Latest Single - Lelaki Atas Awan

Wednesday, December 17, 2008

Hip

Bismillahirrahmanirrahim


Sessi photoshoot Diddy dan Fazren bersama Hip ni sebenarnya berlangsung hampir empat bulan yang lalu iaitu pada awal bulan Ogos, tetapi mungkin pada hari ni baru ada ruang untuk diterbitkan. Jadi ada beberapa informasi yang tidak ada ketika itu seperti dunia lakonan yang baru Diddy ceburi belum dapat dituliskan. Terima kasih kepada Kak Serimah, Abang JayDee, Pak Ya dan tentunya Berita Harian yang memberikan ruang publisiti pada Diddy. Sudah lama juga gambar2 yang diambil ada dalam simpanan Diddy tapi tentunya Diddy tak boleh kongsikan sehingga beritanya keluar terlebih dahulu.

Sama tapi tak serupa

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
serimah@bharian.com.my


KETINGGIAN serta gaya rambut dua pendatang baru dalam dunia hiburan ini menyebabkan ramai yang menyangka mereka mempunyai ikatan persaudaraan.

Walhal Syamsul Hirdi Muhid atau Diddy, 23, dan Fazren Rafi, 23, masing-masing berasal dari negeri yang berbeza dan tidak mempunyai sebarang pertalian.

Hip sengaja menggandingkan dua jejaka ini di dalam sesi fotografi dan meminta mereka memakai baju dari rona yang sama khas untuk tatapan peminat dua jejaka tinggi lampai ini.

Bagaimanapun, ini bukanlah pertemuan pertama mereka. Kali pertama bertemu, kedua-duanya mengajukan soalan yang sama sesama sendiri iaitu di mana persamaan yang sering diperkatakan orang. Bukan itu saja, mereka turut mengambil gambar bersama untuk mencari apakah persamaan mereka.

Diddy pernah ditanya kawan-kawan dan peminat apakah dia bergelar pelakon sedangkan yang muncul di kaca televisyen adalah Fazren. Ada juga yang bertanya adakah Fazren adiknya.

Manakala Fazren pula pernah ditegur peminat yang menyangka dia Diddy. Tidak kurang juga yang menuduhnya menipu apabila dia memperkenalkan dirinya yang sebenar.

“Kami sebenarnya tidak tahu di mana persamaan kami. Kalau nak diikutkan Fazren lebih tinggi dari saya, bentuk wajahnya saya dengan dia pun tak sama. Pelik juga kami di manakah persamaannya?

“Ketika Fazren muncul dalam drama bersiri Spa Q, ada orang tanya pada Diddy, adakah Diddy bergelar pelakon pula. Ada juga yang ingat Fazren adik Diddy.

“Diddy minat berlakon dan ada juga terima beberapa tawaran. Tetapi setakat ini Diddy masih belum berpeluang untuk buat sebab tawaran berlakon sering kali bertembung dengan jadual persembahan,” kata anak muda yang baru saja meraikan ulang tahun kelahirannya pada 5 Oktober yang lalu.

Sedar tak sedar, sudah dua tahun anak muda ini meniti perjalanan sebagai anak seni. Lahir dari program realiti Akademi Fantasia keempat, kerjaya Diddy dalam dunia nyanyian dilihat lebih lancar berbanding rakan-rakannya seperjuangannya yang lain.

Walaupun tidak berjaya merangkul gelaran juara, Diddy mampu melahirkan album yang mengambil namanya sebagai judul. Biarpun perkembangan kariernya tidak sekencang mana, anak muda itu mengakui dia tetap bersyukur. Malah, dia juga mengakui beruntung kerana berpayung di bawah syarikat pengurusan f-tersix yang sangat mengambil berat kerjaya seninya.

“Alhamdulillah, tahun demi tahun karier Diddy menunjukkan peningkatan. Walaupun peningkatannya tidak laju, Diddy tetap berpuas hati dan selesa dengan cara begini kerana Diddy dapat melalui proses itu secara berperingkat. Sekurang-kurangnya Diddy dapat belajar dan tidak terkejut dengan peningkatan yang terlalu mendadak.

