Latest Single - Lelaki Atas Awan

Monday, March 31, 2008

Bintang

Bismillahirrahmanirrahim



Kalau ikut perancangan, sepatutnya kami naik lebih awal ke Genting tetapi Abang Badrul masih lagi kurang sihat dan terpaksa ke klinik pada sebelah paginya. Kami tangguhkan perjalanan sehingga pukul satu tengahari. Tiba di puncak Genting Highlands lebih kurang pukul dua petang. Lepas ambil kunci bilik dan letakkan barang2, terus turun ke bawah untuk makan tengahari sebab masing2 kelaparan. Habis makan, Diddy terus ke tempat majalah Kosmopolitan menjadi hos untuk para artis membelai diri. Puas berurut kaki dan badan dengan mesin Osim yang disediakan, macam2 juadah manisan disediakan. Memang terasa mewah.



Lepas Asar, terus bersiap kerana penganjur mahukan semua artis berada di lobi selewat2nya pukul 6.30 petang. Diddy suka rekaan baju oleh Hazwanie Osman. Bahagian vest ditampal dengan tenunan dan diletakkan batu2 kristal. Itu sahaja, kerana Diddy ingin memakai tuxedo klasik berwarna hitam.



Berjalan di karpet merah memang satu pengalaman yang menyeronokkan. Tak kiralah berapa kali sebelum ni Diddy telah lalui, tetapi pengalamannya tetap hebat. Diddy tak tahu jika ada orang daripada Casa yang ada di dalam dewan, tetapi Diddy nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua dari Mila FC - Da Vom yang turut memberikan sorakan yang cukup kuat ketika Diddy memasuki dewan. Terima kasih =)



Diddy kagum dengan persembahan Dato Siti Nurhaliza, Bob, Atilia, Anuar Zain, Liza Hanim dan otai rock. Vokal mereka memang hebat. Dalam masa yang sama, jurugambar tak bertauliah Diddy =) bising2 kerana tak berpeluang untuk mengambil gambar. Secara keseluruhannya Diddy berpuas hati dengan perjalanan konsert. Tahniah kepada para pemenang.



Hanya ketika majlis post-party barulah Diddy berkesempatan untuk bergambar. Pengalaman sepanjang road tour sehinggalah ke malam kemuncak Anugerah Bintang Popular 2007 pastinya satu pengalaman yang Diddy tak akan lupakan.

Salam Sayang
Diddy

Thursday, March 27, 2008

Nasihat

Bismillahirrahmanirrahim



Petang khamis Diddy ke majlis ulang tahun pertama Celebrity Fitness di Bangsar Village II. Ramai betul selebriti yang dijemput hadir untuk berjalan di red carpet. Tema pakaian ialah Black and Gold. Semasa menunggu giliran menaiki limosin, kami semua menanti di Restoran Delicious. Antara yang ada bersama ialah Awal, Dafi, Ebi, Xandria, Zizan Nin, Ida Nerina, selebriti dari Amazing Race Asia dan ramai lagi. Diddy tak ikut sangat rancangan Amazing Race Asia kerana tak pernah berkesempatan menonton. Abang Badrul yang sebenarnya lebih teruja dan minta Diddy bergambar bersama Vanessa, Pamela dan peserta dari Jepun, kalau tak silap Diddy namanya Hasegawa. Memang semuanya cantik belaka =) Selepas red carpet dan majlis cocktail ada persembahan artis-artis jemputan. Diddy kasihankan Abang Badrul yang demam sejak beberapa hari, jadi kami tak tunggu hingga habis majlis berlangsung. Terima kasih atas jemputan.



Mungkin bunyinya macam berulang2 tetapi Diddy tetap nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua kakak2, abang2, adik2 dan teman2 yang sering tinggalkan komen memberikan ingatan, nasihat dan pesanan untuk Diddy. InshaAllah Diddy akan ingat sentiasa. Diddy nak tuliskan balik pesanan Kak Sant di dalam ruangan komen di bawah.

"terkadang ucapan lebih bermakna. terkadang perhatian sudah memadai
terkadang lirikan mata & senyuman mengatasi segala2nya
terkadang tawa kita cukup menyejukkan hati"

Sebenarnya Abang Badrul sering memberikan nasihat yang hampir sama kepada Diddy. Satu ketika dulu, setiap kali berjumpa Abang Badrul akan mengulanginya sampai Diddy hafal setiap perkataan. Kata Abang Badrul nasihat tersebut bukan sahaja untuk Diddy tapi juga untuk dirinya sendiri, dan ia bukan kerana Diddy seorang artis, tetapi kerana Diddy seorang insan.

