Latest Single - Lelaki Atas Awan

Monday, December 22, 2008

Stailo

Bismillahirrahmanirrahim



5 Soalan Untuk Diddy

Oleh Khadijah Mohamad Nor
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my

PENYANYI kelahiran program realiti televisyen popular, Akademi Fantasia 4 (AF4), Diddy ternyata seorang lelaki yang begitu menitikberatkan penjagaan kesihatan dan kulit wajah.

Diddy atau nama penuhnya Syamsul Hirdi Muhid, 23, mengakui penampilan diri adalah satu perkara penting yang selalu diutamakan. Baginya, penampilan diri merangkumi banyak aspek termasuk cara berpakaian dan penerimaan orang terhadapnya.

Sebagai contoh, Diddy akan memastikan dia tidak memakai cermin mata hitam di tempat tertutup bagi menghormati majlis dan orang yang ditemui. Selain itu, dia juga tidak gemar memakai topi di khalayak ramai.

Malah, Diddy begitu mengutamakan kebersihan diri untuk memastikan bukan sahaja dia, tetapi orang lain juga selesa berada di sekelilingnya. Jika keluar sendirian pula, Diddy lebih senang dengan penampilan ringkas seperti jean dan baju-T.

Dalam menjaga kesihatan diri pula, Diddy merupakan seorang lelaki yang tidak menghisap rokok. Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Saling Terpesona dan Hilang itu, selain merokok membahayakan kesihatan, tabiat tersebut juga membuatkan orang sekeliling berasa tidak selesa, berhabuk, kotor dan berbau,

Dalam kariernya, Diddy mempunyai matlamat untuk mencapai impian menjadi penghibur dan usahawan yang berjaya dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

Apakah pandangan Diddy tentang lelaki yang semakin menitikberatkan penjagaan kecantikan diri?

Sebagai seorang artis, perkara utama yang dititikberatkan ialah kebersihan, bukan kecantikan diri. Contohnya, setiap kali ada persembahan mahupun sesi fotografi, Diddy diperlukan mengenakan alat solek.

Oleh itu, sudah menjadi satu kemestian untuk Diddy membersihkan wajah. Produk penjagaan kulit untuk lelaki jenama Clinique telah Diddy gunakan sejak lebih setahun lalu. Clinique sangat sesuai dengan kulit Diddy yang sensitif dan bermasalah.

Pada pandangan Diddy, bukan hanya artis yang perlu menjaga kebersihan diri. Semua orang mesti menjaganya. Setiap hari, kita berhadapan dengan masalah habuk, kekotoran dan cuaca yang tidak menentu.

Kalau dulu, lelaki hanya menggunakan sabun mandi untuk membersihkan muka, kini sudah ada produk khusus untuk lelaki membersihkan muka, kenapa tidak gunakannya?

Apakah aktiviti waktu lapang sekiranya tiada aktiviti seni?

Jika tiada sebarang aktiviti seni, Diddy lebih senang menghabiskan masa di rumah bersama keluarga atau ke gim untuk membina stamina. Diddy juga menggunakan masa lapang tersebut untuk berhubung dengan peminat di Facebook, MySpace ataupun menulis dan berkongsi gambar di blog Diddy (http://diddyaftersix.blogspot.com)

Apakah perkara yang membuatkan Diddy gembira?

Diddy paling gembira apabila mengetahui perjalanan kerjaya seni Diddy semakin hari ada peningkatan. Diddy bekerja keras untuk berjaya di bidang seni dan setiap kali Diddy mengecapi kejayaan walaupun sekecil mana sekalipun, itu membuatkan Diddy berasa gembira dan bersyukur.

Bagaimana Diddy menggambarkan karakter diri?

Diddy seorang yang pemalu tetapi apabila sudah mengenali seseorang, Diddy mudah selesa untuk berbual dan berbincang. Diddy juga sukakan cabaran terutamanya untuk memperbaiki diri.

Cerita terbaru karier Diddy?

Diddy baru selesai berlakon dalam dua buah telefilem iaitu Rebab Tidak Bertali dan Kasih Berbunga Lalang, terbitan Pujangga Kreatif dan United Kardila Sdn Bhd. Ia dijangka ditayangkan pada tahun 2009. Selain itu, single terbaru Diddy kini dalam proses susunan lagu.
Ia merupakan sebuah lagu duet antara Diddy dan Nur Fatima, ciptaan Audi Mok dan liriknya ditulis oleh Diddy dan Nur Fatima sendiri. Ini merupakan percubaan pertama Diddy untuk menulis lirik. Lagu ini dijangka diedarkan pada awal Januari 2009.

Diddy juga akan masuk studio untuk rakaman lagu-lagu album kedua Diddy bermula Januari ini. Selain itu juga, Diddy dalam proses perbincangan untuk menjadi pengacara sebuah rancangan berbentuk majalah untuk sebuah stesen televisyen dan insya-Allah, pada tahun 2009 nanti, Diddy akan berlakon dalam sebuah filem.

Salam Sayang
Diddy

11 comments:

apeng :) said...

salaam.

ala.tak sempat nak beli. :(

btw,
nape gamba diddy tu nampak lain eaa?
hmm.

:))

diddy said...

Sebab Apeng cakap gambar tu nampak lain Diddy terus tukar gambar lain =)

Faisal said...

cehh..

Inila spokeperson yg bagus..masih sempat lg mention psl clinique..

Firman Allah,

" Allah itu cantik dan sukakan kecantikan"

Maka jadikan diri kita seperti dari firman Allah tu..

P/S :lately ni Diddy byk klua paper or magazine..it's good though..it will help you anyway in your future career..

TravelBreeze Dot Com said...

wahhh...smlm sempat baca artikel kt KOSMO..ehe..

TravelBreeze Dot Com said...

uppss lupa pulak, Diddy, travelbreeze tu NEDDY.. lupa nk tukar id td..ehe..

apeng :) said...

la.buatpe tukar.
hahaha.

sorry diddy! :|

diddy said...

Hai Faisal, bukan spokeperson, cuma celebrity friend of Clinique =)

Diddy pun rasa macam tiba2 banyak pula publisiti untuk Diddy. Alhamdulillah =)

diddy said...

Macam mana Neddy boleh pergi tukar Travelbreeze? Ni mesti pakai banyak nicknames =)

diddy said...

Hai Apeng, Gambar tu sebenarnya bila Abang Badrul scan, bahagian belakang akhbar pun nampak juga. Sebab tu agaknya nampak lain. Diddy agaklah Hehehe

Lagipun gambar tu pun gambar tahun lepas juga, masa Diddy buat Secretary's Week untuk Kelab Darul Ehsan =)

Wawa said...

kannn Faisal. syukur lah... sempena album dan telemovie Diddy yang bakal keluar. rezeki Diddy pun nampak makin bertambah... dan harapnya semakin bertambah... aminnn...

hope Diddy akan terus jaga penampilan dan kechanteqan.. hehehe.. when we're in our best condition, komfiden pun mesti bertambah.. =)

NedDy said...

diddy neddy ada 2 blog..ehe TravelBreeze n Neddy..ehe..


caiyo'caiyo' Diddy..