Latest Single - Lelaki Atas Awan

Monday, February 9, 2009

Pangsun

Bismillahirrahmanirrahim


Diddy ke majlis Riadah sambil Beramal di Sungai Pangsun, Ulu Langat dalam keadaan sedikit keletihan. Hari Jumaat sebelumnya Diddy ke Ipoh, Perak untuk DiGi Music Telegram dan terus pulang pada hari yang sama. Hari Sabtu pula Diddy ada recording untuk vocal guide lagu yang baru sehingga pukul dua pagi. Hari Ahad seawal 10 pagi kami bertolak ke Sungai Pangsun untuk majlis Beriadah Sambil Beramal anjuran Da Vom.






Ramai juga kelab peminat yang hadir ke majlis tersebut seperti Stacy Frenz, Saida FC, Shawal FC, Riz FC, Toi FC, Tasya FC serta lain2 dan tentunya Da Vom. Orang2 dari Casa tak dapat menghadirkan diri kerana masing2 sudah terikat dengan jadual tersendiri. Salah Diddy juga kerana lewat memaklumkan kepada mereka semua. InsyaAllah lain kali bila berkesempatan kita akan berkumpul bersama2.




Bermacam2 jenis makanan tersedia. Ada nasi lemak, bihun goreng, kuih muih, ayam bakar, kek dan bermacam2 lagi. Selain makan dan minum, mereka juga ada permainan untuk semua yang hadir. Satu perkara yang Diddy sedari, setiap orang yang hadir sangat sporting dan bersahaja tak kira usia, pangkat atau darjat. Semuanya bergembira dan tahu niat mereka hadir bukan setakat untuk beriadah dan mengeratkan silaturrahim tetapi juga untuk menderma kepada tabung Gaza. Walaupun kepanasan dan keletihan tidak ada orang yang bermasam muka. Semuanya ceria dan gembira.



Selain Mila yang mempersembahkan lagu bersama Da Vom, Diddy sempat juga berduet dengan Nurfatima dengan diiringi petikan gitar oleh Abang Is. Selepas sessi bergambar kami sambung kembali sessi makan2 dan ada juga yang mandi manda untuk menyejukkan badan. Diddy dapat tahu banyak juga kutipan yang dibuat untuk tabung Gaza. Mila turut turun padang mengutip derma daripada orang2 lain yang turut berkelah di tempat yang sama.






Hampir jam 3.30 petang Diddy minta diri untuk ke satu tempat lain pula. Sebenarnya keluarga Diddy turut mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk sama2 berkelah. Cuma tempatnya terletak agak ke depan sedikit dari tempat beriadah yang dianjurkan oleh Da Vom. Jadi Diddy terus ke sana untuk menyambung sessi perkelahan bersama keluarga pula. Diddy ingin mengucapkan terima kasih kepada Kak Aidid dan Da Vom kerana sudi menjemput Diddy dan Nurfatima. Terima kasih juga kepada semua ahli2 FC yang hadir yang memberikan layanan mesra pada Diddy. InsyaAllah semoga bertemu dilain masa.

Salam Sayang
Diddy

28 comments:

DoOrDie said...

hi diddy!

Gambar2 dalam blog diddy nih lawa2..siapa yang snap eh?

cara penceritaan , bersahaja. Fun reading!

Anonymous said...

diddy...sori tak dapat pegi...kak maya ade kelas...ingat nak pegi lepas abis kelas pagi...tapi nampak mcm tak praktikal je nak ke ulu langat pastu nak balik shah alam smula masuk kelas ptg pkl 2....len kali kalau mase mengizinkan kitorang pegi

Miss Atie said...

JELES JELES JELES JELES JELES JELES
HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

apeng :) said...

salaam diddy.

haha.blog apeng tu ter update la pasal ada orang bawak laptop.sini pun ada wireless.nanti2 dah susah la nak update.

btw...huuuuu tgk gambar2 diddy tu, kakak2 casa tak ramai yg pegi ke? ke apeng je yg tak perasan? huhu.

shaofie said...

diddy.
gmbarku ade itoo.
wahhh!!
terinterpreme sudaa.

p/s : still malu smbil tergelak diddy soh guyang grudi inul smlm.

hoyeahhh2.

shaofie said...

INTERPREME :

hoyeahh,hoyeahhh..
hoyeahhh,hoyeahhhh!!

amek je la gmba yg diddy ngah nyanyi tu ngn nurfatimah kat blog saye.

