Latest Single - Lelaki Atas Awan

Saturday, March 14, 2009

Rashid

Bismillahirrahmanirrahim


Syukur Alhamdulillah temujanji Diddy pada petang Jumaat tadi berjalan dengan lancar. InsyaAllah bermula pada hari Ahad atau Isnin ni Diddy akan terlibat dalam penggambaran telefilem terbaru berjodol Anak Doktor Rashid. Telefilem Anak Doktor Rashid ni adalah terbitan Nusantara Seni Karya (NSK) di bawah arahan pengarah Royromani untuk siaran Astro. Selepas solat Jumaat tadi juga Diddy telah menerima skrip dan jadual penggambaran untuk telefilem ni.

Diddy sangat bersyukur kerana ni adalah telefilem lakonan Diddy yang ketiga dalam tempoh lima bulan. Walaupun dua telefilem lakonan Diddy sebelum ni iaitu Rebab Tidak Bertali dan Kasih Berbunga Lalang masih lagi menanti tarikh tayangan di kaca TV, Diddy sekali lagi diberi kepercayaan yang tinggi untuk melakonkan watak utama dalam telefilem Anak Doktor Rashid. Dalam telefilem ni Diddy akan memegang watak Rashid.

Ramai pelakon2 yang mempunyai nama besar dalam industri lakonan akan turut berlakon di dalam telefilem Anak Doktor Rashid. Antaranya ialah Faizal Hussein, Fazurina, Fario dan beberapa orang lagi. Penggambaran telefilem ni akan berlangsung di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor selama lapan hari bermula pada hari Ahad, 15 Mac sehinggalah hari Ahad, 22 Mac nanti. Kalau tak silap Diddy telefilem ni juga akan ditayangkan pada bulan April nanti.

Berkemungkinan besar selama tempoh penggambaran dijalankan, Diddy tidak akan berpeluang untuk menulis di blog Diddy sekerap selalu. Watak Diddy dalam telefilem Anak Doktor Rashid agak berat dan Diddy mempunyai banyak babak yang perlu dilakonkan setiap hari. Kalau mengikut jadual yang Diddy ada, penggambaran akan bermula awal pagi sehingga lewat malam. Tetapi bila Diddy ada peluang, InsyaAllah Diddy akan cuba baca komen dan balas komen2 semua. InsyaAllah.

Syukur Alhamdulillah.

Salam Sayang
Diddy

35 comments:

fadzree said...

tahniah2....

mUzLiA said...

congrates diddy...another tawaran berlakon...wow..xsabar akak nk tgk kt dpn tv nieh...nantik inform ye bile kuar kt tv...anyway...suka dgr lagu duet diddy nieh...sambil2 bace...di iringi lagu duet nieh...hehehehe....

d i d d y said...

Hai Fad =)

T'kasih =)

Tahniah juga untuk Fad yang baru dapat keputusan SPM. Semoga terus maju jaya =)

d i d d y said...

Hai Kak Muz =)

T'kasih banyak2 =)

InsyaAllah nanti bila Diddy dapat tahu tarikh siaran, Diddy akan beritahu di blog =)

Lagu duet ni pun bakal menjadi lagu latar untuk satu drama. Nanti bila Diddy sudah dapat maklumat penuh dari pihak pengurusan, Diddy akan ceritakan lebih lanjut =)

Anonymous said...

Congrats
Murah rezeki Diddy dalam bidang lakunan.
Dapat gak jadi Doktor ...he he

Salam
Kak Inc

afdsmkad said...

diddy..
muga bertambah2 rezeki eh..
berlakon besh2...
wishing u all da bez..


:)

d i d d y said...

Hai Kak Inc =)

Belum tidur lagi?

Alhamdulillah rezeki Diddy murah dalam dua2 bidang.

Kalau Kak Hezz tahu Diddy dapat berlakon jadi doktor mesti dia bangga hehehe! Tapi Doktor Rashid bukan Doktor Hirdy ya =)

d i d d y said...

Hai Afdsmkad =)

T'kasih =)

InsyaAllah Diddy akan buat yang terbaik semampu Diddy =)

eleza737 said...

wah.. murah rejeki diddy dalam bidang lakonan ek skrg..

congrats2..

kalau nak pelakon extra jadik crowd jangan lupe panggil.. ekekeke

d i d d y said...

Hai Eleza =)

Alhamdulillah. T'kasih =)

Nanti Diddy nak pinjam jaket putih yang Eleza pakai tu untuk berlakon hehehe! Lepas tu nak tumpang buat gambar passport juga =)

Nak jadi pelakon extra macam dalam Rebab Tidak Bertali tu ke? Nanti Diddy suruh Abang Badrul telefon pengurus Eleza ya =)

Lieza Sakura said...

tahniah Diddy...dapat tawaran berlakon lagi..mana tao lepas ni dapat jadi hero filem plak..hehe.. =)

Zwairy said...