"People may forget what you said,
People may forget what you did,
But people will never forget how you made them feel"

InshaAllah ianya akan menjadi pegangan Diddy.

Salam Sayang
Diddy

Budi

Bismillahirrahmanirrahim



Sebelum berakhirnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 yang akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highland pada hari Ahad ni, Diddy nak ambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang terlibat sepanjang Diddy mengikuti road tour ABP. Kemungkinan besar mereka tak baca pun blog Diddy =) tapi tetap nak rakamkan rasa terhutang budi Diddy pada semua.



Buat Kak Cham, Editor Hiburan Berita Harian, terima kasih kerana sudi membenarkan Diddy mengikuti kesemua road tour ABP. Kepada En. Akmal, Editor Hiburan Bi-Pop, terima kasih kerana sering memberikan kata-kata perangsang, Abang Abie yang tak jemu2 memberikan publisiti, nasihat dan pedoman. Juga En. Adam, Editor Hiburan Harian Metro, yang banyak berikan nasihat pada Diddy. Terima kasih tak terhingga pada En. Wan, Abang Farihad, Kak Serimah, Abang Rudy, Abang Rozdan, Abang Zubir, Abang Zul Husni, Abang Hardi, Kak Raja, Kak Suzan, Abang Nurul, Abang Zaharin, Kak Sue, Kak Echa, Pak Ya dan semua yang tak putus2 memberikan publisiti pada Diddy di akhbar2.



Ucapan terima kasih juga Diddy ingin sampaikan pada semua dalam team Akademi Industri Muzik yang tak pernah jemu memberikan keselesaan pada Diddy sepanjang road tour. Terima kasih Kak Atie, Kak Sha, Itcha, Pojie, Jay, Abang Ayie, Abang Mas Ayie, Abang Yus serta team sound engineer. Tak lupa pada dua orang abang pemandu bas. Sesungguhnya pengalaman yang Diddy dapat membolehkan Diddy memperbaiki diri di masa hadapan. Budi semua akan Diddy kenang. Kalau ada salah dan silap Diddy, harap maafkan dan kalau ada nama2 yang Diddy tertinggal pun harap maafkan juga.

Salam Sayang
Diddy

Tuesday, March 25, 2008

Duet

Bismillahirrahmanirrahim



Akhirnya road tour Anugerah Bintang Popular Berita Harian tamat di Shah Alam pada hari Ahad. Memang seronok dan banyak pengalaman yang Diddy dapat. Paling membanggakan Diddy satu2nya artis yang ikut semua road tour. Tapi kesihatan Diddy tak begitu mengizinkan untuk dua tempat terakhir. Diddy mula dapat selsema dan batuk sehari sebelum road tour di Pasir Gudang. Macam2 ubat yang Diddy ambil tapi sakit tak berkurangan. Diddy sepatutnya menyanyi tiga buah lagu tetapi di saat2 akhir terpaksa menyanyi dua lagu saja termasuk duet bersama Mila. Ketika di Shah Alam tekak Diddy pula rasa perit. Tapi oleh kerana Diddy rasa teruja dengan kehadiran ramai peminat, Diddy gagahkan juga menyanyi tiga buah lagu.

Ketika di Pasir Gudang, Abang Badrul bertanyakan pada pengurus Mila kalau2 Mila sudi berduet dengan Diddy. Ini kali pertama secara rasminya Diddy berduet dengan Mila. Sebelum ni pernah jugalah ketika kejutan yang dibuat untuk Mila dan Candy masa di Akademi. Diddy sebelum ni pun tak pernah berpeluang berbual panjang lebar dengan Mila. Kesempatan berlatih bersama memberi sedikit ruang untuk Diddy mengenali juara Akademi Fantasia musim kelima. Diddy boleh katakan Mila sebagai seorang yang profesional, bersungguh2, lemah lembut, manja tapi tegas, jujur dan bekerja keras. Dah lama rasanya Diddy tak nyanyikan lagu Saling dan Diddy berterima kasih pada Mila kerana sudi berduet dengan Diddy.

















Diddy nak ucapkan tahniah pada Mila kerana terpilih untuk mewakili negara ke Bulgaria. Mesti ianya akan menjadi satu pengalaman yang amat berharga. Tak tahulah bila agaknya rezeki Diddy untuk merasai pengalaman tersebut. Seronok juga dapat sama-sama makan malam dengan Mila, Farah Asyikin, teman2 Casa dan semua dari Mila FC Da Vom. Harap2 kita akan berpeluang bertemu lagi.