“Sepanjang dua tahun ini, Diddy juga sedar bahawa dunia hiburan ada pasang dan surut. Diddy sendiri tidak ketinggalan dihujani kontroversi apabila tidak dibenarkan membuat persembahan di Kelantan tidak lama dulu gara-gara dituduh bergaya seksi.

“Diddy tidak melenting sebaliknya perkara itu membuatkan Diddy terfikir dan sedar bahawa kehadiran Diddy dalam dunia seni ini sebenarnya diperhatikan. Diddy juga melihat insiden yang berlaku itu dari sudut positif,” katanya yang sedang mengumpul material untuk album keduanya.

Perkembangan kerjayanya yang positif menyebabkan Diddy bersimpati dengan nasib yang menimpa rakan seperjuangannya. Namun, Diddy tidak menolak semua itu adalah rezekinya. Cuma dia berharap rakan-rakannya mengambil insiatif dan berusaha untuk mengubah hidup mereka.


Fazren mahu bergelar pengarah

SERING kali disangka Diddy, kata Fazren, kali pertama bertemu Diddy, dia cuba mencari di mana persamaan yang sering dikatakan orang. Fazren yang sudah setahun bergelar pelakon mahu memantapkan skil lakonannya. Anak muda kelahiran Klang itu bercita-cita mahu bergelar pengarah satu hari nanti.

Bagaimanapun sebelum bersedia untuk terjun dalam dunia pengarahan, anak muda itu berkata dia harus menimba seberapa banyak ilmu yang mungkin daripada dunia lakonan. Perkara itu bukanlah sesuatu yang baru kerana katanya kebanyakan pengarah terlebih dulu bergelar pelakon,

“Sekarang ini saya mahu menimba ilmu terlebih dulu melalui lakonan. Sepanjang setahun menjadi pelakon, banyak benda yang saya belajar. Terutamanya apabila bekerja dengan pengarah dan produksi berbeza. Setiap kali itu, ada saja benda baru yang saya belajar.

“Perjalanan saya dalam dunia lakonan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Cuma satu saja masalah yang saya hadapi kerana perlu bijak membahagikan kerjaya sebagai pelakon dengan pelajar. Saya masih lagi menuntut di Universiti Malaya, apatah lagi sekarang ini saya kembali sibuk dengan penggambaran siri Spa Q musim kedua, jadi saya terpaksa meminta pelepasan daripada produksi untuk menghadiri kuliah pada Selasa dan Khamis.

“Keluarga memahami kerjaya saya tetapi mereka menetapkan syarat supaya saya harus menamatkan pelajaran dan perlu mendapatkan juga segulung ijazah. Insya Allah pertengahan tahun depan saya akan menamatkan pengajian dalam Ijazah Seni Persembahan Drama (Pengarahan),” kata Fazren yang membawa watak Dafi dalam drama bersiri Spa Q.

Katanya, penggemar drama bersiri berkenaan haruslah menonton Spa Q untuk mengetahui sambungan drama bersiri popular itu kerana watak Dafi musim ini berbeza daripada musim lalu. Penggambaran Spa Q sudah dilakukan sejak bulan puasa lalu dan kini Fazren sudah melakukan sebanyak 320 babak.

INFO: Diddy
  • Diddy pernah melahirkan album pertama yang mengambil namanya sebagai judul. Kini sedang dalam proses mengumpul material untuk album keduanya.
  • Baru saja meraikan ulang tahunnya yang ke 23 pada 5 Oktober lalu.
  • Pernah dicalonkan dalam kategori Penyanyi Baru Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007.
  • Juga pernah dicalonkan dalam Anugerah Era untuk kategori Artis Baru Pilihan dan Anugerah Planet Muzik dalam kategori Artis Berkumpulan/ Duo Popular.
INFO: Fazren
  • Jejaka berasal dari Klang ini sudah terbabit dalam kira-kira 10 buah drama. Namun watak utama yang dibawakan adalah dalam drama Spa Q, Ali Din dan Andai Itu Takdir Cinta.
  • Memasang impian untuk berlakon di bawah pengarah tersohor Kabir Bhatiar. Kata anak muda itu, dia mengagumi teknik gambar Kabir hingga membuatkan dia terleka melihat keindahan shot, Kabir.
  • Selain memasang impian untuk berlakon di bawah arahan Kabir. Anak kedua dari lima beradik ini turut berhasrat untuk memegang watak jahat. Setakat ini dia masih belum berpeluang membawakan watak sedemikian.
Dikesempatan ni Diddy nak ucapkan tahniah dan selamat bertunang untuk Fazren. Nampaknya ada lagi satu persamaan antara kita =) Jangan lupa dapatkan Harian Metro hari Khamis untuk cerita tentang Rebab Tidak Bertali.