Salam..
tahniah diddy..
cayolah laku mcm pisang goreng..
ngeee:)

murah rezeki diddy~

Anonymous said...

diddy... ada watak Dr. Arin tak? hehehhehe.. teringat novel kak hezz & kak inc tu :D

tahniahhhhhhhhh!!!

salam dari jauh,
arin

my name is KARL said...

salaam bro..

as one of ur fans,

karl tumpang gembira diatas kelancaran career bro..

tp mmg x sabar nk tunggu single hits terbaru dr bro mcm hilang, saat & lena..

all d best! thanx 4 d birthday wish aritu (in my blog)

kenzo_ein said...

salam diddy. :)

tahniah, murah rezeki diddy dalam bidang lakonan. ieien akan tgu kemunculan telefilem tu kat tv. x sabar nak tgk diddy berlakon nih.hehe...
diddy pegang watak dr. la kan? dr. Rashid. so esok dah start penggambaran la? take care ye diddy. ye la dah busy shooting nnt, jgn x cukup rest pulak. kesihatan tu penting.. take care :)

shedah said...

salam..
Esok diddy start shooting la kan.hm...wat yg terbaik.Watak ni berat kn..shooting gak tp kesihatan penting..anyway, congrate dpt tawaran. take care and all the best to you..:)..

ANGAH said...

Assalamualaikum diddy

Tahniah!! Tahniah!! angah ucapkan pada diddy. Maka itu berkembang sayap diddy dalam dunia lakonan.
Alhamdulillah... teruskan cita2 diddy dalam mewarnai industri hiburan Malaysia. Anda adalah di antara artis lapisan muda yang amat berbakat jgn sekali2 cuaikan bakat yang ada pada diddy.
Dalam bulan berapa Anak Doktor Rashid akan di siarkan di astro?? Doktor Rashid? Teringat filem allahyarhan Tan Sri P.Ramlee...kan??
All the best bro... :)

NedDy said...

salam Diddy, ermm
congratulation

all the best k.

NedDy said...

haih, Mr khairul kirim salam kt Diddy..

ehe.

aMir RaYYaN said...

Salam...ai abg,wah murah rezeki..insyaALLAH wan akan sentiasa doakan kejayaan abg..keep it up ur gud work k..u r the best...

love_anis said...

salam diddy.. :)
hye... tahniah love ucpkan.. wahh... murah rezeki.. alhamdulillah..

nnti jgn lupe war2kan tarikh tayang yer.. leh la tgk Dr. Rashid.. heheh..

~Rein~ said...

woOo~ dpt watak doktor plak
best2..blaja amik feel lebih2
xpon meh sy turunkan ilmu ckit..heheh
all da best bro..
sy rse sume org akn phm kalo bro xsmpat nk tulis blog pon..
wokeh~ jgn lupe bace blog terbaru sy.komen skali..

~Rein~
www.sipandacrew.blogspot.com

auntysms said...

Alhamdulillah... Kata orang rezeki jangan ditolak :) Can't wait to see you on telly

Abby ♥ said...

Assalamualaikum
Diddy sekarang bertambah rezeki yer
alhamdulillah
x salah kembangkan bakat, selagi ader peluang Allah bg apa salahnya
anyway
Goodluck okay

Anonymous said...

Tahniah Diddy atas rezeki yg baru diterima.Alhamdulillah,tgh ramai artis2 yg putus punca pendapatan,Diddy masih lagi bertahan menerima rezeki dari Nya.

yani said...

congarts diddy dapat offer lagi..murah rezeki diddy...all the best...cant wait the telefilem....

cekkeya said...

congrats Diddy, teruskan berjaya!

Anis Hayati said...

Salam...

Tahniah diddy! Tak sabar nak tgk cerita ni.. mesti best
Masa abg Bad hantar sms psl ni pun dah excited dah

Semoga terus berjaya ye..
Mama Anis kirim salam =)

Yaniez said...

salam
tahniah diddy..
tak sabar pula nak tunggu tayangannya di kaca tv.. =)

Juana Intan said...

salam
congrats diddy..
semuga diddy akan terus berjaya dan berjaya..bangga ngan Diddy
gud luck ya! tak sabo nak tengok..

Anonymous said...

salaam.

wah.tawaran berlakon lagi..
all the best utk diddy.
hwah.
tak sabar nye nak habis kan exammmm.


-amal hashim

♂✖HelmiLassim✖♂™ said...

keep up the good work diddy...
buat sehabis baik ok!!!
gud luck...

ajym said...

DIDDY DAN BAD SAMPAI DAH DAH CUKUP TIDUR SEBAB REZEKI MENCURAH2.... WAH HEBAT...

NAMPAKNYA LAMA LAGI LA ABG AJYM NAK MENUNGGU ITU SINGLE.... YEER LA ...BAD PUN BUSY SEMCM....RASA MCM NAK AMBIK SENDIRI KAT RUMAH DIDDY JE....TAPI DIDDY PUN TAK ADA...WAAAA......TAK APA LAH... ADE REZEKI TAK KEMANAKAN....

ajym said...

*dah tak cukup

fadzree said...

>> d i d d y said...
Hai Fad =)

T'kasih =)

Tahniah juga untuk Fad yang baru dapat keputusan SPM. Semoga terus maju jaya =)<<

salam... lama x singgh sini... sama2 n tq.. insyaAllah fad akn gapai cita2 utk menuju puncak...