Latest Single - Lelaki Atas Awan

Tuesday, February 17, 2009

Ipoh

Bismillahirrahmanirrahim


Perjalanan Diddy ke Ipoh sungguh selesa. Mungkin kerana kami bertolak pada pagi Ahad jadi tidak banyak kenderaan di jalanraya. Perjalanan ke Ipoh juga terasa cepat kerana sepanjang perjalanan ke sana Diddy dan Abang Badrul banyak berbincang terutamanya tentang lagu baru, cara2 mempertingkatkan persembahan dan perkembangan lainnya. Pada orang yang pernah bekerja dengan Abang Badrul mereka mesti tahu dia sangat tegas dan sangat menepati masa. Dia juga percaya sesuatu kejayaan tu hanya akan dapat dicapai dengan latihan dan kerja keras. Paling penting mesti yakin bahawa rezeki hanya datang daripada Allah S.W.T. Nilai2 yang sering diterapkan kepada Diddy supaya berjaya pada satu hari nanti.


Kami tiba di Ipoh lebih kurang pada pukul 12 tengahari. Selepas mendaftar ke bilik masing2 kami terus keluar makan tengahari di sebuah restoran berdekatan dengan hotel. Selepas solat Zohor dan berehat seketika kami ke S.M.K Anderson untuk sessi sound check dan bertemu dengan peminat. Ketika sessi sound check Diddy ambil kesempatan menyanyikan hampir keseluruhan lagu kerana ni adalah kali pertama Diddy akan menyanyikan dua buah lagu Inggeris yang belum pernah Diddy nyanyikan sebelum ni. Habis sahaja sessi sound check Diddy dan beberapa artis lain bersama2 untuk sessi bertemu peminat. Hampir pukul 5 petang Diddy balik ke hotel tetapi sebelum tu singgah di sebuah restoran untuk makan malam bersama Kak Lina, Kak Syikin, Eena dan Tuty yang datang dari Kuala Lumpur. Mungkin ramai yang tidak tahu Diddy tak boleh makan hampir pada waktu persembahan. Diddy hanya boleh makan selewat2nya dua jam sebelum persembahan atau hanya selepas persembahan dan selalunya Diddy kena makan makanan yang pedas2.


Oleh kerana perjalanan dari hotel ke S.M.K Anderson hanya 5 minit sahaja, Diddy ke sana hanya selepas solat Isyak. Terima kasih kepada peminat2 Diddy yang datang memberi sokongan dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan juga Ipoh =) Ada peminat yang datang dari Pulau Pinang yang ditemuramah lagi oleh pengacara hehehe =) Terima kasih Kak Sue, Kiera dan Tim yang menunggu dari awal hingga habis di tepi berhampiran stage. Setelah keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, serta tetamu2 kehormat lainnya, Padang seluruh Ipoh bermandikan cahaya dengan 100 das tembakan bunga api sempena ulangtahun ke-100 S.M.K. Aderson. Konsert bermula pada pukul 10 malam.


Diddy bersyukur kerana persembahan Diddy berjalan dengan lancar. Sungguh menyeronokkan apabila melihat penonton sama2 menyanyi dengan Diddy. Persembahan akhir melibatkan semua artis menyanyikan lagu Standing In The Eyes Of The World. Persembahan tamat lebih kurang pukul 12 tengahmalam. Habis sahaja persembahan Diddy dan Abang Badrul bersama Kak Sue, Kiera dan Tim pergi makan di restoran yang juga berdekatan dengan hotel penginapan kami. Ni adalah kali pertama Diddy bertemu dengan Kiera kerana sebelum ni hanya berpeluang bercakap di telefon sahaja. Terima kasih semua kerana sudi datang. Seronok berbual sambil mengacau pelayan kedai yang sentiasa tersenyum dan datang berkali2 mengambil gambar bersama Diddy =) Murah rezeki kerana senyum tak lekang dari bibirnya.



Kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur lebih kurang pukul 10 pagi. Terima kasih Kak Sue kerana bersusah payah mengejar kami untuk memberikan berbagai jenis kerepek. Terima kasih juga sekali lagi pada Kak Sue, Kiera dan Tim yang memberikan layanan mesra sepanjang Diddy berada di Ipoh. Dalam perjalanan pulang kami berhenti di Tapah untuk makan tengahari bersama rombongan dari Kuala Lumpur. Terima kasih Kak Syikin kerana belanja makan tengahari yang sedap. Syukur kepada Allah S.W.T. kerana ketika dalam perjalanan pulang Abang Badrul terima panggilan untuk Diddy membuat persembahan di Ipoh sekali lagi bulan hadapan. Kali ni untuk majlis makan malam sebuah syarikat korporat. Salah seorang pegawai syarikat tersebut datang menyaksikan persembahan Diddy malam tersebut dan mendapatkan nombor telefon Abang Badrul daripada pihak penganjur.



Siang tadi Diddy ada temujanji dengan seorang pereka fesyen terkenal. Nanti Diddy akan ceritakan lebih lanjut. Pada hari Khamis pula Diddy ada satu sessi fotografi dengan sebuah majalah dan hujung minggu ni pula ada rakaman untuk vocal guide lagu baru yang Diddy terima pada hari Isnin. Alhamdulillah perlahan2 Diddy bergerak ke hadapan.

Salam Sayang
Diddy

25 comments:

niena kierana said...

hai dd..semoga terus maju dalam bidang ni ;)

Zwairy said...

