Latest Single - Lelaki Atas Awan



Monday, December 8, 2008

Kasih

Bismillahirrahmanirrahim


Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah S.W.T. berikan kepada Diddy. Diddy dapat tawaran untuk berlakon dalam satu lagi telemovie. Kali ni telemovie bertajuk "Kasih Berbunga Lalang" diterbitkan oleh United Kadila Sdn Bhd dan pengarahnya pula ialah Azmi Hatta. Mungkin dah tertulis rezeki untuk Diddy. Walaupun bukan dalam mana2 dialek, tapi Diddy rasa gementar juga kerana watak yang akan Diddy bawa agak berat. Apatah lagi dengan pelakon2 lain yang memang sudah ada nama besar seperti Nasir Bilal Khan, Sidek Hussin, Fadillah Mansor, Norlia Ramli, Elly Mazlin, Erry Putra dan lain2. InsyaAllah Diddy akan berikan yang terbaik semampu Diddy.

Bermakna juga Diddy tak berpeluang untuk menulis apa2 di blog Diddy sepanjang minggu ni kerana penggambaran telemovie ni akan bermula esok, 9hb Disember sehinggalah 15hb Disember. Penggambaran pula akan dijalankan di Kampung Janda Baik, Pahang. Sekarang ni Diddy nak sambung balik kemas pakaian2 yang perlu dibawa dan nak hafal skrip sebelum tidur. Doakan semoga Diddy dapat buat yang terbaik ya =)

Salam Sayang
Diddy

12 comments:

ayah,ummi, farish said...

Tahniah diddy....semoga dengan tawaran berlakon...bertambahlah lagi satu cabang seni diddy...
takper...sekurang2nya diddy berani mencuba...
Good Luck dr Akak, abg Sham & Hirdy Junior...

eleza737 said...

wah.. congrats diddy..
gud luck membawa watak tu..

Anonymous said...

wow..!another tawaran..
congrats diddy..!
keep up d gud work kayh..
gud luck..!

Anonymous said...

ohh my diddy..

i'll be missing your words and thought for the next 6 days..

Good work diddy!!..i'm very happy for you for having been offered a role there..ini lah masa nye diddy nak buktikan yg diddy ni versetile.

Bila diddy rajin faisal rasa diddy mesti berjaya..rasa nya diddy kena consider masuk kelas lakonan jugak nih..

Almaklumla..nak jadi pelakon terkenal lepas ni~~masin mulut~~amin

Anonymous said...

alhamdulillah... 1 lagi rezeki Allah bg pd Diddy. kami sentiasa doakan Diddy =)

Najwa said...

Syukur alhamdulillah.. tahniah atas tawaran lakonan terbaru ni. Wah, dengan nasir bilal khan lagik. Kita semua sure Diddy akan buat yang terbaik. Semoga sukses selalu.. caiyok2! =)

Anonymous said...

Congrats Diddy.. syukur alhamdulilah.
Harap Diddy sukses sbg penyanyi, pelakun, businessman, tokoh korporat etc..

Selamat Hari Raya Aidil Adha ( sori terlambat)

Kak Inc

9754 said...

waa.congrats diddy,
semoga berjaya dan melangkah lebeyh jauh! :)

apeng doakan semuge diddy berjaya dlm apa2 pun yg diddy buat.hokeh! :)

Juana Intan said...

tahniah dan alhamdulillah Diddy..semuga Diddy akan terus suksess di dalam bidang lakunan.

Gud luck bro!Doa k.intan sentiasa mengiringi kejayaan Diddy.

Miss Neddy said...

Congrat diddy...semoga Diddy akan terus berjaya dlm semua bidang... Happy sgt dgn perkembangan seni Diddy..

Try ur best bro..my pry n support will aweyz with u..

Anonymous said...

hi abang diddy....... good luck!

D i d d y H i r d y said...

T'kasih Kak Maya. InsyaAllah Diddy cuba semampu yang Diddy boleh lakukan =)

T'kasih Eleza, Diddy memang perlukan "Luck" Hehe

InsyaAllah, Icha =)

Setiap hari di lokasi Diddy masuk kelas lakonan, Faisal! Tenaga pengajarnya semua profesional =)

Syukur Alhamdulillah, Arin. Sorry plan yang Arin nak buat tu tak menjadi. Kita cuba hari lain =)

Wawa, Abang Nasir Bilal Khan memang cool. Banyak yang Diddy belajar =)

Semoga doa Kak Inc menjadi kenyataan, Amin =)

T'kasih, Apeng. InsyaAllah semoga menjadi kenyataan =)

T'kasih Kak Intan. Semoga doa Kak Intan dimakbulkan Tuhan, Amin.

T'kasih Neddy kerana sentiasa menyokong Diddy. Apa lagi yang mampu Diddy katakan kecuali ucapan t'kasih yang tak terhingga =)

T' kasih Qistina =)