Salam Sayang
Diddy

Thursday, March 20, 2008

Permainan

Bismillahirrahmanirrahim



Masa Diddy zaman sekolah dulu pernah jugalah Diddy ke Genting Highland. Seingat Diddy ada juga beberapa permainan yang Diddy cuba. Peluang ke Genting untuk photoshoot bersama Anugerah Bintang Popular dan beberapa artis lain memang satu perkara yang Diddy tak lepaskan. Walaupun tujuan utama untuk photoshoot tapi kami semua dapat cuba macam2 permainan di taman tema. Rasanya gambar2 di sini dapat menceritakan keseronokan yang Diddy rasai.















Kalau berpeluang Diddy nak bawa peminat2 pula berhibur di taman tema Genting. Tentu seronok dapat pergi bersama2. Jumpa nanti di Pasir Gudang dan Shah Alam.

Salam Sayang
Diddy

Wednesday, March 19, 2008

Clinique

Bismillahirrahmanirrahim



Diddy dah lama ingin bercerita tentang kerjasama Diddy bersama Clinique. Bukan mahu menunjuk2, tetapi Diddy rasa sangat bertuah kerana diberi peluang sebegini oleh sebuah syarikat terkemuka antarabangsa. Sebelum kerjasama Diddy bersama Clinique, Diddy belum pernah guna barangan penjagaan kulit daripada Clinique. Diddy rasa Clinique bukan barangan penjagaan kulit yang Diddy mampu guna. Seingat Diddy, Abang Badrul yang mula2 sekali belikan pencuci muka untuk Diddy kerana sebelum tu Diddy dah guna beberapa jenama tapi kurang berkesan. Bila Diddy rasa selesa dengan barangan Clinique dari situlah Abang Badrul menguruskannya dengan Clinique.



Alhamdulillah sudah hampir lapan bulan Diddy gunakan barangan Clinique. Kalau Diddy tengok jumlah harga barangan Clinique yang Diddy dapat memang terkejut. Terima kasih kepada Clinique yang sudi bekerjasama dengan Diddy. Selain daripada tu, Diddy juga dijemput untuk berbagai2 aktiviti yang dianjurkan oleh Clinique seperti pelancaran kedai Clinique yang pertama terletak di Pavillion serta majlis sambutan Tahun Baru Cina bersama pelanggan. InshaAllah jika tiada aral melintang, Diddy akan membuat persembahan istimewa sempena sambutan ulangtahun Clinique yang ke40 pada bulan Julai nanti.

Salam Sayang
Diddy

Tuesday, March 18, 2008

Penat

Bismillahirrahmanirrahim



Hujung minggu ni adalah road tour terakhir untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Selama beberapa minggu Diddy ikut road tour, minggu terakhir ni rasanya mungkin paling menarik. Pertamanya mungkin kerana road tour ABP akan berada di Pasir Gudang. Sana tempat permainan Diddy =) tapi Diddy tak pernah lagi berpeluang untuk buat sebarang persembahan. Kalau berpeluang Diddy nak singgah di kampung sekejap. Kemudian ABP road tour yang terakhir ialah di Shah Alam. Dengarnya ramai artis yang akan datang untuk road tour di Shah Alam nanti. Mesti hebat! Dan Diddy dengar ramai juga yang akan datang berikan sokongan pada Diddy =) dan ikut perancangannya kemudian akan makan malam bersama2.

Balik daripada show semalam Diddy rasa penat sangat. Mungkin perjalanan yang jauh dari satu lokasi ke satu lokasi, kurang rehat dan show berturut-turut buat badan Diddy rasa penat. Alhamdulillah Diddy ada beberapa hari untuk rehat sebelum hujung minggu ni. Tapi dalam kepenatan, Diddy tak akan lupa senyuman setiap orang yang datang memberikan sokongan pada Diddy. Senyuman yang membakar semangat untuk Diddy terus menjadi lebih baik.

Salam Sayang
Diddy

Thursday, March 13, 2008

Peluang

Bismillahirrahmanirrahim



Diddy tak tahu sebenarnya bagaimana Diddy nak gambarkan perasaan Diddy apabila terpilih ke top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Kalau Diddy nak rangkumkan semua mungkin perkataan yang paling sesuai adalah terharu. Mungkin ramai yang tidak sedar, apabila mereka memilih Diddy untuk sama-sama berada di dalam top 5, mereka membuka peluang yang amat luas untuk Diddy.



