, Pahang. Untuk dua2 hari Diddy ada dua sessi di booth Hot FM. Pada pukul 12.30tengahari hingga 1.30 petang dan pukul 4.30petang hingga 5.30petang. Kalau sesiapa ada di Kuantan, jangan lupa datang ke booth Hot FM.





Paling utama, pada 10 Ogos ni akan berlangsung Diddy FC Bowling Tournament. Mungkin pada artis2 lain, ini adalah sesuatu yang biasa, tetapi untuk Diddy pertandingan bowling ni adalah satu acara yang sungguh bermakna. Inilah buat pertama kalinya Diddy FC mengadakan satu acara yang cukup besar. Sebenarnya Diddy tak ada FC. Tapi orang2 yang menggerakkan acara ini adalah Komuniti Diddy dari Casa. Merekalah yang bekerja bertungkus lumus untuk menjadikan acara ni dapat diadakan. Sepanjang beberapa bulan yang lalu perancangan telah dibuat dengan rapi. Dan sekarang tinggal seminggu lebih sahaja lagi sebelum ianya akan menjadi kenyataan.





Selain daripada piala dan hampers, Diddy juga dapat tahu Komuniti Diddy dan Abang Badrul bekerja keras untuk mendapatkan penaja dan ramai juga penaja yang sudi menaja goodie bags serta hadiah2. Antaranya ialah DiGi dan DiGi Superstars, BHPetrol, Genting Berhad, Clinique, Murah.com, Astro, Suria FM, radio ERA, Hot FM, Sultanmuzaffar, Media Hiburan dan f-tersix sdn bhd. Bukan itu sahaja, Diddy dapat tahu ada juga cabutan bertuah barangan elektrik dan lain2 lagi. Malah Diddy juga dapat tahu ada beberapa orang rakan artis yang sudi datang untuk sama2 memeriahkan pertandingan bowling ni. Ada yang akan turut serta dan ada juga yang membuat persembahan bersama2 dengan Diddy nanti. Majlis ini nanti juga akan dihoskan oleh selebriti/pengacara/pelakon terkenal. Kalau nak tahu lebih lanjut, baca cerita sepenuhnya di blog Abang Badrul nanti. Rugi siapa yang tak sertai Diddy FC Bowling Tournament =)





Diddy juga nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Media Hiburan kerana sudi menjadi Majalah Rasmi untuk Diddy FC Bowling Tournament. Sebelum Diddy terlupa, gambar2 ni semua adalah dari majlis ulangtahun ke-23 Media Hiburan yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur baru2 ni. Sama umur dengan Diddy =) Tahniah buat Media Hiburan dan semoga terus berjaya. Untuk semua, jumpa di Ampang Bowl, The Summit USJ nanti.

Salam Sayang
Diddy

Tuesday, July 22, 2008

Takziah

Bismillahirrahmanirrahim



Petang tadi Abang Badrul beritahu Diddy, ibu kepada Arin meninggal dunia. Diddy baru saja bertemu dengan Arin dua hari lepas untuk berbincang tentang bowling bersama2 dengan Kak Hezz, Kak Tre dan Wawa. Ketika makan tengahari kami berbual tentang banyak perkara. Arin adalah antara orang2 yang banyak memberikan sokongan kepada Diddy melalui komuniti Casa. Diddy harap Arin banyakkan bersabar. Semoga ALLAH s.w.t. mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah ibu Arin. Salam takziah.

Al-Fatihah.

Salam Sayang
Diddy

Sunday, July 20, 2008

Bowling

Bismillahirrahmanirrahim



Agak lama juga Diddy tak berpeluang untuk tulis di blog. Diddy agak sibuk dan ada sedikit masalah teknikal dengan komputer Diddy. Sepanjang minggu Diddy ada beberapa aktiviti termasuk sessi fotografi dengan Majalah Hai untuk keluaran Hari Raya dan satu sessi fotografi lagi bersama Berita Harian. Hari Sabtu pula Diddy di Universiti Islam Antarabangsa sempena Konsert DiGi D Campus. Seronok buat persembahan di UIA. Rasa seperti buat konsert sendiri pun ada =) sebab disebelah stage pun diletakkan bunting Diddy! Memang best dengan pelajar2 yang sporting!





Hari Ahad pula Diddy di Dataran Merdeka atas jemputan Majalah Yezz. Ramai juga artis yang hadir termasuk Syella, Aizat, Farish, Mark, Tam, Fauziah Ghous dan lain2. Ada beberapa permainan yang dijalankan sebelum Diddy buat persembahan. Diddy tak tunggu lama sebab Diddy ada pertemuan dengan Diddy FC untuk bincangkan tentang Bowling Diddy FC. Sempat juga Diddy "melawat" team Diddy FC yang sedang bertanding di Times Square =)





Diddy terharu dengan kerja keras komuniti Diddy. Kak Tre, Kak Hezz, Kak Inc, Abang Sham, Kak Maya, Arin, Wawa, Aqua dan semua. Khabarnya dari 32 pasukan FC yang bakal menyertai, kini dah ada 40 pasukan! Diddy harap semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih Kak Tre dan semua yang usahakan untuk dapatkan macam2 hadiah untuk goodie bags. Semoga kita semua dapat berikan yang terbaik untuk mengeratkan tali persahabatan sesama FC. Tak sabar rasanya untuk buat kejutan nanti =)



Salam Sayang
Diddy

Friday, July 4, 2008

TV9

Bismillahirrahmanirrahim

Diddy belum sempat untuk bercerita tentang banyak perkara yang berlaku minggu lalu. Bila ada masa yang terluang nanti Diddy akan tuliskan di sini. Hujung minggu ni Diddy ada untuk program Carta Hot FM 30 di TV9, hari Ahad pukul 1 petang. Diddy dan Zahid jadi tetamu undangan. Memang seronok sebab semuanya gila2 termasuklah Ikhwan dan Anne. Diddy letakkan di sini rakaman promo untuk program tersebut yang sempat Abang Badrul rakamkan.



Diddy juga bersyukur kerana lagu Saat yang baru saja dicalonkan untuk Muzik Muzik berada di tangga ke lapan. Terima kasih pada semua yang undi lagu Saat. Kalau ada yang ingin mengundi boleh hantarkan sms taip MM (ruang) S665 dan hantar ke 33399. Terima kasih tak terhingga dari Diddy.

Salam sayang
Diddy