Latest Single - Lelaki Atas Awan



Thursday, February 26, 2009

Rehat

Bismillahirrahmanirrahim

Gambar Ehsan: Kak Aisyah (Berita Harian)

Sepanjang minggu ni kecuali hujung minggu Diddy tidak ada apa2 aktiviti. Diddy habiskan banyak masa hanya di rumah atau pergi ke gimnasium. Cuma hari Isnin lepas Diddy dan Abang Badrul ke Sri Pentas Damansara kerana ada sessi pengenalan kepada sistem baru untuk rancangan Muzik2. Lama juga Diddy berada di sana kerana selepas tu kami ke Hot FM dan kemudian duduk minum sambil berbual2 bersama pengurus dari syarikat rakaman lainnya.

Seperti yang Diddy katakan sepanjang minggu ni Diddy hanya di rumah atau di gimnasium sahaja. Jadi Diddy tak ada apa2 yang yang dituliskan di blog. Mula2 Diddy ingin letakkan gambar2 ketika sessi fotografi bersama Majalah Mangga yang berlangsung minggu lepas tetapi selepas difikirkan beberapa kali, tidak adil rasanya kerana gambar2 tersebut belum lagi keluar di dalam majalah. Lainlah kalau gambar2 tersebut dirakam bukan ketika sessi fotografi atau secara kandid. Memandangkan semuanya adalah gambar2 ketika sessi fotografi Diddy akan hanya letakkan bila ianya keluar di majalah nanti.

Sepanjang berada di rumah Diddy berpeluang untuk online dan melawat blog2 lain. Seronok membaca kisah2 di kebanyakan blog yang Diddy lawati. Diddy juga cuba sedaya upaya untuk meletakkan sebanyak mungkin link blog yang Diddy lawati dan juga dari "Follower" blog Diddy. Terima kasih kerana sudi menjadi "Follower" kepada blog Diddy. Jika ada link yang Diddy terlepas pandang, sila letakkan di ruangan komen ya! Nanti Diddy akan link secepat mungkin. Kepada "Follower" tunggu kerana Diddy ada sesuatu yang istimewa untuk yang bertuah =) Diddy rasa tu sahaja yang ingin Diddy tuliskan setakat ni.

Salam Sayang
Diddy

30 comments:

Qarl said...

diddy...

bro, selamat berehat!!

g gym lg???

hehe.. mcm dh mantop je!

btw, bgus laaa

Anis Hayati said...

Salam..
baguslah diddy ada masa nak rehat
rehat puas-puas ye..

siapalah follower bertuah itu?
hehehe..

by the way, anis pun dah lulus test memandu jpj, lps ni boleh la bawak diddy & abg bad jln2

all the best =)

~Rein~ said...

haha..hi bro
thanks.mcm xcaya plak sy salah sorg yg terdpt dlm link blog tuh..
i'm realy appreciate..
well~ hope bro dpt rehat yg secukupnya..
:P

Shaofie said...

perghhh!!
pegi gym tuu.
ptot laa bdan beketak2.
muekekeke.
cam ne nak amek diddy nyanyi utk show U saye erk?
ade nak kontek spe2 x?

Zuwairi said...

Salam..

diddy selamat berehat~
wah, g gym~
pasni ble kalahkan ahli bina badan msia la..

ngeee:)

Miss Neddy said...

diddy, ok ar tuh..sesekali kena rest gak kan.. at least blh lawat2 blog2 lain jgk

ape pun,

taking care.

Anonymous said...

Hello Diddy
Sekali sekala kena take a break. Kalau kerja non- stop pun tak bagus utk kesihatan.
Bila nak ambil kurma?:)Tp kalau lambat pun takpe, Kak Inc dah reserve utk Diddy & geng Casa

Salam
Kak Inc

Radin87 said...

Salam.

rehat baik-baik.. Gunakan masa sebaik-baiknya.. =)
selalu pergi gym rupanya.. ada instructor ke?

hmm..
ada hadiah istimewa utk follower yg bertuah ke?
hmm.. mesti susah nak jadi yg bertuah.. diddy ada ramai follower..
=)

♥eeiyqah tqah♥ said...

hye...

bez nye kn dpt rest skali skala...

anyway..

enjoy your rest time...

=)

ajym said...

WAH SERONOKNYA DAPAT BEREHAT KAN.... GI GYM.... JOGGING KAT THREADMILL CUKUP LA DIDDY... JGN BYK ANGKAT BERAT...LENGAN BESAR SGT TAK CANTIK LAH.... KALAU EXERCISE UNTUK KURUS OK LAH....

