Latest Single - Lelaki Atas Awan

Wednesday, March 11, 2009

Johor

Bismillahirrahmanirrahim

Bersama Shila dan Ikhwan =)

Kalau ikut kepada kehendak badan, kepala Diddy memang inginkan bantal tetapi sudah beberapa hari Diddy tidak menulis di blog. Jadi Diddy ingin sudahkan menulis cerita tentang Road Tour Anugerah Bintang Popular Berita Harian '08 di Kompleks Pasir Gudang, Johor Bahru. Pertama kali Diddy melihat bas Sinarmas yang membawa kami semua ke Johor Bahru, Diddy sudah kagum. Bas dua tingkat yang kami naiki lengkap dengan "ruang tamu" untuk bersantai dan berkaraoke. Bas tersebut juga lengkap dengan ruang dapur kecil untuk penyediaan makanan ringkas dan peti sejuk untuk menyimpan minuman. Ruang tempat duduk di bahagian atas juga sangat selesa dan lengkap dengan TV untuk menonton DVD dan juga karaoke. Memang Diddy kagum dengan sistem pengangkutan awam di negara kita.

Bergambar di hadapan bas Sinarmas =)

Perjalanan ke Johor Bahru agak terlewat kerana jalan sesak teruk pada hari Sabtu. Beberapa jalan utama ditutup kerana ada tunjuk perasaan. Malah perjalanan agak perlahan sehinggalah ke Nilai, Negeri Sembilan. Memandangkan bas Sinarmas yang digunakan agak baru, memang keadaan di dalam bas sangat sejuk. Beberapa kali juga kami di dalam bas meminta penghawa dingin diturunkan. Sepanjang perjalanan memang menghiburkan dengan telatah Along dan Angah dari Raja Lawak. Shila pula berkaraoke hampir tiga puluh buah lagu. Walaupun tak ramai yang menaiki bas tetapi suasana tetap ceria.

Bersama Shila, Fizo Omar dan Ikhwan =)


Bersama Nubhan =)

Kami tiba di Hotel Seri Malaysia lebih kurang pukul 8 malam. Makan malam yang disediakan di hotel juga sangat sedap. Mungkin suasana sejuk di dalam bas menyebabkan kami semua kelaparan =) Selepas dapat bilik masing2 Diddy hanya berehat di dalam bilik. Perjalanan dengan bas Sinarmas memang selesa dan menyeronokkan tetapi pada masa yang sama perjalanan jauh memang meletihkan. Diddy perlukan rehat yang cukup untuk membuat persembahan. Tetapi seperti selalunya setiap kali Diddy berada di tempat yang bukan menjadi kebiasaan Diddy, sukar untuk Diddy melelapkan mata.





Pada hari Ahad ketika makan tengahari Diddy diberitahu yang Diddy perlu membuat persembahan sebanyak tiga buah lagu. Ni kerana Mila yang sepatutnya turut serta untuk sessi Road Tour ni tidak dapat hadir kerana demam. Diddy harap semoga Mila cepat sembuh. Sebelum berangkat ke lokasi kami semua bergambar beramai2 di hadapan bas Sinarmas dan Hotel Seri Malaysia. Perjalanan dari hotel ke Kompleks Pasir Gudang begitu pantas kerana diiringi oleh pasukan polis peronda. Terasa seperti V.I.P. pun ada =)

sessi autograf =)

Ketika di Kompleks Pasir Gudang keadaan di bilik menunggu tidak begitu selesa. Penghawa dingin tidak berfungsi dan mereka meletakkan dua buah kipas besar di dalam bilik tersebut. Oleh kerana tidak ada ruang pengudaraan dan pintu sentiasa di tutup, keadaan di dalam bilik sangat panas dan berbahang. Ada juga beberapa orang yang merokok di dalam bilik tersebut menyebabkan keadaan menjadi lebih tidak selesa. Diddy berpeluh2 berada di dalam bilik tersebut. Walaupun ramai orang yang berada di dalam Kompleks Pasir Gudang tetapi suasana di atas pentas lebih selesa berbanding di dalam bilik menunggu. Diddy rasa setiap artis yang datang tidak sabar menunggu giliran untuk naik ke pentas =)