Salam Sayang
Diddy

36 comments:

apeng :) said...

salaam
hehe.
pagi tadi baca terkejut gak bila tertulis,diddy belum berkesempatan berlakon.

oh dah lama. :)

diddy ngan fazren mmg ada persamaan la.
dari pandangan mata apeng la.
hehe.
baju pun nak disamakann..

apa2 pun,semoga diddy berjaya. :)

Fifiey82 said...

arrrr my kelasmate nak tunang ka... wah alhamdulillah... semoga berbahagia smpi ke pelamin... n menten cute fazreen... errr diddy pun... ekekekeke wish u all the best diddy... fazreen tooo

Lily.Lulu said...

yes laa diddy ...
both of u dalam gambar tuh sama tapi tak serupa

i like !!
nice pic
;)

icha dnaughtiestkid said...

u guys mmg nmpk serupa pun..kalau kata adek beradek or kembar sekali pun mmg org akn percayalah...hehehe =)

eleza737 said...

dah jumpe salah satu kembar dr 7org kat dunia ni.. wah ! hahaha

NedDy said...

Urmm suke sgt pict u all ni..hope ada produser yg amik u al blakon skali jadi twin or adik bradik...
SAMA TP TAK SERUPA..

Apapun diddy, caiyo' caiyo..

owez with u...

qistina said...

hi abg diddy......nice posing!! Anyway, diddy and fazreen memang ada persamaan....... apa-apa pun.... i'll always support you as a fan!

maya said...

aSSALAMAULAIKUM DIDDY.....

MASA MULA2 BACA TU PELIK GAK..BUKAN DIDDY DAH BERLAKON 2 TELEMOVIE KER..LPS TU FIKIR2 BALIK MESTI DAH LAMA PHOTOSHOOT NIE..BETUL GAK AKAK AGAK...

APER2 PUN...MMG ADER GAK SIKIT2 PERSAMAAN..TP APA YG AKAK HARAP2 MOGA 2-2 BERJAYA DALAM BIDANG YG DI CEBURI...

DIDDY,
TAHUN 2008 TAHUN - THN BAKAT DIDDY DAH MULA BERKEMBANG & BERTAMBAH LAGI SATU CABANG DALAM LAKONAN.

TAHUN 2009 - MOGA BAKAT, REZEKI DIDDY LAGI BERTAMBAHDAN BERKEMBANG...iNSYA aLLAH.DAN MANALAH TAHU ADA SATU LAGI BIDANG LAIN. LAK..KOT-KOT LPS NIE LEH JADI MODEL LAK :)

KAMI SEMUA SENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN DIDDY.

Faisal said...

Yes..sama tapi tak serupa..That is exactly what i wanted to write in my previous comment..

I will always support you whereever i am...you have the potential to be a star..

keep being who you are..ape2 jadi pada Diddy pon Diddy kena ingt yg peminat setia Diddy macam faisal ni akan sentiasa doakan kejayaan Diddy amieen..

Biasela dunia hiburan ni ade naik turun nya..enjoy it Diddy while it last..sbb nasib kita Allah saja yang tahu..

Harap2 Dddy berjaya dengan cemerlang dalam lakonan..sepertimana Didy doakan faisal dalam pelajaran..amien

Anonymous said...

Assalamualaikum

Memang ada persamaan :)
Diddy & Fazren boleh berlakun jadi adik beradik dalam filem/drama... mesti meletopss

Take care
Kak Inc

MiSzBuBbLy said...
This comment has been removed by the author.
MiSzBuBbLy said...

abg diddy!!
i do miss u!!!
wah hensemnyaaaaa abg n abg fazren!!!
ehehehee....

regards,

G-Mah!!!

