Latest Single - Lelaki Atas Awan

Wednesday, February 4, 2009

Ewah2

Bismillahirrahmanirrahim

Fasha, Nabil, Diddy dan Cat Farish

Rabu lalu Diddy dijemput untuk menyertai rancangan baru yang akan disiarkan di TV3 iaitu Ewah2. Rancangan Ewah2 dihoskan oleh dua pengacara yang memang menghiburkan iaitu Raja Azura atau Kak Engku dan Nabil. Ada kejadian yang agak kelakar juga berlaku sebelum kita ke tempat rakaman berlangsung. Abang Badrul dapat sms untuk hadir ke studio tersebut pada pukul 12.30 tengahari. Dalam fikiran dia ingat rakaman akan bermula pukul 12.30 tengahari sedangkan waktu yang diberikan sebenarnya hanyalah call time untuk berada di sana. Memang kelam kabut juga kerana Abang Badrul memang tak suka datang lambat. Kami sampai di sana pukul 11 pagi. Lama jugalah menunggu hingga sempat basuh kereta lagi kerana rakaman hanya bermula pukul 2 petang.

Pasukan Merah Diddy dan Kathy

Dalam rancangan Ewah2 selebriti dipasangkan dengan peserta yang telah dipilih melalui ujibakat. Kalau tak silap Diddy peserta yang bersama Diddy bernama Kathy Halid. Selain daripada Diddy dua lagi selebriti yang terlibat ialah Fasha Sandha dan Cat Farish. Kami dibahagikan kepada tiga pasukan dengan tiga warna berlainan iaitu Merah, Biru dan Kuning. Seperti biasa Diddy dapat pasukan Merah =) Rakaman rancangan Ewah2 memang meriah kerana begitu ramai penonton yang hadir. Yang menyeronokkan juga ialah penglibatan penonton memberikan sokongan kepada pasukan masing2 kerana mereka juga dibahagikan mengikut warna pasukan.

Diddy bersama Antoo Fighters

Permainan yang disediakan juga memang menyeronokkan dan mencabar. Ada permainan berbentuk fizikal, kuiz serta lakonan menggunakan layar hijau sebelum sampai ke pusingan bonus. Ada juga persembahan artis jemputan dan untuk episod yang Diddy sertai ni artis jemputannya adalah Ar-Meer dari kumpulan Sofaz. Tema untuk episod yang Diddy sertai pula ialah superhero. Pengacara episod tersebut adalah Batman dan Batgirl =) Memang tak kering gusi dengan gelagat Kak Engku dan Nabil. Selain tu ada juga watak2 superhero lainnya termasuklah Antoo Fighters.

Permainan yang mencabar

Kalau tak salah Diddy rancangan Ewah2 ni dah mula ditayangkan di TV3 bermula 2 Februari lalu dan disiarkan pada pukul 11 pagi sepanjang hari Isnin hingga hari Rabu. Diddy tak tahu pula bila episod yang Diddy ada akan disiarkan. Yang pasti rancangan ni sangat menghiburkan. Kalau berpeluang, jangan lupa tonton ya =)

Salam Sayang
Diddy

11 comments:

Zwairy said...

Salam..
yeah, org first time comment~

mesti best gler punya rancangan nih..
+plak hosnya mmg lucu gler..

kalau saya dkt situ mesti sakit perut punya ketawa..
hehehehe~

Anonymous said...

Ewah2....nasib baik bukan amboi3!!!hahahaha.

Lee Izwan

ajym said...

MMG BEST RANCANGAN TU... TAPI WAKTU SIARANNYA TAK SESUAI... WAKTU PAGI... KERJA ...MANA SEMPAT NAK TGK... RUGI...RUGI...

APA PUN SYABAS DIDDY KERANA MASIH GAH BERBANDING DGN YOUR BATCH....RAMALANKU BENAR BELAKA....

z a r i t h n u r said...

salam diddy,
ewah2 memang best..dah tgk 3 episod mmg klaka..diddy kump merah?i likeee..!!ekekekeke..
mesti tgk ni..
diddy caio!!all the best ya.. ;)

Anonymous said...

tol tu ajym, kite yg keje x leh nk tgk... mmg rugi... tp pape pon caiyok team merah... sape yg mng ek episod ni..?

diddy said...

Hai Zwairy =)

Memang sangat seronok. Kak Engku dan Nabil memang bersahaja =)

diddy said...

Nama rancangan tu Ewah2 Lee =) Jangan bertukar. Ewah2 untuk siaran di TV3. Amboi2 untuk Astro =)

diddy said...

Memang Best rancangan tu =) Diddy rasa antara rancangan game show yang sangat menarik. Untuk orang2 yang bekerja macam Abg Ajym kena rakamlah. Tak pun beli TV letak di pejabat =)

diddy said...

Hai Zarith =)

Masa rakaman untuk episod yang Diddy ada tu memang Diddy rasa gila2. Ada masa Diddy kena tahan gelak sebab takut orang ingat Diddy dah gila hehehe! Penonton semua sangat sporting.

Kumpulan Merah memang best =)

diddy said...

Anonymous, Diddy tak boleh cakap kumpulan mana yang menang, nanti tak ada surprise! Kena tengok nanti =)

Rasa2nya kumpulan mana yang menang?

Radin87 said...

Salam..

Hmm.. memang nak tengok rancangan ni. Tapi kena tunggu waktu cuti la nampaknya.. =P
Ada kelas waktu pagi..