Berada di dalam top 5, saban minggu Diddy diberi publisiti yang cukup meluas oleh Berita Harian. Biarpun letih, keseronokannya menjangkau imaginasi. Peluang yang Diddy dapat bukannya datang dengan mudah. Selain daripada photoshoot, Diddy juga diberi peluang untuk mengikuti road tour ABP hampir ke seluruh bandar besar di Malaysia. Bermula di Kota Bharu, Kelantan hinggalah berakhir di Shah Alam, Selangor, Diddy juga berpeluang untuk mempromosikan album sulung Diddy. Peluang bertemu dengan peminat pastinya sukar untuk Diddy dan Abang Badrul lakukan sendiri.



Sebab itulah setiap kali Diddy ditemuramah dan ditanya tentang harapan Diddy untuk ABP, jawapan Diddy tetap sama. Diddy tak mengharapkan kemenangan. Ianya mungkin terlalu cliche kerana siapa yang tidak mengharapkan kepada kejayaan. Tetapi pada Diddy, berada di dalam top 5 adalah satu kejayaan yang tak terhingga nilainya kerana peluang-peluang yang Diddy perolehi daripadanya. Memegang piala kemenangan pada Diddy adalah bonus dan sesiapa saja antara lima orang dari kami yang berjaya pasti tahu kehebatan peluang yang diperolehi ketika berada di top 5 melebihi segalanya. Banyak lagi sebenarnya peluang yang terbuka untuk Diddy. Satu hari nanti Diddy akan ceritakan.



Kepada yang mengundi Diddy untuk berada di dalam top 5, dengan rasa rendah diri Diddy ingin ucapkan jutaan terima kasih atas peluang yang diberikan kepada Diddy. Inshaallah Diddy akan terus memperbaiki diri untuk memberikan yang lebih baik kepada semua. Semoga Diddy akan terus mendapat peluang sehebat ini.

Salam Sayang
Diddy

Wednesday, March 12, 2008

Kejutan

Bismillahirrahmanirrahim



Syukur Diddy dapat rehat yang cukup. Diddy bimbang juga kerana hujung minggu ni Diddy ada dua persembahan. Satunya di Plaza Kota Raya, Johor Bahru sempena Anugerah Bintang Popular road tour pada hari sabtu, dan satu lagi sempena Fiesta Akustika UUM - Kosmo! 2008 di Universiti Utara Malaysia, Sintok pada hari Ahad. Diddy sepatutnya ada temuramah dengan radio Hot FM pada hari Isnin tapi syukur ianya ditunda pada hari selasa. Ini kali kedua Diddy ditemuramah di Hot FM dan kali pertama bersama A.G. dan Leya. Memang dua2 mereka gila2 dan Diddy seronok! Apatah lagi bila Diddy baca di monitor komputer ada yang bernama 'Santubong' dari Damansara menghantar soalan untuk Diddy =) tetapi memandangkan soalan tersebut hampir sama dengan soalan yang dikemukakan sebelumnya, tak dapatlah Diddy nak jawab.



Sehari sebelumnya Abang Badrul dah aturkan untuk buat kejutan pada Apeng, peminat Diddy yang ada di Kelang. Sebenarnya rancangan untuk buat kejutan pada Apeng dah lama kami rancang. Tapi yang pertama tak menjadi. Habis saja temuramah di Hot FM kami terus ke Kelang tapi nasib kurang baik ada beberapa kemalangan jalanraya menjadikan jalan sesak teruk. Di tambah pula dengan keadaan cuaca hujan, kereta tak bergerak di jalanraya. Bila dapat tunjuk arah dari Arin kami masih tak jumpa tempatnya. Berpusing2 tempat yang sama beberapa kali. Lebih tiga jam kita dalam kereta saja.



Akhirnya Abang Badrul minta Diddy berhenti saja di tepi jalan dan tunggu Arin sampai di situ. Bimbang juga sebab minyak kereta pun dah habis. Harapan nak buat kejutan pada Apeng tak menjadi. Kemudian kami singgah sekejap di rumah Fazu, kawan karib Apeng untuk buat kejutan. Dia memang terkejut =) Diddy bukan nak puji diri sendiri tapi Diddy bangga ada pengurus seperti Abang Badrul yang prihatin dengan orang2 di sekeliling Diddy.



