Latest Single - Lelaki Atas Awan

Tuesday, March 3, 2009

Birthday

Bismillahirrahmanirrahim

Bersama Kayun dan Icha

Hari Sabtu lalu Diddy dijemput oleh Auntysms untuk menghadiri sambutan ulangtahun Niessa @ Icha yang ke dua puluh. Abang Badrul sebenarnya sudah berpakat awal2 dengan Auntysms untuk buat kejutan pada Icha. Memandangkan Diddy tidak berapa mahir tentang jalan ke Sentul, kami seperti masuk Treasure Hunt. Hujan yang sungguh lebat menyukarkan kami membaca papan tanda. Memang kelakar kerana kalau diikutkan ianya tidaklah begitu jauh daripada rumah Diddy. Beberapa kali sesat ke sana sini akhirnya sampai juga ke tempat yang di tuju.

Dua "Bodyguard" mengawal Icha dan kek harijadi =)

"Bodyguard" bersedia dengan senjata untuk menembak =)


Icha memperkenalkan "bodyguard" pada tetamu =)

Memang ramai jemputan yang hadir berpakaian mengikut tema Oren dan Ungu. Nasib baik ketika di Pulau Pinang Diddy sempat membeli sehelai T-shirt berwarna ungu =) Macam2 makanan tersedia. Diddy suka dengan kek harijadi yang diperbuat daripada cupcake yang disusun cantik. Memang unik! Walaupun hujan masih turun renyai2 tapi semua tetamu tetap seronok dan bergembira.

Icha pening kepala melihat jumlah lilin =)


Icha bimbang dengan serangan pengganas =)


Tembak!

Terima kasih pada Auntysms, Kayun dan Icha kerana sudi menjemput Diddy. Minta maaf kerana tak dapat lama2 di sana kerana Diddy ada hal keluarga yang perlu diselesaikan. Diddy harap semuanya berjalan dengan meriah. Selamat Ulangtahun ke dua puluh untuk Icha =) Semoga panjang umur dan murah rezeki serta sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah S.W.T.

Antara tetamu yang hadir


Antara tetamu yang hadir

Sebahagian daripada gambar2 ni Diddy ambil dengan kebenaran dari blog Kayun. Tetapi Diddy editkan sedikit untuk disesuaikan dengan blog Diddy. Kalau nak tengok lebih banyak lagi gambar2 lain ketika majlis ulangtahun Icha jangan lupa ke blog Kayun =)

Bersama Kak Muz


Bersama "Birthday Girl" Icha


Bersama Liea

Sebenarnya Diddy sudah siapkan semuanya malam tadi tetapi kerana masalah internet hanya pada hari ni Diddy dapat letakkan gambar2. Sampai pukul dua pagi Diddy cuba tapi masih tak berjaya. Oleh kerana sudah mengantuk Diddy hanya dapat letakkan cerita ni di blog pada hari ni saja. Terlambat sikit =)

Salam Sayang
Diddy

34 comments:

Zwairy said...

salam..

hepi bufday~

bella said...

sronoknye
beshh kek die

diddy said...

Happy birthday pada siapa Radin? Hehehe!

diddy said...

Hai Bella =)

Diddy pun rasa best. Nanti bila ulangtahun Diddy nak buat cupcake saja. Tak membazir =)

kayun said...

hye abg diddy
thnx ye for comming memeriahkan birthday party ayong
=D
saye nak pnjm satu gmbr dri blog blh?
hahah.

Anonymous said...

Hi Diddy,

Thanks so much for coming.... Aunty nak pinjam gambar dari blog Diddy boleh tak?

Salam
Auntysms

diddy said...

Hai Kayun =)

Silalah ambil =)

diddy said...

Hai Auntysms =)

T'kasih kerana jemput Diddy hadir. Maaf sebab tak dapat duduk lama2. =)

Silalah nak pinjam gambar =)

icha dnaughtiestkid said...

hai diddy!

thanx a lot for coming
n thanx a lot for the present
n thanx a lot for wearing purple!

THANX THANX THANX!!!


lotsoflovenkisses,

ICHA

ANGAH said...

salam diddy
thanks sbb sudi add blog angah. such a humble person. a lots of thanks & good luck for yr duet single wt nurfatima. satu xperimntal yg amat bagus...
even angah baru skali jumpa diddy masa berbuke pose majlis riz..
terharu..wahhh!!! terlebey sudah!!
all the best bro....

diddy said...

Hi Icha =)

Sama!

Semoga gembira sentiasa =)

diddy said...

Hai Angah =)

Sama2!

Diddy sekarang ni tengah seronok baca blog orang lain. Kalau boleh Diddy nak lawat semua blog bermula dengan blog orang yang link kan Diddy dan lain2.

