Latest Single - Lelaki Atas Awan

Friday, March 6, 2009

Promo

Bismillahirrahmanirrahim

Antara artis yang turut serta; Aaron, Fizow dan Diddy.

ABPBH 2008: 13 artis di Pasir Gudang

Siri jelajah ABPBH 2008 berkunjung ke Johor, esok dan Ahad

SELEPAS berjaya berjaya menarik lebih 5,000 pengunjung ke Village Mall, Sungai Petani, hujung minggu lalu, sebahagian calon peringkat akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 akan berkunjung menemui peminat ke selatan tanah air pula iaitu Pasir Gudang, Johor hujung minggu ini.

Mereka akan mengharungi perjalanan selama empat jam menaiki bas dua tingkat tajaan Sinarmas Travel & Tours Sdn Bhd.

Bagi peminat setia anugerah berprestij ini, jangan ketinggalan nantikan kehadiran finalis ABPBH 2008 di Kompleks Pasir Gudang, Johor, Ahad ini. Mereka bersedia untuk ‘menggegarkan’ Pasir Gudang buat kali keempat tempat jam 3 petang pada 8 Mac ini.

Seramai 13 finalis membabitkan penyanyi, pelakon, pelakon komedi dan personaliti TV serta radio bakal memeriahkan siri jelajah kedua untuk tahun ini. Antaranya ialah Aaron Aziz, Mila, Fasha Sandha, Fizzow Omar serta tidak ketinggalan Kenchana Dewi dan penyanyi baru, Nubhan.

Nantikan juga kemunculan artis undangan yang akan bersama-sama memeriahkan siri jelajah ini iaitu Diddy, Shila OIAM, pasangan suami isteri, Khai & Rosma; bekas peserta Raja Lawak, Along dan Angah serta Ikhwan daripada Hot FM.

Sumber: Berita Harian Online

Selamat berhujung minggu dan selamat menyambut Maulidur Rasul.

Salam Sayang
Diddy

15 comments:

Anis Hayati said...

Salam..

wah, diddy pun ada terlibat ye
tapi jauhlah pula, johor
hehehe..
nubhan pun ada =p
diddy buat persmbhn yg bgs ye nnti=)

d i d d y said...

Hai Anis =)

Memanglah Johor tu jauh dari KL =)

Tapi kalau dekat Selayang Mall pun Mama Anis tak bagi datang sendiri, nak pergi Johor Bahru lagilah tak boleh hehehe =)

Selamat berjaya untuk keputusan SPM minggu depan =)

Anis Hayati said...

Hehehe.. perli ye?
masa Diddy dkt Selayang Mall tu mama Anis tak tahu pun,
kebetulan masa tu dia ada hal

Terima kasih diddy
berdebar2 sgt dgn result SPM tu
smpaikan salam pada abg bad ye

NieS_Saa said...

best nyew..
diddy ad, nubhan ad..
sume yg best2 ad..
sayang nyew x dpt p.. huhu..
jauh lolz.. lgpn bz..

hope diddy do da best.. :)

mUzLiA said...

diddy...hav ur safe journey & hav fun di sana k!!kalu drebar bas tu laju sgt...soh dia bwk pelan2 skit...ahaks...

d i d d y said...

Hai Anis =)

InsyaAllah.

d i d d y said...

Hai Niessa =)

Tak apa. Belum ada rezeki =)

InsyaAllah jumpa lain kali =)

d i d d y said...

Hai Kak Muz =)

InsyaAllah.

Kalau laju sangat nanti Diddy ambil alih bawa bas hehehe =) Okay tak?

♂✖HelmiLassim✖♂™ said...

21 & 22 March Diddy join Road Tour ABP ke Kuantan tak???
harap Diddy join sekali lah nanti...
boleh jumpe di sane...
hehehe..

♂✖HelmiLassim✖♂™ said...

best lah lagu Diddy duet dgn Fatima nie...
macam runut bunyi filem kungfu...
senang2 lepas nie berlakon filem kungfu je la k...
hihihi...

edancoba said...

Diddy!!! Hai... Edan Coba nie!! Hmmm minat jgk edan kat DIDDY nie!! Hehehe...
Waaaahhh skunk dh bejinak2 dlm lakonan?? That's good.... Hmm rajin2 lah yerr berusaha,klak bley ganti ROSYAM NOOR!!!!!! :D

ajym said...

WAH BUKAN MAIN LAGI DIDDY.... SIBUKNYA JADUAL... NAMPAKNYA DIDDY ADALAH BINTANG AF4 YG PALING MENYERLAH...

TERIMA KASIH BEBYK DIDDY... KERANA SUDI BERBUAL DGN ABG AJYM KAT HP....WALAUPUN BUNYI MCM KELETIHAN...MAKLUM LAH BARU BALIK DARI JOHOR..PERJALANAN YG JAUH...SERONOK TAU DAPAT BERBORAK DGN ARTIS YG DISUKAI... BUKAN SENANG NAK DAPAT....BAGUS DAPAT PENGURUS SEPERTI BAD KERANA DIALAH ABG AJYM DAPAT BERBORAK DGN DIDDY... WALAUPUN SEKEJAB...FIRST TIME TAK KAN NAK BERBORAK PJGKAN...

d i d d y said...

Hai Helmi =)

Maaf kerana Diddy lambat jawab soalan Helmi. Dua tiga hari ni Diddy memang sibuk.

Diddy belum tahu lagi sama ada Diddy akan ikut Road Tour ABP ke Kuantan. diddy tak termasuk dalam 5 finalis. Diddy cuma artis jemputan. Kalau pihak penganjur jemput dan Diddy ada kelapangan, InsyaAllah Diddy akan ke sana =)

d i d d y said...

Hai Edan =)

T'kasih kerana sudi singgah blog Diddy =)

Diddy tak rasa mampu ganti Rosyam Noor. Dia pelakon dalam kelas tersendiri. Tapi Diddy akan cuba jadi yang terbaik semampu yang Diddy boleh lakukan =)

d i d d y said...

Hai Abg Ajym =)

Diddy tak rasa Diddy yang paling menyerlah. Diddy rasa kalau dari AF4 orang yang paling menyerlah adalah Rich. Begitu juga dengan Haziq.

Diddy minta maaf kerana memang keletihan ketika berbual dengan Abg Ajym. Tambahan pula Diddy kena memandu =)