Bila sampai di tempat makan, Aqua dan Kak Tre dah habis makan! Nasib baik mereka tolong tempah sate tapi dah sejuk jadi sate tu keras =) Memang lapar betul Diddy sebab tak sempat makan daripada tengahari lagi. Bila makanan sampai, Abang Badrul terus berikan pada Diddy dulu tanpa menyedari yang makanan tu sebenarnya Apeng yang punya. Maaf ya Apeng =) Diddy dah lapar sangat2. Diddy nak ucapkan terima kasih kepada Arin, Apeng, Fazu, Aqua, Kak Tre dan suami yang berikan layanan mesra untuk Diddy. Tapi lain kali kalau ada 'gathering' kita jumpa di Ampang lah ya! Dekat sikit dengan rumah Diddy =) Sekarang ni Diddy tak sabar nak tunggu 23 Mac untuk pergi makan sup tulang ramai2 lepas habis road tour di Shah Alam! Percayalah, memang sedap =)

Monday, March 10, 2008

Pertama

Bismillahirramanirrahim



Sedar tak sedar dah hampir tiga bulan kita di tahun baru 2008. Di dalam tiga bulan pertama ni banyak pengalaman baru yang Diddy kutip. Macam orang2 yang berebut nak menjadi yang pertama letak komen di blog Diddy =) banyak pengalaman pertama yang Diddy rasai. Mungkin pada sesetengah orang, ianya terlalu kecil dan tidak bermakna tetapi untuk Diddy, pengalaman seperti ni lah mendewasakan kita.

Pengalaman pertama menunggang kuda, naik motosikal besar, naik kereta lembu, berlumba go-kart dan macam2 lagi menjadi pengalaman yang amat berharga untuk Diddy. Begitu juga dengan pengalaman kali pertama membuat persembahan di Kota Bahru, Kelantan. Biarpun kecil, manisnya tak dapat digambarkan.

Esok, hari Selasa pukul 4 petang Diddy akan ditemuramah di Hot FM sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Kalau ada masa, jangan lupa luangkan masa mendengar. Sebelum Diddy terlupa, gambar di atas diambil ketika photoshoot bersama Harian Metro. Jangan lupa dapatkan Harian Metro hari Isnin depan nanti. =)

Salam Sayang
Diddy

Friday, March 7, 2008

Kenangan

Bismillahirramanirrahim



Dua tiga hari lepas Diddy ada photoshoot di Taman Tasik Titiwangsa. Pukul tujuh pagi kami dah berada di hadapan Eye of Malaysia. Ketika nak mencari tempat meletak kereta, kami lalu di hadapan Pusat Latihan Polis - Pulapol. Diddy teringat banyak kenangan manis ketika melalui kawasan Pulapol. Di situlah Diddy dilahirkan dan dibesarkan. Kenangan paling indah ketika Diddy bersekolah rendah dan mencari peluang menambah wang saku sendiri. Tapi Diddy tak boleh nak ceritakan panjang lebar di sini kerana cerita tersebut Diddy tulis untuk Diari DiGi Diddy.

Diddy suka gambar di atas kerana gambar tersebut adalah gambar kandid. Lebih menarik gambar tu berlatar belakangkan Eye of Malaysia. Gambar ni antara gambar yang akan menjadi kenangan indah untuk Diddy satu hari nanti.

Salam Sayang
Diddy

Wednesday, March 5, 2008

Peminat

Bismillahirrahmanirrahim



Buat pertama kali dalam tempoh beberapa minggu Diddy dapat satu hari yang cukup untuk berehat. Diddy bersyukur sebagai artis baru jadual Diddy padat setiap masa. Tapi Diddy juga bersyukur kerana dapat juga hari rehat yang cukup. Kalau nak dikira, sejak kebelakangan ni Diddy cuma balik rumah untuk tidur. Setiap minggu Diddy akan ikut road tour Anugerah Bintang Popular. Alhamdulillah, Anugerah Bintang Popular membuka banyak peluang untuk Diddy.

Kalau dulu Diddy lebih banyak bersenam di rumah, sekarang ni Diddy dah daftar dengan gym. Terima kasih pada Abg Abie dari Metro Ahad yang memperkenalkan Abang Badrul dan Diddy pada orang di Celebrity Fitness. Sekurang2nya dua kali seminggu Diddy akan ke gym. Selebihnya Diddy akan berjogging dan bersenam di rumah. Diddy bersenam kerana nak menambah stamina bila buat persembahan.

Diddy sebenarnya nak ucapkan terima kasih kepada semua di Casa DeAmorous yang banyak buat promosi untuk Diddy. Diddy bersyukur kerana walaupun Diddy tak ada ramai peminat tetapi peminat yang ada memang banyak memberikan sokongan kepada Diddy. Walaupun Diddy tak ada banyak sangat masa lapang tetapi bila terluang Diddy akan baca apa yang ditulis. Mana tau ada nasihat dan pesanan yang berguna yang boleh Diddy gunakan untuk membaiki diri. Ni adalah antara "banner" yang dibuat untuk Diddy.





















Terima kasih sekali lagi. Diddy tak anggap mereka sebagai peminat tetapi dah macam keluarga. Diddy sangat hargai semua.

Salam Sayang
Diddy