Latest Single - Lelaki Atas Awan

Thursday, February 12, 2009

Hip

Bismillahirrahmanirrahim



Vokal Diddy memang 'sesuatu'

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my

KARIERNYA dalam dunia seni mungkin bermula sejak 1999 lagi apabila dia memasuki pertandingan Golden Teen Search. Dia sendiri pernah muncul dengan dua album (Selembut Sutera, Gadis). Begitupun karier muziknya tidak secerah yang diharapkan. Bakat besar dimiliki dalam nyanyian belum mampu meletakkan Nur Fatimah sebaris dengan penyanyi popular lain.

Begitupun nama penyanyi ini pada hakikatnya tidak pernah tenggelam. Daripada bidang muzik, dia beralih ke dunia penyiaran apabila bertugas sebagai penyampai berita di 8TV, tidak lama dulu. Tidak berasa cukup dengan ilmu di dada, dia kembali mendalami ilmu kejuruteraan audio dan muzik di kolej swasta.

"Saya tidak akan rasa sempurna jika tidak ada sijil kelayakan daripada institusi pengajian tinggi. Walaupun saya banyak belajar daripada pemuzik atau produser yang pernah bekerjasama dengan saya, namun jauh di sudut hati, saya memang berasakan perlu mendapatkan sijil demi melengkapkan masa depan," katanya.

Selama tiga tahun menimba ilmu dalam bidang terbabit, Nur mula nampak jalan yang lebih cerah buatnya. Malah, jalan itu sudah mula diintai sejak beberapa tahun lalu, apabila dia mula menulis lirik dan kemudiannya mencipta lagu. Hari ini, namanya antara komposer dan penulis lirik yang paling dicari-cari.

Hasil kesungguhannya dan rajin bertanya, membolehkan wanita ini menerbitkan sekali lagu yang diciptanya. Antara penyanyi yang sudah pun mendapatkan khidmatnya ialah Misha Omar dan Haiza. Ketika ini, dia terbabit pula dalam penghasilan lagu untuk Jaafar Onn dan seorang penyanyi baru, Hefni.

"Syukurlah, kini rezeki saya lebih murah berbanding beberapa tahun lalu. Lebih ramai penggiat seni yang mula meminta khidmat saya sama ada untuk menulis lirik, mencipta lagu mahupun menerbitkan lagu mereka. Mungkin inilah balasan saya dapat apabila banyak bersabar," katanya yang baru saja muncul bersama single duet bersama Diddy, berjudul Sudah.

Lagu terbabit dicipta komposer berkaliber, Audi Mok, manakala liriknya dihasilkan Nur bersama Diddy sendiri. Ia muncul projek khas syarikat pengurusan Diddy, F-Tersix Sdn Bhd dan Satu Entertainment (label yang menaungi artis ini).

"Pada mulanya saya tak terfikir langsung untuk kembali merakamkan lagu duet setelah lama tidak berbuat demikian. Memanglah saya pernah berduet bersama Vince dan Ruffedge, tetapi semua itu sudah lama berlalu. Apatah lagi, saya ingatkan lagu itu hanya memerlukan saya sebagai penulis lirik.

"Namun, Audi nampaknya punya pandangan berlainan. Dia berasakan, wujud kesesuaian antara suara saya dan Diddy. Dari situ, semuanya berjalan dengan baik dan akhirnya, muncullah single ini. Saya pula tidak kisah berduet dengan sesiapa, asalkan wujud keserasian antara kami. Saya dapati, Diddy artis baru yang mempunyai kualiti vokal yang baik," ujar Nur.

Sudah yang berentak balada dengan unsur muzik Cina, kata Nur, bukan lagu cinta yang menggambarkan dirinya bercinta dengan Diddy. Sebaliknya ia lebih berupa nasihat seorang rakan kepada temannya yang baru putus kasih.

Menyentuh perkembangan terbarunya juga, Nur dengan gembira memberitahu, buat kali kedua dia akan beraksi di pentas teater muzikal Ibu Zain arahan Rosminah Tahir. Teater berkenaan akan menemui penonton di MTC Jalan Ampang, mulai 13 hingga 22 Mac nanti.

"Siapa yang tidak gembira apabila pengarahnya memanggil saya sekali lagi bagi menjayakan pementasan ini. Pementasan musim pertama lalu mendapat sambutan cukup baik. Justeru, beliau kembali mementaskan Ibu Zain pada Mac nanti. Latihannya juga sudah pun bermula pada bulan ini (Februari).