Wawa said...

mmg sama tp x serupa. tp ok gak la, kalau rasa mcm nk tgk diddy, boleh tgk spaQ... hehehe.

a'ah kan, kalau dpt gandingkan diddy n fazren dlm 1 telemovie mesti sgt menarik =D

hopefully tahun 2009 ni diddy akan lebih sukses dan dimurahkan rezeki lebih dan lebih lagi. usaha + doa + tawakal adalah kombinasi yg terbaik utk berjaya bg semua org... all d best diddy ;) *mengibarkan pompom*

my name is KARL said...

hye bro..

hehe.. mmg dh lame prasan dh yg u guys both look like twins!

..an0m.. said...

aip..
mmg smer lar..
suker2 tgk..
n0 matter wut,syer akn supp0rt diddy..
hu3..

Anis Hayati said...

Salam..
masa mula-mula baca paper tu
terkejut juga bila dia kata diddy x berlakon
rupanya dah lama ye..

erm, pada pndgn anis diddy & fazren mmg ada persamaan
tp xtau la apa yg sama
cuma pd pngn mata mmg nmpk ada persamaan lah..

by the way, anis ada tag diddy dkt blog anis, link -> http://anishayati.blogspot.com/2008/12/tag-from-ili-aini.html
jwb la tag tu kalau berkesempatan
x jwb pun xpe..anis faham. hehe

diddy said...

Apeng pakai cermin mata kan? Hehehe

Sebab tu Apeng nampak sama je =)

diddy said...

Hai Fifiey, kalau tak silap Diddy, Fazren bertunang 13 Disember. Tu yang dia cakapkan pada Diddy di Facebook =)

diddy said...

T'kasih Lily Lulu =)

Diddy pun suka baca blog Lily.

diddy said...

Kalau ada pun Icha, mungkin features kot sikit2 =) Entahlah, Diddy susah nak nampak!

diddy said...

Eleza lah jadi kembar Diddy yang kedua =) okay tak?

diddy said...

T'kasih Neddy =) Kalau ada orang nak ambil berlakon sama2 Diddy tak tolak rezeki hehehe

diddy said...

T'kasih Qistina =) Memang Diddy perlukan sokongan semua!

diddy said...

Kak Maya, jadi model tu mungkin taklah kot! Tak sesuai =) Takpalah, kayuh perlahan2, InsyaAllah kalau ada rezeki, adalah

diddy said...

Semoga Faisal berjaya dalam pelajaran, Amin =)

diddy said...

Kak Inc, kalau meletoppss nanti tak adalah orang yang datang tengok sebab dah hancur hehehe!

diddy said...

Hai G-mah, kita jumpa masa di Kota Bahru dulu kan?

diddy said...

InsyaAllah. T'kasih Wawa! Nanti kirim salam pada Nenek Wan =)

diddy said...

Hai Karl, macam saja, tapi tak serupa =)

diddy said...

T'kasih Anom kerana support Diddy =) T'kasih banyak2.

diddy said...

Hai Anis, dah balik dari kampung?

Diddy dah banyak kali kena tag tapi belum sempat nak buat apa2. Lagipun tag2 ni banyak soalan2 sensitif hehehe! Mungkin belum masa untuk Diddy kongsikan lagi =)

diya said...

salam diddy. am first time here. trap into your blog from your manager's blog =)

anyway,you both looked very similar! especially in the second pic.i even could not differentiate which one is diddy nor fazren =D

Anis Hayati said...

Salam..
ha'a dah balik dari kampung
lama sgt balik kg kali ni

psl tag tu xpe, anis faham
hehehe..

take care
all the best =)

Anonymous said...

lamanya x drop komen..hehehe..sori dear...tp siyes nmpak mcm adik beradik..
anyway good luck dd

Zwairy said...

salam..
wah..ngan kembar..hehehehe~

kedua2nya dh bertunang.. bl nak kawen?? jgn lupew jemput ek~

_Cik gMah_ said...

dear abg diddy,

cewah!! hehe..abg igt??Wallaaaa..
betol...1000000 markah..toink3!!!

sory la lama xkontek2 dgn abg..huhu..
ntah laa...rs cm..hehehe.~ xde pape..
GUDLUCK ABGKUH!!!