Latest Single - Lelaki Atas Awan

Wednesday, February 11, 2009

Pusing

Bismillahirrahmanirrahim


Sebelum ni bila Diddy sertai DiGi Music Squad - Music Telegram Diddy akan hanya berada di satu lokasi untuk setiap telegram sahaja. Semuanya adalah untuk siaran secara langsung di radio Era. Yang pertamanya di ibupejabat di Shah Alam, kemudiannya di Mahkota Parade Melaka dan seterusnya di Selayang Mall, Selayang. Habis sahaja siaran langsung ke udara, Diddy akan ikut mereka hanya di tempat tersebut sahaja. Tetapi ketika mereka adakan Music Telegram di One Utama, Damansara, Diddy buat keputusan untuk ikut mereka bergerak ke tempat lain selepas tu.




Diddy memang tak menjangka banyak tempat yang mereka pergi. Bermula dengan beberapa tempat di Damansara Perdana, kami kemudian ke Taman Tun Dr. Ismail, Bandar Damansara dan beberapa tempat lagi. Berpusing2 kami membuat kejutan tak kira pada siapa sahaja. Hari tersebut memang meletihkan. Tetapi sesuatu yang istimewa tentang DiGi Music Telegram ni, ia pasti mengukir senyuman kepada orang yang kami hiburkan. Tak kira sama ada hanya di gerai pisang goreng di tepi jalan, hinggalah ke tempat makan yang dianggap urban oleh golongan remaja.



Bila sampai ke penghujung kami singgah di sebuah restoran di Taman Tun dan tak sangka kami buat kejutan untuk Farah Asyikin =) Sempat juga Diddy minum sambil berbual2 dengan Farah. Diddy dapat tahu kesihatan ayah Farah tak begitu baik. Buat masa sekarang Farah berehat seketika daripada membuat sebarang persembahan kerana ingin menjaga ayahnya. Diddy doakan semoga ayah Farah cepat sembuh, InsyaAllah.



Lewat petang tadi Diddy dapat sms daripada Abang Badrul tentang photoshoot Diddy dan Nurfatima bersama Berita Harian. Kalau berpeluang, jangan lupa dapatkan Berita Harian esok, Khamis, 12 Februari. Diddy dapat tahu photoshoot tersebut akan menjadi cover untuk Hip Berita Harian. Terima kasih pada Abang Nurul Hisham. Jangan lupa juga untuk membuat permintaan lagu duet Diddy dan Nur bertajuk Sudah di radio2 kegemaran masing2 =)

Salam Sayang
Diddy

5 comments:

Anis Hayati said...

Anis dah beli berita harian..
=)
semoga ayah farah asyikin segera smbuh

ajym said...

WAH...BAGUSLAH DIDDY NI... RAJIN SUNGGUH UPDATE BLOG.... DAH BACA DAH BERITA HARIAN.... NAMPAKNYA REZEKI DIDDY BUKAN MAIN MENCURAH2 LAGI....

rajin ke kalau nak jawab tag... anda di tagged...wakakakaka...larikk.......kat ajymnarnia.blogspot.com

diddy said...

T'kasih Anis =)

diddy said...

Hai Abg Ajym =)

Kalau ada perkara yang Diddy nak tulis Diddy akan tulis di blog. Sebelum ni ada juga yang kata bila sesetengah artis jarang ada publisiti di akhbar atau majalah orang fikir artis tersebut tak ada show atau dah tak terlibat dalam bidang seni. Jadi Diddy ambil peluang menulis di blog untuk beritahu peminat2 Diddy tentang aktiviti dan perjalanan seni Diddy =)

Buat masa sekarang ni Diddy belum mahu buat sebarang tag kerana kebanyakan soalannya terlalu peribadi. Ada perkara kena simpan untuk diri sendiri =)

ajym said...

TQ DIDDY KERANA REPLY... FAHAM...FAHAM.... MMG PUN SEMUA TAG ADALAH PERIBADI...ABG AJYM PUN JAWAP UNTUK SANTAI2 SAJER....SEBAB TU JAWAP PUN CAM KELAKAR JER...

BAGUSLAH ... SETIAP MASA YG TERLUANG DIGUNAKAN UNTUK PEMINAT JUGA..TAPI MMG SUKALAH BACA BLOG NI... SYABAS....