Latest Single - Lelaki Atas Awan

Sunday, December 28, 2008

Gathering

Bismillahirrahmanirrahim


Sudah lama juga Diddy tak jumpa warga Casa dan lain2. Memang jadual Diddy agak sibuk terutamanya hujung minggu dan susah untuk berjumpa mereka pada hari biasa kerana semua ada tugas masing2. Kesempatan berjumpa hari Sabtu di rumah Kak Inc memang sesuatu yang Diddy nantikan. Walaupun tidak semua yang dapat hadir tetapi Diddy faham dengan komitmen masing2 terutamanya pada musim cuti sekolah yang sudah hampir ke hujungnya. Diddy pun minta maaf kerana tak dapat nak bersama lama2 kerana malamnya pula Diddy ada satu persembahan di sebuah hotel di Ampang untuk sebuah syarikat.

Memang seronok dapat berjumpa dan masing2 membawa makanan untuk Potluck. Kak Inc sediakan rojak, air dan buah2an, Kak Tre bawa Macaroni Bakar, Kak Hezz buat spaghetti, Aqua bawa cupcakes, Kak Maya bawa roti jala serta kari ayam, Kak Aidid bawa kerang masak hijau dan Abang Badrul bawa Inti Dadar serta roti dan Apeng bawa kamera =) Memang banyak betul makanan yang ada dan Diddy tak henti2 makan sebab semua komplen kata Diddy dah kurus =) Entahlah, Diddy makan seperti biasa dan selera makan Diddy tetap sama. Mungkin sepanjang dua tiga bulan ni jadual Diddy sentiasa padat menyebabkan berat badan Diddy turun. Diddy tak dapat nak fikirkan alasan yang lebih logik.

Diddy tak tahu ada pratonton Rebab Tidak Bertali kerana sebelum ni Abang Badrul hanya beritahu nak buat pradengar single terbaru Diddy. Cuma dalam perjalanan ke rumah Kak Inc baru Diddy diberitahu. Kalau nak ikutkan, Diddy tak mahu menonton Rebab Tidak Bertali dengan sesiapa. Hehehe! Tak tahu kenapa tapi Diddy rasa malu tengok lakonan sendiri. Kalau tengok seorang diri boleh jerit kuat2 kalau rasa malu, tapi bila tengok ramai2 terpaksalah Diddy diamkan diri. Nasib baik juga dalam semua yang datang tu tak ada orang Kelantan =)

Diddy harap semua suka dengan single terbaru Diddy. Walaupun masih dalam proses susunan lagu tapi Diddy rasa lagu tersebut banyak keistimewaannya. Diddy rasa kolaborasi antara Diddy dan Nur sangat sesuai dan serasi. Terima kasih pada semua yang sudi datang terutama sekali pada Kak Inc sekeluarga yang sudi jadi hos setiap kali ada gathering untuk Diddy. Terima kasih pada Kak Hezz, Kak Maya dan Abang Syam, Kak Tre, Aqua, Apeng, Kak Aidid, Abang Lan, Anis, Issey, anak2 Kak Aidid - Yana dan Aidid, Farish @ Hirdy Jr dan semua. Pada yang tak dapat datang, InsyaAllah kita akan jumpa dilain masa. Diddy nak ucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram kepada semua. Semoga tahun baru akan memberikan sinar kebahagiaan dan semoga kehidupan kita sentiasa dirahmati Allah S.W.T.

Salam Sayang
Diddy

11 comments:

apeng :) said...

salaam.
haha.tergelak tgk gambar tu kejap.
haha.sorry apeng bawak kamera je. ;)

apeng faham bhs klantan la.
kampung dua2 kat kelantan tau.
Ok la diddy kecek kelate.
takde la janggal sangat.

mmg seronok semalam dapat join gathering. :)
diddy,makan banyak2 bagi berat badan tambah sket.

hahaha., ;)

good luck!

Faisal said...

Apeng will always be no one yg comment..

MCm tau2 jek si Diddy ni update blog bile..

ishh best la CASA ni bole jumpe gather2..tp taktau ponn kewujudannye..

hehe malu eh tgk diri sendirik!!takpe im sure u r good in acting..nampak usaha Diddy utk belajar...above all..i still love your singing no matter whAT..

~~p/s:Lg berisi lg best..baru nmpk presentable..tp not too much ar!

Anis Hayati said...

Salam...
smlm xdpt join portluck ni
coz ptg tu bwk sdara mara g jln2
esoknya diorg dah nk balik Klntn

klu Anis ada, mesti Anis komen abis2an loghat Klntn Diddy..hehe
gurau je

lain kali ada rezeki, bleh jmpe
teringin sgt nk jmpa warga2 casa ni..

AKU said...

diddy kecek kelate?? wahhhhh tak sabo nk tgk cite ni. nk tumpang komen gak nnt. hahahahahah.

all d best diddy ;)

-bayieng

Zwairy said...

salam..

wah bestnya..
kelate la lpsni Diddy..
hehhe~

diddy said...

Laaa kenapa tak cakap Apeng faham dialek Kelantan? Ni mesti nak gelakkan Diddy senyap2 =)

Diddy tak rasa Diddy kuruslah. Tak faham kenapa ramai orang cakap Diddy kurus?

diddy said...

Apeng dapat komen masa cuti sekolah saja, Faisal. Nanti bila dah balik ke asrama mesti dia dah tak ada masa nak baca blog Diddy.

Casa dah lama wujud dan mereka sangat sporting =)

diddy said...

Tak apa Anis nanti lain kali ada rezeki kita jumpa lagi =)

diddy said...

Hai Bayieng =)

Kalau nak komen Diddy cakap Kelantan kena tunggu Diddy tak ada dulu baru boleh komen. Hehehe!

diddy said...

Hehehe! Mungkin taklah Zwairy. Bukan senang nak cakap Kelantan =)

Wawa said...

wahhh... seronoknyaaa beramai2. sori diddy x dpt menjoinkan diri atas sebab2 yg x dpt dielakkan. nnt ada waktu lain harap lg ramai leh join gath bersama2 =)

cumanya sangat sedih sbb terlepas peluang pradengar lagu sudah + pratonton telefilem rebab tidak bertali =(

but really really glad to know semua went well and had a great time!

salam awal muharram dan tahun baru masihi untuk semua =)