BERDASARKAN PENGALAMAN ORG2 YG SUKA GI GYM NIE... BADAN AKAN LAGI SENANG NAIK JIKA TAK AKTIF... SEBAB ITULAH BERPADA2.... SEMUA ARTIS YG SUKA GI GYM SEPERTI AWIE, ANDING DLL .... SEMUA BODY DAH OUT... SORI...HAHAHHA.... SO BERHATI2LAH....

dari ajymnarnia.blogspot.com

Amir Rayyan said...

salam..abg diddy...blog sean dh pindah tau..ni add br blog sean..http://amirrayyan.blogspot.com

Abg diddy,all the best tau tuk abg..always support u abg...

D i d d y H i r d y said...

Hai Karl =)

Diddy pergi gim untuk tingkatkan stamina bukan nak bina badan =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Anis =)

Tahniah dah dapat lesen kereta =)

Follower bertuah belum tahu lagi. Diddy tengah cari idea untuk berikan sesuatu =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Rein =)

Selamat menjadi seorang blogger =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Shaofie =)

Mana ada badan berketak2 hehehe!

Kalau nak jemput Diddy untuk persembahan boleh telefon Abang Badrul. Nombor telefon ada di ruangan "Contact" sebelah di panel kanan ni =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Zwairy =)

Hehehe! Tak adalah sampai jadi ahli bina badan. Diddy pergi gim untuk tingkatkan stamina saja. Masa awal2 dulu memang nak turunkan berat badan sikit =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Neddy =)

Diddy memang rasa seronok dapat baca blog2 lain yang link Diddy dan yang jadi "Follower" blog Diddy. Dari kisah putus cinta, tag dan sebagainya sampailah cerita tentang politik dan lain2 =)

Kirim salam pada Mr. Khairul ya =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Kak Inc =)

Diddy harap Kak Inc sekeluarga sihat. Lama tak jumpa. Nanti Diddy tanya Abang Badrul bila boleh ambil kurma dari Kak Inc =)

Kalau rehat lama2 pun rasa bosan juga =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Radin =)

Diddy ada instructor yang bantu. Tapi selalunya buat cardio sendiri saja. Treadmill, kayuh basikal dan lain2.

Diddy tengah fikir cara terbaik untuk cari "Follower" yang bertuah =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Eeiyqahtqah =)

Memang seronok dapat rehat yang panjang tapi ada masa rasa bosan juga. Nasib baik ada lagu2 baru yang Diddy nak kena hafal =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Abg Ajym =)

Diddy pergi gim untuk tambah stamina saja bukan untuk bina badan. Diddy banyak buat latihan cardio saja. Stamina sangat penting untuk Diddy terutama kalau buat persembahan majlis makan malam. Nak kena menyanyi banyak lagu =)

Awal2 dulu ada juga angkat besi untuk tone badan tapi tu semua bawah perhatian instructor. Sekarang dah jarang angkat besi =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Sean @ Amir =)

Diddy dah letak link atas nama Amir Rayyan =)

Misz Lyia'z said...

salam...
just drop by 2 say hye 2 u diddy...

njoy ur day... (^_^)

narnia said...

hai diddy....ni first time singgah blog diddy...bagus jugak diddy bekerja ngan abang badrul...menepati masa...tak membuang masa orang lain..

nak tambah stamina tak pe...jangan tambah besar sudah...suka tengok diddy sekarang..

ieien said...

salam diddy..

rehat la puas2 ek. bagus la tu diddy pegi gim utk tingkatkn stamina. so x lah semput masa wat p'sembahan kn? :)

D i d d y H i r d y said...

Hai Lyia =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Narnia =)

T'kasih kerana sudi singgah blog Diddy =)

Memang Abang Badrul SANGAT menepati masa. Awal2 dulu kalau dia kata pukul 1 dia ambil Diddy di rumah maknanya pukul 1 Diddy mesti sudah ada di hadapan pagar rumah. Tension juga hehehe! Tetapi sekarang ni bila Diddy sudah biasa dengan cara dia bekerja dia tak tegas sangat =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Kenzo @ Ain =)

Tujuan utama Diddy pergi gim untuk stamina. Kalau dulu menyanyi hanya satu dua lagu sahaja tetapi sekarang ni ada masa Diddy kena menyanyi sampai lima enam lagu dalam satu masa. Kalau tak cukup stamina memang semput =)

Kellycious Sakura said...

heheh..
thnx abg dd link kelly...
muah muah..
semoga sihat slalu & murah rezeki...
xsabar nk tgk telefilem abg dd kt tv nnt..
tv brape eh??

D i d d y H i r d y said...

Hai Kelly =)

Telefilem tu akan ditayangkan di RTM tapi belum tahu bila tarikh tayangan =)

Sama2 =)