Latest Single - Lelaki Atas Awan

Monday, February 2, 2009

Bual

Bismillahirrahmanirrahim


Ni adalah kali pertama Diddy ditemubual dalam rancangan bual bicara Nasi Lemak Kopi O yang bersiaran secara langsung dari Sri Pentas, Damansara. Secara peribadi, Diddy suka dengan suasana di dalam studio. Selain daripada sofa tempat menemubual, studio tersebut lengkap dengan meja dan kerusi seperti di Kopitiam dan mereka turut menghidangkan nasi lemak serta kopi o untuk para tetamu yang dijemput. Tapi Diddy tak pasti sama ada suasana di dalam studio turut disiarkan secara langsung di kaca TV. Temubual pula dibuat secara santai dan bersahaja.


Memandangkan hari Ahad tersebut adalah sehari sebelum Tahun Baru Cina, Abang Badrul cadangkan Diddy memakai kemeja warna merah. Diddy sebenarnya tak banyak pakaian berwarna merah tetapi Diddy ada satu kemeja merah yang memang menjadi kegemaran Diddy. Baju ni yang sering kali Diddy ulang pakai. Tak mengapalah, bila ada bajet lebih nanti Diddy akan beli yang lain pula. Sebelum temubual Diddy diminta mempersembahkan sebuah lagu. Diddy pilih lagu "Sana" dari album Diddy kerana lagu tersebut mempunyai mood yang gembira. Diddy rasa tak begitu sesuai untuk menyanyikan lagu sedih pagi2 buta =)


Dalam program bual bicara tersebut Diddy mengambil peluang untuk mempromosikan single terbaru Diddy dan Nur. Terima kasih pada pihak pengurusan dan TV9 yang sudi menjemput Diddy ke rancangan bual bicara Nasi Lemak Kopi O. Minggu ni Diddy tak ada apa2 aktiviti sehingga hari Khamis. Dapatlah Diddy rehatkan diri, basuh pakaian dan kasut dan lain2 lagi. Hari Jumaat pula Diddy akan ke Ipoh, Perak untuk DiGi Music Telegram.

Salam Sayang
Diddy

10 comments:

my name is KARL said...

hye diddy!

ye ke basuh pakaian, kasut sume?

or antar dobi?

diddy said...

Hai Karl =)

Memang Diddy basuh pakaian sendiri kecuali baju2 show dan baju2 yang ditaja. Yang tu kena hantar dry cleaning. Tapi kalau minggu yang terlalu sibuk dan tak sempat terpaksalah Diddy hantar dobi =)

Anonymous said...

Aku rasa diddy tgh sidai baju ngan jemur kasut kat umah ni...hehehehe.

p/s:Ala karl,apa nak pelik diddy basuh sendiri.Mariah Carey yg femes pun basuh baju sendiri...

ajym said...

BAGUSLAH MACAM TU DIDDY... ORG RAJIN NI.. RAMAI YG SUKA TAU...

ALA ABG AJYM TERLEPAS LA RAMCANGAN TU... RUGI TAK TGK ...

EH DIDDY.. ABG AJYM NAMPAK BADAN DIDDY MCM DAH BERISI SIKIT LAH... DIDDY ADA ANGKAT BERAT KE... JGN OVER SGT TAU... MASA DIDDY KURUS DULU SEMASA MULA2 DIDDY JADI ARTIS TU... LAGI OK APA... HAHAHA SORI NYIBUK PULA ABG AJYM NI KAN.... SUKA HATI DIDDY LA YER... LAIN ORG LAIN PANDANGAN... ITU ABG AJYM PUNYA PANDANGAN JER.... WAKAKA....

SUKA BACA DIDDY PNYA BLOG... TQ TO ANIS YG MEMPERKENALKAN...OKLAH DIDDY PUN DAH TERSENARAI ARTIS YG DIMINATI....SELAIN NUBHAN....

Radin87 said...

Salam..

Sinar matahari pagi membawa sinar baru kepada suatu hari yg baru..
Hari yg tidak akan sama dengan hari yg sebelumya..
Pagi-pagi memang tak sesuai untuk lagu-lagu sedih.. =)

Faisal said...

Hai Diddy berbaju merah!!

Like your style and the way you are now..its so refreshing and presentable...keep it up man..

Hari ni Faisal dah nak start kuliah..saspens jek..wish me luck coz im so damn nervous!!!

diddy said...

Anonymous =)

Sidai baju dan gosok baju boleh upah anak buah Diddy =)

diddy said...

Hai Abang Ajym =)

Diddy pun tak tahu nak cakap apa. Sebabnya Abang Ajym orang yang pertama tahun ni yang cakap Diddy dah berisi. Semua orang yang Diddy jumpa sebelum ni cakap Diddy dah kurus.

T'kasih kerana suka baca blog Diddy =)

diddy said...

Hai Radin =)

Pagi2 memang tak sesuai nyanyi lagu sedih tapi masa mula2 dulu nak promote lagu Hilang, terpaksa juga nyanyi lagu sedih pagi2. Tapi Alhamdulillah bila dah ada album ni senang sikit Diddy nak pilih lagu yang bersesuaian dengan masa dan keadaan =)

diddy said...

Hai Faisal =)

Good luck dan selamat belajar. Semoga berjaya dengan cemerlang untuk agama, bangsa dan negara =)