Salam..

diddy..
cayolah..
rezeki murah.. banyak undangan~

shaofie said...

wahh!!!
skola andersonnn..
diddy dlu mmg skola anderson ke??
so pas ni leh wat road tour promote lagu around malaysia la plak.
sbb lagu diddy tu mmg mantap r.
tambahan ngn sound more likely to chinese.

Anonymous said...

waaa.....kak kiera dah jumpe dd..bagus2..hehehee
keep up da good work dd...

by linda seremban..hihihi

Anonymous said...

Hi Diddy
Nampak meriah sungguh konsert kat Ipoh. Jeles dgn Kiera & Sue ...he he he!
Kalau ada youtube Diddy nyanyi I'm Yours letak lah kat sini. Kiera kata ramai nyanyi sekali dgn Diddy... sure gempak.
Syukur rezeki Diddy makin murah

Kak Inc

ah tu said...

cayalah! My photo there!!! hahaha

Anonymous said...

salam diddy,

seronok baca blog diddy sbb diddy happy & kiera akhirnya dah dapat jumpa diddy.

alhamdulillah byk projek dah skrg ni.. teruskan usaha, tp jgn lupa jaga kesihatan.

arin

bayieng said...

wahhh diddy..u must have performed pretty damn well ms kt anderson tu. kalo tak..takkan la dlm masa less 24hrs dpt jemputan ke ipoh lagik utk corp event. good for you.

hope diddy terus maju dan berjaya. stay humble and keep on improving yourself. insyaAllah kerja keras Diddy akan terbalas jua satu hr nanti :)

abg bad did a very good job on u. u're so lucky to have him as a manager ;)

Anonymous said...

Akum....
akhrnyer tercapai gak hajat kiera nak jumpa diddy ekk...mesti happy kan???hihiiihi
Tahniah diddy..& Alhamdullilah..rezeki diddy murah tahun nie..
kami semua sentiasa mendoakan kejayaan diddy..
Diddy & abg bad..nak mejemput nie...kalau free dtglah umah pada 07/03/2009..ader kenduri akikah & cukur jambul hirdy junior.

dr: k.maya, a.sham & hirdy Jr

warung GAJAHPUTEH said...

salam....
yeay!!!hehe...

Alhamdulillah....bertambah murah rezeki....setiap usaha yg ikhlas pasti ada ganjarannya.... ;)

baasyah!!


-kiera-

Anis Hayati said...

Alhamdulillah Diddy..
makin murah rezeki sekarang
Buat yang terbaik untuk lagu baru Diddy nanti ye
Tak sabar nak tunggu album Diddy nanti..
All the best =)

diddy said...

T'kasih niena kierana =)

InsyaAllah.

diddy said...

Salam Zwairy =)

Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah S.W.T. berikan pada Diddy.

diddy said...

Hai Shaofie =)

Diddy bukan bersekolah di Anderson. Cuma ada persembahan je di sana.

Kalau ada rezeki memang Diddy nak jelajah seluruh Malaysia tapi belum sampai lagi impian tu =)

diddy said...

Hai Linda di Seremban hehehe =)

Sudah lama Diddy tak jumpa Linda. Mesti sibuk dengan kerja =)

diddy said...

Hai Kak Inc =)

Diddy tak tahu kalau ada orang yang ambil video masa persembahan tu tapi Diddy rasa Abang Badrul tak sempat nak rakam. Lagu I'm Yours tu memang popular. Diddy rasa semua orang tahu lirik lagu tu =)

Nanti Diddy datang jumpa Kak Inc nak ambil kurma ya =)

diddy said...

T'kasih Ah Tu =) Jasa baik Ah Tu Diddy tak akan lupa =)

diddy said...

Salam Arin =)

Memang sebelum ni tak pernah jumpa Kiera. Selalu dapat cakap telefon je =)

Arin pun Diddy dah lama tak jumpa. Nanti nak kena buat potluck. Itu pun kalau Arin sudi datanglah =)

diddy said...

Hai Bayieng =)

InsyaAllah Diddy akan ingat pesan Bayieng. Teringat masa kali pertama jumpa Bayieng di Johor Bahru dan sama2 lepak di Danga Bay. T'kasih kerana beli album Diddy =)

Alhamdulillah Diddy bertuah ada pengurus yang percaya dengan bakat yang Diddy ada =)

diddy said...

Hai Kak Maya =)

Kiera berhajat nak jumpa Diddy ke? Hehehe!

Alhamdulillah rezeki Diddy berkat doa semua yang tak jemu2 menyokong Diddy.

Nanti Diddy tanya Abang Badrul. InsyaAllah kalau tak ada apa2 hal kami akan datang. Salam untuk Abang Sham dan peluk cium untuk Hirdy Jr =)

diddy said...

Hai Kiera =)

Nanti jangan lupa jemput Diddy datang Warung Gajah Puteh. Diddy nak cuba roti belalai =)

diddy said...

Hai Anis =)

Harap2 album Diddy dapat disiapkan tahun ni. InsyaAllah kalau ada rezeki =)

ajym said...

SEMOGA MURAH REZEKI.... DIDDY MMG SEORG YG AMAT committed terhadap kerjaya diddy sebagai penyanyi... cara diddy menjawap pun.... respect habis la.... suker je membacanya....very polite....good...good... macam itulah artis malaysia....

diddy said...

Hai Abg Ajym =)

Amin.

T'kasih =)

zEnNy said...

hello..hehe...nice pic ....long time no see ..d ...we hav allot of fun tht day hehe....rite ....and ur new pic so nice ...so cute...hehe..