Latest Single - Lelaki Atas Awan

Sunday, March 1, 2009

Lawat

Bismillahirrahmanirrahim

Melawat Abang Saipul

Hari Rabu minggu lalu Diddy terima mesej di Facebook daripada Kak Sura, isteri kepada Abang Saipul. Kak Sura beritahu Abang Saipul dimasukkan ke hospital kerana bengkak di bahagian hati. Abang Saipul Bahri adalah pengarah untuk telefilem Rebab Tidak Bertali iaitu telefilem pertama yang Diddy lakonkan. Terus Diddy hubungi Abang Badrul untuk memaklumkan pada dia. Selepas mendapatkan maklumat lanjut, pada hari Khamis Diddy dan Abang Badrul melawat Abang Saipul yang dimasukkan ke wad di Hospital Ampang. Keadaan Abang Saipul nampak stabil dan dia masih boleh bergurau dan bergelak ketawa. Cuma akibat kesakitan yang dihadapi menyebabkan seluruh tubuh termasuk matanya menjadi kekuningan. Menurut Kak Sura keadaan bengkak hati yang Abang Saipul hadapi mungkin disebabkan oleh ubat antibiotik yang diambilnya sebelum ni tak serasi dengan badannya. Apa yang Diddy ketahui setakat hari ni, kesihatan Abang Saipul bertambah baik walaupun dia masih lagi ditahan di wad. Diddy doakan semoga Abang Saipul cepat sembuh.

Bersama Abang Saipul sekeluarga

Kebetulan pada hari yang sama Kak Ris iaitu Produser Eksekutif untuk telefilem Rebab Tidak Bertali dan Kasih Berbunga Lalang turut datang melawat Abang Saipul. Selepas melawat Abang Saipul kami semua pergi makan tengahari bersama2. Habis makan Diddy singgah seketika ke pejabat Pujangga Kreatif untuk mendapatkan salinan kedua2 telefilem tersebut. Telefilem Rebab Tidak Bertali sudah siap sepenuhnya dan hanya tungguh tarih siaran sahaja. Manakala telefilem Kasih Berbunga Lalang baru habis editing dan mengikut kata Kak Ris masih lagi mempunyai kod masa. Diddy masih belum berpeluang menonton Kasih Berbunga Lalang. Diddy sebenarnya tak tahu perasaan Diddy macam mana. Telefilem Kasih Berbunga Lalang adalah satu projek yang Diddy rasa Diddy tak dapat cukup masa langsung untuk menghayati watak. Bayangkan Diddy hanya terima skrip pada hari penggambaran. Cuma Diddy harap semuanya berjalan dengan lancar. Nantilah bila Diddy ada masa Diddy akan tonton seorang diri =)

Sekali lagi Diddy doakan semoga Allah S.W.T. menyembuhkan penyakit yang Abang Saipul hadapi sekarang.

Salam Sayang
Diddy

12 comments:

my name is KARL said...

yess.. diddy!

sama-sama kita doakan kesejahteraan die

..an0m.. said...

get well s0on..
d0a byk2..
aminn..

Zwairy said...

Salam..

aha..saya stuju..
kt doakan, moga2 dia cpt smbuh..

ai diddy.. nak nonton sorang je ke??

~Rein~ said...

sy doakan smoga abg saiful sihat dan xtiv kembali..

kepada abg diddy..

kalo nk blaja amik feel utk setiap watak..
meh blaja dari sy..huhu

diddy said...

Hai semua =)

Sama2 kita doakan untuk Abg Saipul ya! Walaupun Diddy tahu ramai yang tak kenal dengan dia tapi Diddy rasa tak ambil masa lama pun untuk doakan kesejahteraan orang lain.

bella said...

hye dd..
nk tny sket leyhh
spe yg edit pic2 dd?
lawa lar gak

diddy said...

Hai Bella =)

Sekarang Diddy edit sendiri. Belajar dari pengurus Diddy untuk edit gambar. Diddy cuma guna photoshop yang asas saja =)

Anis Hayati said...

Salam..

semoga abg Saipul sembuh
insyaallah..
sama2 kita doakan kesihatan dia

d i d d y said...

Hai Anis =)

Diddy dapat berita Abg Saipul sudah keluar dari hospital siang tadi hari Rabu. Semoga kesihatan dia bertambah baik =)

Anis Hayati said...

Alhamdulillah...
semoga dia bertambah sihat

bella said...

wahh bagus2
leyhh nyanyi
n leyhh edot pic sndiri
hehe..;)

d i d d y said...

Hai Bella =)

Diddy belajar edit sikit2. Bukan cantik sangat pun. Ada orang lain yang buat lebih bagus =)