Seronok baca pengalaman orang lain dan cara tulisan yang berbeza =)

Walaupun baru jumpa sekali kadangkala "first impression" yang buat kita ingat sampai bila2 =)

kenzo_ein said...

hepi b'day icha. :)
meriahnye majlis...

love_anis said...

hye.. diddy!!

fes sekali.. thanks sbb add blog luv ek.. heheh.. :)

then nk bgtau jgk.. diddy kene TAG! hahaha.. so, sila jenguk ke blog luv okeys... ekeekek..

peace!

diddy said...

Hai Ein =)

Majlis ulangtahun Icha memang meriah =)

diddy said...

Hai Kak Luv =)

Diddy segan nak buat tag hehehe! Sebelum ni pun ramai yang dah tag Diddy untuk macam2 tapi Diddy belum bersedia lagi nak buat. Banyak perkara peribadi yang kena kongsi kalau buat tag =)

Tapi t'kasih atas ingatan Kak Luv. InsyaAllah bila Diddy dah bersedia nanti Diddy akan buat semua tag hehehe!

Tak dapat bayangkan kalau Diddy letak gambar kegemaran Diddy. Mesti kecoh hehehe =)

Zwairy said...

Salam..

diddy TQ coz drop komen..
owh xpernah g Perlis ek..
g la..jalan2.. zOOm msia..
g perlis gtau saya.. ble bawa jalan2~ hehehe~

ajym said...

Nanti diddy punya birthday diddy jangan lupa bagi tau yer.... hehehe....

bagusla tu diddy... jika ada masa baca semua blog peminat... peminat akan mesrasakan sesuatu yg dihargai dan terus mendalam minatnya itu... yg semakin pudar akan berkilau semula... percayalah... jika beginilah sikap dan cara diddy ....insyaallah peminat diddy akan bertambah....dan kerjaya diddy lebih berjaya....begitulah hendaknya...

Terima kasih byk2 diddy kerna mengunjungi ajymnarnia.blogspot.com yg tak seberapa itu....

d i d d y said...

Hai Zwairy =)

InsyaAllah kalau ada rezeki Diddy singgah ke negeri Perlis Indera Kayangan Diddy akan beritahu =)

d i d d y said...

Hai Abg Ajym =)

T'kasih atas nasihat. Nubhan mesti bangga ada peminat seperti Abg Ajym =)

zEnNy said...

thxn ...Diddy ...hehe...i'm same b''day with ur frenz hehe....

ajym said...

selain nubhan... termasuk diddy juga....(setakat ini korang 2 org ajelah yg melekat di hati dari ramai2 bintang realiti yg ada di semua tv sebelum ni...)

d i d d y said...

Hai Zenny =)

Happy Belated Birthday lagi sekali =)

Sekarang dah jadi juri macam Paula Abdul ya =)

d i d d y said...

Hai Abg Ajym =)

T'kasih banyak2.

Sangat bermakna untuk Diddy.

warung GAJAHPUTEH said...

wahhhhh....."aummmmm" nya gambar diddy kat **Dua "Bodyguard" mengawal Icha dan kek harijadi**

mesti kak hezz suka....hihi

warung GAJAHPUTEH said...

p/s : kalau berkesempatan...jemputla ke blog kiera amik "anugerah" ek... ;)

d i d d y said...

Hai Kiera =)

Lama dah Diddy tak dengar khabar berita dari Kak Hezz. Senyap dan sunyi semuanya.

Kalau ambil anugerah sahaja tak apalah juga, ni kena buat ucapan ala grammy hehehe! Nanti Diddy ambil ya! =)

liea_H@shim said...

hi diddy......

erm...thanks sbb sudi add liea kt blog ni....
huhuhu...kejap je pjumpa diddy kt besday parti nisa hrtu....
ape2pon...gudluck dgn single terbaru tu ye.....
huhuhuhu.....

bella said...

birthday diddy bile plak ea??
leyhh tlg watkan cupcake

kan diddy xnk mmbaze haha

d i d d y said...

Hai Liea =)

Diddy sebenarnya nak kacau2 Liea tapi nampak Liea macam mood kurang baik jadi Diddy tak berani =)

Lagipun ada jejaka yang temankan Liea hehehe =)

d i d d y said...

Hai Bella =)

Hari lahir Diddy 5 Oktober. Nanti bila dah dekat Diddy minta Bella buatkan cupcake ya =)

bella said...

fuhhh nsib baek 5 oct
lambat lagi uh
sempat lg nk blaja
wat cupcake huhuhu ;)

liea_H@shim said...

lorr....jejaka tu teman je la diddy...
liea pon nak usik2 diddy...tp takot...muka diddy cam penat je masa tu...huhuhuhu
tu pun nasib dpt bgmbar walopon sekeping aje!!!

liea_H@shim said...

liea ok je la masa tu diddy....mood ok je..
liea pon nak usik2 diddy....tp segan...tgk diddy diam je...
ia xde kena mengena dgn jejaka yg liea bwk tu...
tu kawanla....tolong teman je!!!