Bersama orang kuat ABP, Kak Cham dan Encik Wan di restoran ayam penyek =)

Selesai persembahan, kami semua di bawa makan nasi ayam penyek. Diddy memang minat dengan nasi ayam penyek kerana apa yang disediakan semuanya adalah kegemaran Diddy. Selepas makan malam kami sepatutnya pulang terus ke Kuala Lumpur tetapi pada saat2 akhir di dalam bas, semua mengambil keputusan untuk bermalam satu malam lagi di Hotel Seri Malaysia dan hanya bertolak balik ke Kuala Lumpur pada pagi hari Isnin. Satu perkara yang menyeronokkan pada Diddy ialah siri Road Tour ABP sebenarnya merapatkan lagi hubungan bukan sahaja antara artis dan peminat tetapi juga sesama artis. Sekian sahaja laporan Diddy mengenai Road Tour ABP'08 di Kompleks Pasir Gudang, Johor Bahru hehehe =)

Salam Sayang
Diddy

31 comments:

fadzree said...

dlm proses mengupload vid abg diddy msa perform ari tu... enjoy perfomance abg...

fadzree said...

vid abg diddy perform ari ahad fad dh isi kat blog.. sronok dpt jmpa abg n artis2 lain... enjoy..

Faisal said...

ishh..kalaulah faisal kerja kat jb lg sekarang..i would have been the no one yg tunggu Diddy Kompleks Pasir Gudang..hehe..

wahhhhh...sedapnyee ayam penyekk!!!ish tak aci nih..jeles ahh..seyesss ni..the one and only thing that you would appreciate when you're away from your motherland is the food...yaa Of Course Makanan Malaysia....

Ok Diddy..enjoy your blastful life..good luck!!

~~faisal londoner~~

Zwairy said...

salam..diddy..

wah bestnyer..
jalan2 johor..
xblk kg ke??

ajym said...

WAH NAMPAK ENJOY...SERONOKNYA TGK BAS YG MACAM ITU...DIDDY MACAM TAU JE HASRAT HATI ABG AJYM SUPAYA BERGAMBAR DGN NUBHAN.... ADA INSTINCT KER....BAGUS3...ABG AJYM NAK CURIK YEK GAMBAR TU... CLEAR SESGT...SHANTEK....

P/S : AMBOI fADZREE.... DAH MASUK KE BLOG DIDDY YER..SO SEKARANG KALAU NAK UNDI LAGU KAT RADIO MELALUI WEB TU BOLEH LAH HANTAR LAGU NUBHAN DAN DIDDY SEKALI YEK.....

AMALEENA said...

haaa. abang diddy jumpa tunang kan? hehe. :D kirim salam dekat tunang yea? :)

mUzLiA said...

welkom back diddy...sure letih kan...so...driver tu drive laju x?ke..diddy yg drive...hehehehehe....

~Rein~ said...

serOnok dgr perjalanan ke JB..
hahaha..u need rest a lot bro
skrg nih musim demam..:P

Anis Hayati said...
This comment has been removed by the author.
Anis Hayati said...

Salam Diddy..
mesti seronok sgt di Johor tu, balik kampung lagi. hehehe
Jumpa tunang ke tak? hehehe..
Apa khabar dia ye sekarang?
Lama Anis tak dgr berita dia, nnti sampaikan salam rindu Anis pada kak Ellen ye.hehehe

Wah, siap ada gmbr diddy dgn nubhan lagi. bgs2..

Take Care & All The Best
Wassalam

fadzree said...

" ajym said...P/S : AMBOI fADZREE.... DAH MASUK KE BLOG DIDDY YER..SO SEKARANG KALAU NAK UNDI LAGU KAT RADIO MELALUI WEB TU BOLEH LAH HANTAR LAGU NUBHAN DAN DIDDY SEKALI YEK....."

mesti mesti mesti

d i d d y said...

Hai Fad =)

T'kasih kerana letak YouTube di blog Fad. Diddy dah tengok tadi. Nanti bila Diddy berkesempatan Diddy nak pinjam dan letakkan di blog Diddy ya =)

d i d d y said...

Hai Faisal =)

Memang makanan di Malaysia sedap2 belaka =)

Selamat belajar =)

d i d d y said...

