Latest Single - Lelaki Atas Awan

Monday, February 16, 2009

Hijau

Bismillahirrahmanirrahim


Diddy baru balik dari Ipoh petang tadi. Persembahan malam sebelumnya memang menyeronokkan tetapi Diddy akan tuliskan nanti. Hari Jumaat lalu Diddy menghadirkan diri untuk majlis Kasih Sayang anjuran Majalah Media Hiburan. Majlis tersebut bermula selepas solat Jumaat dan diadakan di Kampung Pengantin, Jalan Genting Klang. Tema majlis tersebut adalah hijau dan putih. Minggu lalu jadual Diddy agak padat jadi Diddy memang tidak berkesempatan membeli baju berwarna hijau untuk majlis tersebut. Nasib baik malam sebelum majlis berlangsung Abang Badrul ambil T-shirt Diddy yang sedia ada dan letakkan sedikit hiasan untuk mendapatkan kelainan. Memang kreatif =)


Ramai juga artis yang menghadirkan diri untuk majlis tersebut dan setiap kali Majalah Media Hiburan mengadakan majlis, tidak lengkap kalau ianya tidak disertai dengan permainan yang menghiburkan. Memang berpeluh juga Diddy kerana hampir setiap permainan Diddy diminta untuk menyertainya. Selain daripada permainan ada juga acara cabutan bertuah dan pelbagai anugerah untuk artis2 dan petugas2 di Majalah Media Hiburan. Sebenarnya banyak gambar2 yang diambil dan berbagai kisah lucu berlaku sepanjang majlis berjalan tetapi Diddy belum boleh ceritakan lagi. Kena tunggu terlebih dahulu. Kalau ingin tahu lebih lanjut, nantikan ceritanya dalam Majalah Media Hiburan nanti.


Hari ni Diddy dapat lagi sebuah lagu baru. Diddy sudah dengar melodinya dan Diddy rasa sangat sesuai dengan apa yang Diddy inginkan. Diddy suka dengan kelainan yang ada pada melodi lagu ni. Cuma Diddy masih belum dapat liriknya lagi. Diddy rasa bertuah kerana tahun ni Diddy dapat lagu jauh lebih awal dari tarikh rakaman. Ianya memberi peluang untuk Diddy menghayati lagu dan lirik serta mencuba berbagai bentuk penyampaian yang berbeza. Contohnya seperti lagu Sudah. Tempoh dari mula Diddy mendapat vocal guide lagu Sudah, sehinggalah tempoh lagu tersebut disiapkan adalah dua bulan. Diddy memang sangat puas hati kerana dapat memberikan yang benar2 terbaik untuk lagu tersebut. Diddy sangat berharap untuk lagu2 seterusnya Diddy dapat memberikan yang lebih baik lagi.

Diddy ingin mengambil kesempatan ni untuk merakamkan ucapan takziah buat keluarga Datuk Siti Nurhaliza, Saida dan Saerah di atas pemergian Allahyarham ayahanda mereka. Semoga Allah S.W.T. menempatkan rohnya bersama orang2 yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Salam Sayang
Diddy

14 comments:

n e b e said...

salam diddy,
wahh ada stacy..ehehehe..
lagu baru tu balada jga ke?mesti best mcm SUDAH kan..
good luck diddy..ciao!!!

Zwairy said...

Salam diddy..

wah..dimana ada Diddy.. disitu ada Nurfatima..
ehem2.. ade ape2 ke?
:)

my name is KARL said...

sonokye diddy..

kehulu kehilir dhhh

i miss kak fa (farah asyikin) a lot... hehehe

diddy said...

Hai Nebe =)

Lagu baru tu mid tempo tapi Diddy suka kelainannya =)

diddy said...

Hai Zwairy =)

Nurfatima sekarang di bawah pengurusan F-Tersix untuk promosi dan persembahan. Selain menguruskan Diddy buat masa ni Abang Badrul turut menguruskan Nurfatima terutamanya untuk promosi single duet Diddy dan Nur =)

Jangan cakap bukan2 =) Diddy bahagia dengan tunang Diddy =)

diddy said...

Hai Karl =)

Alhamdulillah rezeki single terbaru =)

Harap2 lagu Sudah akan mendapat sambutan =)

Faisal said...

wahhh....God knows how much i miss commenting in this blog and how i miss your informative entry...

OMGGGGG!!!!Faisal busyyyy yg amat sampai tak tahu punn Bapak CT meninggal...bile baca blog Diddy baru la tahu..Takziah CT..tIME Kaseh Diddy sbb bgtau Faisal yg kejauhan ni..

Aper ek yg terjadi..hmmm..ohhh makin busy nampaknye n pengikut blog Diddy pun dah makin bertambah..maknanye rezki Diddy bertambah n peminat pun bertambah..TAHNIAAHHH!!!
cONgratz TO Abg Badrul gakk..

P/S: hey ehh rambot dah pnjg..:-))

~~Faisal Londoner~~

Anis Hayati said...

Salam..
Mesti lagu baru ni pun best juga
Moga diddy dapat buat yg terbaik utk rakaman lagu ni nanti

shaofie said...

wahh diddy.
ade stacy.
ble la plak diddy n stacy nak beduet.
buat lagu fast ke.
skrg x sibuk belakon ke??
byk tawaran?.

Zwairy said...

salam..

hehehe~
lawak je diddy ek..
jgn marah~

diddy said...

Hai Faisal =)

Mesti seronok dapat belajar di negara orang.

Harap2 bila ada rezeki satu hari nanti Diddy akan sampai juga ke London =)

diddy said...

Hai Anis =)

Entah mengapa Diddy memang suka dengan dua buah lagu yang Diddy baru dapat =) Memang ada kelainan dan sekali dengar sahaja Diddy sudah tertarik =)

diddy said...

Hai Shaofie =)

Mana tahu satu hari nanti ada rezeki Diddy berduet dengan Stacy hehehe =)

Sekarang ni Diddy belum ada tawaran berlakon. Kalau boleh Diddy nak tumpukan dulu pada proses mempromosikan single duet Diddy dan Nur. Mungkin tak mampu nak buat semua perkara dalam satu masa =)

diddy said...

Diddy tahu tu gurauan saja, Zwairy =)