Latest Single - Lelaki Atas Awan



Saturday, December 6, 2008

XY10

Bismillahirrahmanirrahim

WAWASAN DIDDY



Oleh Fairuz Zaidan
fairuzaidan@bharian.com.my

Berlakon, berniaga antara bidang baru yang mahu dimahirkan

TIGA tahun mengharungi dunia showbiz, bakat nyanyian Syamsul Hirdi Muhid atau Diddy tidak perlu disangkal lagi. Bekas bintang siri realiti Akademi Fantasia (AF) ini terus membina nama sebagai antara pelapis penghibur tanah air.

Tidak cukup bakat nyanyian, Diddy mula mengintai peluang berlakon. Hajatnya untuk mengembangkan bakat tidak menghampakan apabila 'disunting' sebuah produksi drama tempatan, Pujanggan Kreatif, Rebab Tidak Bertali.

"Ini percubaan pertama saya dalam bidang lakonan. Sebelum ini, saya pernah berlakon teater. Namun, pengalaman kali ini cukup berharga dalam misi mengembangkan keupayaan diri dan bakat seni saya," bicara Diddy yang teruja ditawarkan berlakon dalam drama itu.

Penggambaran drama Rebab Tidak Bertali yang berlarutan dua minggu tidak mengganggu kerjaya nyanyian Diddy. Ketika ini, anak muda ini sibuk mengumpul lagu bagi album kedua yang dirancang menjengah pasaran pertengahan tahun depan.

Bersama XY10, Diddy bersemangat menceritakan kehidupan harian, perancangan masa depan serta tidak ketinggalan 'rahsia' hatinya.


Perkembangan terkini Diddy?

Diddy sekarang sibuk menyudahkan penggambaran drama pertama Diddy, Rebab Tidak Bertali yang dijadual berakhir 17 November ini. Ini percubaan pertama dan diharap menjadi kayu pengukur bakat lakonan Diddy. Pada masa sama, Diddy sedang mengumpul bahan untuk album kedua Diddy berkonsepkan moden pop.

Aktiviti masa lapang?

Terus terang Diddy katakan Diddy lebih banyak menghabiskan masa di rumah atau bersenam di gimnasium... Ini rutin Diddy pada waktu lapang.

Jika bukan seni, bidang apa agaknya diminati Diddy?

Jangan terkejut kerana Diddy berminat menjadi guru. Mata pelajaran kegemaran Diddy ialah Bahasa Malaysia dan Geografi. Tetapi bagaimana lah agaknya Diddy bergelar cikgu ya! (tergelak)

Perancangan jangka panjang Diddy?

Sekarang Diddy sudah memiliki perniagaan menjual barangan terpakai, MurahDotCom. Perniagaan yang hampir tiga bulan beroperasi ini berkonsep jual dan beli barang terpakai. Alhamdulillah, lokasi kedai MurahDotCom yang berdekatan pasar besar Tesco di Ampang menarik perhatian pelanggan.

Di sebalik penampilan Diddy, apa agaknya sifat anda yang peminat perlu tahu?

Peminat harus tahu Diddy sebenarnya pemalu. Sifat ini bukan dibuat-buat tetapi itulah personaliti sebenar Diddy. Tetapi, apabila berada di atas pentas, Diddy ketepikan rasa malu dan teruja berdepan peminat.

Apa untungnya menjadi lelaki?

Tanggungjawab lelaki besar, sebagai ketua keluarga dan menjadi role model dalam keluarga itu sendiri. Yang lain-lain, mungkin lelaki lebih ringkas dalam bergaya.

Fesyen penggayaan Diddy?

Diddy suka gaya funky dan moden. Ini sesuai dengan konsep lagu dan imej Diddy. Jika pada hari-hari biasa dan tidak terikat dengan kerjaya seni, Diddy lebih senang mengenakan kemeja berleher bulat serta seluar denim.

Wanita pilihan Diddy?

Wanita yang berkulit cerah, fizikal tidak penting. Paling utama, dia mestilah menerima Diddy seadanya.

Seksi mengikut persepsi Diddy?

Pada Diddy, seksi tidak bermakna seseorang itu harus bergaya keterlaluan untuk menampakkan imej seksi. Mungkin melalui cara pembawaan diri serta percakapan saja boleh menimbulkan rasa seksi. Itu semua subjektif!

Perancangan 2009?

Diddy akan menumpukan segala aktiviti seni dengan syarikat f-tersix dan memperlengkapkan diri dengan album baru yang dijangka dipasarkan menjelang Mei tahun depan, insyaAllah.

PROFIL: Diddy
Nama: Syamsul Hirdi Muhid
Nama komersial: Diddy
Umur: 23 tahun
Tarikh lahir: 5 Oktober 1985
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Tinggi: 183 sentimer
Berat: 75 kilogram
Saiz baju: M
Saiz kasut: 11
Emel: diddy@f-tersix.com
Blog: diddyaftersix.blogspot.com

Sebenarnya berita ni dah lama keluar diruangan XY Berita Harian tapi baru hari ni Diddy berpeluang untuk letakkan di blog Diddy. Tujuannya mungkin untuk sesiapa mengenali Diddy dengan lebih dekat lagi =) Ada juga beberapa informasi yang Diddy letakkan seperti nama kedai untuk melengkapkan lagi berita yang diberi =)

Salam Sayang
Diddy

7 comments:

Anonymous said...

salam,
waahh!!xsabar tgk REBAB..17hb ni.hehehe..
kalau diddy jadi cikgu..wow!kmpom student x ngantuk dlm kelas diddy.=P
anyway..tahniah..dan sukses slalu dlm mengejar impian hidup dan cita2..D I D D Y caio!!!
;)

D i d d y H i r d y said...

T'kasih Sixnebess kerana selalu beri sokongan & kata2 peransang untuk Diddy =)

Tapi jangan salah baca sebab Rebab Tidak Bertali tu bukan 17hb ni tapi penggambaran dia habis 17hb November =) Hehehe

Anonymous said...

huahahaha..nebes sgt sama diddy silap pula.. :p

Najwa said...

patut la macam penah baca. hehehe... kalau diddy lah yg jd cikgu geografi, gerenti student dapat A, hehe. hope semua bidang yg diddy ceburi akan maju dan berjaya seiring =D rasa x sabar nak tunggu single album terbaru diddy... =)

D i d d y H i r d y said...

Berita ni dah lama Wawa tapi Diddy baru nak letak.

Nanti Diddy cerita tentang single terbaru Diddy =)

Anonymous said...

Tak sabar gak sebenarnye nak tgk ur acting..

Faisal hope diddy sukses juga dalam acting..sbb ramai graduan AF dah bukti kan nye..having said all that,i love your singing no matter what..You are a singer after all!!!I have been your fan because of your voice~~~

Congratzz Diddy!!~peace~

P/S:Mari kite bertafakur kejap utk mangsa2 tanah runtuh bukit antarabangsa..

D i d d y H i r d y said...

T'kasih Faisal. InsyaAllah semoga doa Faisal menjadi kenyataan, Amin =)