Hai Zwairy =)

Diddy tak sempat nak balik rumah pun tapi ibubapa Diddy datang ke Kompleks Pasir Gudang tengok persembahan Diddy =)

shedah said...

salam..
time diddy dtg pasir gudang, sy sempat dtg..tp disbbkan ade hal, x dpt tgk diddy perform..ape pun, terhibur ngan artis2 yang hadir..

take care..

d i d d y said...

Hai Abg Ajym =)

Bas Sinarmas tu memang bagus. Kalau semua pengangkutan bas menggunakan jenis bas yang sama, mesti ramai yang akan suka balik kampung naik pengangkutan awam =)

d i d d y said...

Hai Amaleena =)

Dia datang jenguk Diddy sekejap =)

InsyaAllah nanti Diddy sampaikan salam Amaleena =)

d i d d y said...

Hai Kak Muz =)

Diddy rasa Diddy pandu lagi laju daripada pemandu bas hehehe!

Memang dia pandu sangat berhati2.

Diddy rasa sangat letih. Mungkin dah lama tak naik bas =)

d i d d y said...

Hai Rein =)

Memang Diddy kena rehat yang cukup. Alhamdulillah keadaan kesihatan masih memuaskan. Pengurus Diddy pula yang demam =)

d i d d y said...

Hai Anis =)

InsyaAllah nanti Diddy sampaikan salam Anis =)

Selamat berjaya ambil keputusan SPM esok =)

d i d d y said...

Hai Shedah =)

Ramai yang kata nak datang tapi tak nampak pun =)

Tak apalah, lain kali kalau ada rezeki kita jumpa =)

fadzree said...

d i d d y said...
Hai Fad =)

T'kasih kerana letak YouTube di blog Fad. Diddy dah tengok tadi. Nanti bila Diddy berkesempatan Diddy nak pinjam dan letakkan di blog Diddy ya =)

ok2... fad x ksh... lagi fad suka... rasa dihargai plak..

Amy said...

salam diddy,
wow buat tour ke Johor erk?
bile nak road tour ke Germany
pulak nih?:-Dhehe ngada2kan.
diddy makin femes la skrg.rupa
diddy nih mcm plakun spaQ2 tuh.
kalo tgk die msti igt kat diddy..
sblm ni mmg igt die ni ade pertalian saudara ngn diddy. tp
bile bace kat blog nih last time
br tau yg u all xde pertalian langsung.anyway all the best kat diddy erk.. :-)

Azizi said...

syoknye abg Diddy! :) welcome back. dah miss abg Diddy & Abg badrul... lamer x jumpe kan? :)

Anonymous said...

Salam..
sy dtg la diddy tp time diddy nk perform kne balik sbb ade hal yang sememangnye urgent2 belaka.Nak mintak email diddy.sila bg ye..thanks..

d i d d y said...

T'kasih sekali lagi Fad =)

Harap Fad dapat keputusan cemerlang dalam SPM =)

d i d d y said...

Hai Amy =)

Kalau dapat tour pergi Germany memang Diddy tak akan lepaskan =) Entah bila rezeki Diddy nak melawat negeri orang putih hehehe =)

Kalau Amy tengok betul2 mesti tak sama. Fazren ada pertalian dengan Diddy - saudara sesama Islam =)

Nanti bila Amy masak sedap2 jangan lupa jemput Diddy hehehe =)

d i d d y said...

Hai ZZ =)

Memang lama tak jumpa =)

Diddy baca dalam akhbar Harian Metro album single ZZ dah dilancarkan. Tahniah =)

d i d d y said...

Hai Shedah =)

Email Diddy ialah diddy@f-tersix.com tetapi Diddy nak pesan awal2 Diddy jarang baca email kecuali bila ada hal2 yang berkaitan dengan kerja =)

Anonymous said...

hai diddy,
jarang bace email ke??x pe la..shidah selalu chatting kat ym.mane lah tau leh sembang ngan diddy kat ym..huhu..

fadzree said...

>> d i d d y said...
T'kasih sekali lagi Fad =)

Harap Fad dapat keputusan cemerlang dalam SPM =)

March 13, 2009 2:04 AM<<

sama2 dan terima kasih...