"Sebenarnya, dunia teater bukanlah asing bagi saya. Sejak remaja lagi, saya sudah didedahkan dengan lakonan pentas begini. Sudah 10 teater saya jayakan sehingga kini. Namun, saya berhenti berlakon teater pada usia 18 tahun, kerana ingin memberikan tumpuan kepada bidang nyanyian. Selepas lapan tahun, nampaknya saya pulang ke dunia lakonan teater bersama Ibu Zain, pada tahun lalu," kata penerima Komposer Muda Berpotensi Anugerah MACP 2008 ini sambil menguntum senyum.

Sudah yang berentak balada dengan unsur muzik Cina bukan lagu cinta, lebih berupa nasihat seorang rakan kepada temannya yang baru putus kasih

Tahun sibuk buat Diddy

KEMUNCULAN single Sudah tentunya menandakan bermulanya langkah panjang Diddy untuk menempuh 2009 yang dikatakan bakal menyaksikan dirinya terbabit dalam pelbagai aktiviti seni. Di samping perancangan album solo kedua, penyanyi ini juga dikatakan mencari ruang untuk muncul bersama album duet.

Sebelum itu, dia akan tampil bersama single demi single, sehinggalah lagu yang terpilih itu dihimpunkan sebagai album kedua daripadanya.

Ketika single Sudah masih lagi panas, Diddy difahamkan sudah pun bersiap sedia untuk merakamkan lagu seterusnya. Kali ini, dia menyanyi secara berseorangan pula.

"Bagi projek solo, sebanyak dua lagu sudah pun berada dalam tangan syarikat pengurusan saya. Tengoklah nanti, single mana yang disiapkan dulu, mungkin lagu itulah yang akan kita promosi selepas ini," katanya yang muncul antara selebriti yang mendapat kerjasama daripada jenama penjagaan kulit terkemuka, Clinique.

Janji penyanyi tinggi lampai ini, sebelum berakhirnya 2009, peminatnya pasti akan dapat menikmati sebuah album penuh daripadanya.

Baru saja menandatangani kontrak buat tahun kedua bersama Digi Superstar, Diddy juga mengembangkan sayap seni ke arena lakonan.

"Telefilem pertama saya, Rebab Tidak Bertali yang diterbitkan Pujangga Kreatif dijadualkan menemui peminat pada April ini. Manakala telefilem kedua, Kasih Berbunga Lalang keluaran United Kadila belum diketahui lagi tarikh tayangannya," cerita Diddy, artis yang dicungkil bakatnya menerusi program Akademi Fantasia.

Mengaku turut menggemari dunia lakonan, Diddy bagaimanapun tetap mengutamakan karier asalnya, sebagai penyanyi. Jika ada tawaran berlakon yang diterima selepas ini, pastinya dia tidak keberatan menerimanya, asalkan tiada percanggahan dengan jadual nyanyian.

Biarpun masih merangkak dalam lakonan, Diddy menganggap nasibnya cukup baik apabila dia diberikan peluang beraksi di samping pelakon berpengalaman dalam setiap judul dibintangi.

Di dalam Rebab Tidak Bertali yang menyaksikan dirinya bertutur dalam dialek Kelantan, Diddy berlakon di samping Normah Damanhuri, Zamarul Hisham, Wan Hanafi Su, Wan Sharmila dan Siti Fazurina. Manakala dalam Kasih Berbunga Lalang pula, dia ditemani Nasir Bilal Khan, Elly Mazlein, Sidek Hussein dan Norlia Ghani.

"Jadi, apabila berada di lokasi, saya memang terasa cukup kerdil. Meskipun begitu, pelakon lain tidak kedekut ilmu, apabila mereka sentiasa membantu. Saya cukup gembira apabila berpeluang beraksi di samping pelakon yang bukan saja jauh lebih berpengalaman, malah mereka juga sudi berkongsi pengetahuan, demi kebaikan projek kami lakonkan," ujarnya.



Info: Nurfatima

NAMA SEBENAR: Nur Fatimah Abd Wahab
TEMPAT LAHIR: Ipoh, Perak
TARIKH LAHIR: 22 Julai 1982
PROFESION: Penyanyi, pencipta lagu, penulis lirik, penerbit
ALBUM: Selembut Sutera, Gadis

Info: DIDDY

NAMA SEBENAR: Syamsul Hirdy Muhid
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
TARIKH LAHIR: 5 Oktober 1985
PROFESION: Penyanyi, pelakon
ALBUM: Diddy

Salam Sayang
Diddy

22 comments:

Anis Hayati said...