T.A.G EyLa said...

salam DD, eyla link-kan blog DD dr blog Agogo Trek k. tq2 (^_^)v

i'm NuRt said...

thanks diddy sbb sudi join event davom..

nxt time kalo ada apa2 event jgn serik2 join ek..

hahaha

:D

shaofie said...

sibuk je cik nurt nih.

Kos Serani said...

Hye Diddy, saya dah link Blog U kat Blog saya dan Blog Stacy Frenz, hope u link kat sini juga Blog Stacy Frenz ya

KA said...

Da VOM mmg suka menyibuk, shaofie. muahhahahahaa. kan nurt kannn

best mmg best. artis best, fc2 yg dtg pun best. walaupun buat last minit(salah kita org gaklah x dpt bgtau awal, sebab plannya pun hari isnin minggu tu.huhu)

Next time join lagi tau diddy. :D

diddy said...

Hai Doordie =)

Gambar2 semuanya Abg Badrul yang ambilkan tapi yang buat editing Diddy sendiri Hehehe! Mesti nak kredit juga =)

Awal2 dulu ada juga yang kata cara Diddy tulis ni skema sikit tapi Diddy rasa lebih mudah untuk semua faham =)

T'kasih kerana sudi jenguk blog Diddy.

diddy said...

Tak apa Kak Maya. Jauh kalau Kak Maya nak datang dari Shah Alam lepas tu nak balik semula untuk sambung kuliah. InsyaAllah lain kali bila masa mengizinkan kita berkumpul lagi =)

Diddy teringin juga nak temukan FC lain dengan Casa.

diddy said...

Hai Atie =)

Jeleslah lagi! Jeleslah lagi =)

diddy said...

Hai Apeng =)

Bagus juga ada orang bawa laptop. Boleh online tapi jangan melencong sudahlah hehehe!

Kakak2 dan Abang2 Casa semuanya dah terikat dengan komitmen. Jadi mereka tak dapat datang. Lagipun Diddy bagitahu mereka agak lewat. Tak apa, InsyaAllah lain kali kita berkumpul lagi =)

diddy said...

Hai Shaofie =)

Bukan semua pun yang buat gelek gerudi =) Dua tiga orang je!

Gambar2 semua Diddy dah ambil dan simpan. T'kasih lagi sekali =)

diddy said...

Hai Eyla =)

Silakan =) Diddy baru baca di Trek Agogo =)

diddy said...

Hai Nurt =)

Ramai betul gang 'melatah' hari tu. Tapi sebab Intan Beckham ada jadi tak ramailah yang kacau Nurt =)

InsyaAllah kalau dijemput dan kalau tak ada halangan Diddy akan datang =)

diddy said...

Hai Abg Kos =)

T'kasih kerana link kan blog Diddy. Diddy sudah letakkan link Stacy Frenz dan Abg Kos di blog Diddy =)

T'kasih pada semua Stacy Frenz yang sangat sporting. Kalau mereka dapat jumpa gang Casa Diddy mesti lagi havoc =)

diddy said...

T'kasih Kak Aidid kerana sudi jemput Diddy. Walaupun rancangan dibuat di saat akhir tapi Diddy tengok semuanya berjalan dengan lancar =)

Tahniah untuk Da Vom =)

i'm NuRt said...

*hahahhah kann dd, seb bek beckham ada,takde laa nurt jd sasaran..syukur2,thanks beck... hikss

*wehh sopiii,ko pon sebok jekk...lalala pangggg!!

*hahaha KA,gib me 5 laaa...sepuk sopi kuat2... :D

GOOD LUCK DIDDY,I'LL ALWAYS SUPPORT U..DIDDY BEST..

Radin87 said...

Salam..
Seronok nampaknya.. :)
Kenapa peserta perempuan macam lagi ramai?

diddy said...

Hai Radin =)

Diddy rasa macam balance kot. Ada juga yang tak sempat bergambar kerana sibuk sediakan barbeku.

Memang seronok =)

diddy said...

T'kasih Nurt =)

Diddy pun 'Always Support Nurt' =)

Adriana Danielle said...

ha... banyaknya gambar aku... huhuhu... cayalah...

shaofie said...

ko jgnn nurt.
aku elakkkk..
nk sepokk lakk.
haha.

'DIDDY rawks'..

still hoyeahh-hoyeahhh!!

KA said...

eh eh mana gmbr diddy ngn da vom ek. huhu. Tu ar Da VOM sibuk sgt sampai terlupa nk bergambar sama.

::sunshine:: said...

wwaahh...smua entprem..
nak gak laa..
Hye DIDDY...
yg x wat gelek gerudi tu sun laa..

amboi nurt..kat sini ngaku ek ko tu melatah...
lalalalala