Latest Single - Lelaki Atas Awan

Tuesday, February 10, 2009

Fiesta

Bismillahirrahmanirrahim


Hujung minggu ni iaitu hari Ahad, 15 Februari Diddy akan berada di Ipoh, Perak untuk membuat persembahan sempena Ulangtahun ke-100 S.M.K Anderson, Ipoh. Antara artis2 yang akan membuat persembahan selain daripada Diddy ialah Dina, Suki, Azizi, Aesar dan akan dihoskan oleh Baki Zainal. Kalau mengikut jadual yang diberikan pada Diddy, persembahan akan bermula pada pukul 8.30 malam tetapi sepanjang hari di sana ada fiesta yang disediakan oleh pihak penganjur. Diddy juga akan berada di sana pada pukul 4.30 petang bersama artis2 lain untuk sessi beramah mesra.

Sepanjang dua tiga hari ni Diddy sebenarnya tengah berlatih bersungguh2 kerana atas permintaan pihak penganjur mereka mahukan Diddy mempersembahkan sekurang2nya dua buah lagu dalam bahasa Inggeris. Minggu lalu selepas berbincang dengan Abang Badrul, kami telah memilih dua buah lagu Inggeris untuk Diddy nyanyikan nanti. Memang berdebar juga kerana sebelum ni di setiap persembahan Diddy selalunya hanya menyanyikan lagu sendiri sahaja. Mereka juga mahukan lagu Inggeris yang agak terkini jadi Abang Badrul memilih lagu I'm Yours nyanyian Jason Mraz dan Always Be My Baby yang dinyanyikan oleh David Cook. Sementara lagu Diddy pula kami memilih antara lagu Hilang, Genggam atau Saat.

Lebih mendebarkan Diddy apabila di dalam jadual turut menyatakan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, akan turut berangkat mencemar duli menyaksikan persembahan pada malam tersebut. Diddy harap persembahan Diddy dan semuanya akan berjalan dengan lancar, InsyaAllah. Kalau sesiapa berada di sekitar Ipoh dan tak ada apa2 aktiviti pada malam tersebut, jemputlah datang menyaksikan persembahan kami nanti.

Salam Sayang
Diddy

19 comments:

shaofie said...

wahh diddy!
lagu i'm yours siott..
men gitar skali.
bru unplugged!
pasni leh la wat show kat UKM plak.
byk glr karnival kat sini.

hoyeahhh-hoyeahhh!!

warung GAJAHPUTEH said...

yeay!!yeay!!

insyaAllah kalo xde pape hal....jumpa di sanaaaaa... ;)

-kiera-

z a r i t h n u r said...

salam diddy,
wahh i'm yours..perform bagus2 tau.
diddy ciao!!
;)

Zwairy said...

salam diddy..
chaiyok2~

i'm NuRt said...

waaaaaaa lagu im yours..

nyanyi best2 tau diddy

gud luck utk show diddy neh nnt!!

do ur best!!

=)

Kos Serani said...

Sygnya show tu kat luar KL, kerana ada hal hujung minggu ni, kalau kat area KL sure pegi. Tapi Xpe, ada si Jezzy Sun yg cute dan teman2 lain wakil Stacy's Frenz tengok Diddy kat Perak tu coz mereka study kat sana

warung GAJAHPUTEH said...

diddy...
kiera tepek post diddy yang nih dalam blog kiera kay...

kalo xleh...just inform me ek...



-kiera-

n e b e said...

diddy adik diddy ada ujibakat af7 kan?dia dpt x?hehehehe
*kuar tajuk pula soalan..
tumpang laluuu..

diddy said...

Diddy tak pandai main gitarlah Shaofie =) Pakai minus-one saja.

InsyaAllah kalau ada jemputan ke UKM Diddy akan datang =)

diddy said...

Hai Kiera =)

Kalau Kiera datang maknanya pertama kali Diddy dapat jumpa Kiera. Sepatutnya jumpa di rumah Kak Sant dulu tapi belum rezeki.

Kiera letak je di blog Kiera =)

diddy said...

Hai Zarith =)

InsyaAllah Diddy cuba buat sebaik mungkin. Lagu I'm Yours ni susah sikit nak hafal lirik =) Harap2 semua berjalan dengan lancar.

diddy said...

Hai Zwairy =)

Chaiyok2 =)

diddy said...

T'kasih Nurt =)

Mana ada orang yang tak nak buat yang terbaik hehehe! Doakan supaya Diddy dapat hafal semua lirik ya =)

diddy said...

Hai Abg Kos =)

T'kasih! Kalau ada Stacy Frenz yang datang beritahulah ya =)

diddy said...

Hai Nebe =)

Ya, adik Diddy ada pergi ujibakat AF7. Yang keluar tajuk tu Diddy tak boleh nak jawab =)

Radin87 said...

Salam..

Diddy..
Buat yg terbaik..
Buat persembahan depan Sultan... naik laa ranking Diddy lepas ni..
=)

Framestone said...

jumpe kite nanti ek

diddy said...

Hai Radin =)

InsyaAllah.
Tak fikir tentang ranking tapi hanya nak buat yang terbaik =)

diddy said...

Hai Framestone =)

InsyaAllah.