Lagu Sudah ni memang best sangat..
banyak kali dengar pun tak jemu
lagi-lagi bila dapat CD free daripada abang badrul hari tu..
hehehe..
tahniah kepada komposer lagu Sudah & penulis liriknya, siapa lagi..
diddy & nur la

apa pun, semoga diddy semakin berjaya
dan lebih dikenali orang lain selepas ini

diddy said...

T'kasih Anis =)

Sejak dari Diddy masuk rancangan realiti lagi Anis sentiasa sokong Diddy. Diddy sangat2 hargai sokongan Anis sebagai peminat/kawan =) T'kasih sekali lagi dan lagi dan lagi =)

DoOrDie said...

Syabas Diddy...! Teruskan lagi usaha ok?

Masih byk ruang, peluang untuk dipelopori.

;-)

shaofie said...

diddy.
xde close-up ke psl kite kat pangsun ari tuh??
penat da bli berita harian tiap2 ari smpi jari itam dok belek surat kabar tuh :)
adehh..
btw,lagu sudah tu mmg besh.
gandingan yg mantap.
btw,saye ade jugak compose 2-3 lagu tp xtau nak send kat spe..
lirik da ade n melodi pon da ade.

[cpQ]licious said...

congrats!

Zwairy said...

salam..

yeah memang mantap sungguh gandingan kali ini.. :)

ajym said...

diddy.... tak ada ke extra cd ke untuk single SUDAH ni.... abg ajym sanggup beli.... kat kedai tak ada jualkan single2 nie.... DIDDY kalau free2 dtg la kat kedai diddy kat tesco ampang...(abg ajym pulak yg jemput hahahha)... bawalah cd tu sekali ... wah....kalau ada lah...

Radin87 said...

Salam..

Baru perasan yang blog diddy ni dah genap setahun..
Tahniah.. =)

Nak tanya, apa yg diddy sendiri suka untuk album baru ni?
kena beli ni...

Anis Hayati said...

Radin87:
Diddy belum keluarkan album baru lagi la
Betul tak Diddy? Anis tolong jawabkan..hehe
Dia baru je keluarkan single terbaru berjudul SUDAH ni duet bersama Nur
sedap kan lagu ni?

david santos said...

Brilliant!!!!
Congratulations!!!!!

Anonymous said...

akum...
sorry dah lama x bg komen kat blog diddy..
lately nie sebok sgt ngan keje ofis & asignment melambak2..
aper2 pun kami tetap menyokong diddy..
Good luck diddy..


k.maya, abg sham & hirdy junior..

syazwan Hairey said...

hello diddy..
wan akan sokong diddy..
vokel sedap bangat la..
hee..
akan terus menyokong..

diddy said...

Hai Doordie =)

T'kasih. InsyaAllah Diddy akan sentiasa cuba memperbaiki diri =)

diddy said...

Hai Shaofie =)

Diddy pun tak tahu bila keluar di akhbar. Mungkin keluar di NST bukan Berita Harian =)

Tentang lagu kena tanya komposer =)

diddy said...

[cpQ]licious =)

T'kasih.

diddy said...

T'kasih Zwairy. Kami buat yang terbaik semampu boleh =)

diddy said...

Hai Abg Ajym =)

Memang kita tak jual single tu. Masa Gaza tempoh hari kita jual hanya untuk mengisi tabung Gaza. Kita serahkan semua hasil jualan pada tabung tersebut. Nanti Diddy tanya dengan Abang Badrul =)

diddy said...

Hai Radin =)

T'kasih. 20hb Februari nanti baru genap setahun =)

Album kedua Diddy masih dalam proses. Sekarang Diddy baru release single duet bersama Nurfatima =)

Paling Diddy suka tentang lagu ni adalah kelainan arrangement dan lirik yang Diddy tulis bersama Nur =)

diddy said...

Hi David Santos =)

Thank you =)

diddy said...

Hai Kak Maya =)

Diddy faham =) Dan Diddy tahu walaupun orang2 Casa jarang tinggalkan komen tapi InsyaAllah semua tetap di hati Diddy =)

Seperti biasa salam untuk Abang Sham dan peluk cium untuk Hirdy Jr. =)

diddy said...

T'kasih Syazwan kerana menyokong Diddy =)

Sokonglah artis2 tempatan =)

AjymNarnia said...

OK DIDDY.... TANYA LA KAT BAD YER... ABG AJYM NAK SESGT TAU....NAK TUNGGU ALBUM KUAR LAMANYA....NANTI KALAU ADA CALL YER... 012-2832652
(MCM LA DIDDY NAK CALL YER... TAK APA...)