Latest Single - Lelaki Atas Awan



Sunday, December 14, 2008

KBL

Bismillahirrahmanirrahim

Keluarga Zirwan

Lima hari empat malam Diddy berkampung di Kampung Janda Baik untuk penggambaran telemovie kedua lakonan Diddy, Kasih Berbunga Lalang (KBL). Kali pertama Diddy menjejakkan kaki ke kampung tersebut, memang terasa keindahan dan ketenangannya. Bayangkan deruan air sungai mengalir dengan hembusan angin sejuk dan menyegarkan. Memang sungguh nikmat ciptaan Tuhan. Sepanjang penggambaran di sana, kami semua tinggal di resort Pondok Impian, kepunyaan Abang Den Wahab dan Kak Nora. Memang selesa. Diddy memang sangat hormat dengan Abang Den Wahab dan Kak Nora yang sangat merendah diri dan sangat mesra walaupun dengan orang baru seperti Diddy. Terima kasih sangat2 atas layanan Abang Den dan Kak Nora sekeluarga.

Zirwan dan keluarga Kasih

Sebenarnya Diddy dah balik ke Kuala Lumpur dan tidur di rumah sejak hari Sabtu malam lagi kerana lokasi penggambaran telah bertukar tempat, tetapi Diddy memang tak berpeluang untuk menulis apa2 di blog hinggalah ke malam ni akibat keletihan. Siang tadi penggambaran di buat di SMK Sulaiman, Bentong, Pahang dan esok serta lusa pula akan bersambung di sekitar Kuala Lumpur. Apa yang Diddy boleh katakan, kerja pengarahnya, Abang Azmi Hatta, sangat teliti dan setiap babak melibatkan banyak shot. Contohnya pada hari Sabtu, satu babak di tanah perkuburan sahaja memakan masa empat jam untuk dirakamkan. Diddy dan Elly Mazlein sampai menggeletar kesejukan kerana babak tersebut di dalam hujan lebat.

Nordin, Kasih dan Zirwan

Diddy sangat beruntung kerana walaupun ni hanya merupakan telemovie kedua lakonan Diddy, tetapi Diddy dapat belajar banyak ilmu daripada guru2 yang sungguh banyak pengalaman. Dalam telemovie Kasih Berbunga Lalang ni, Diddy dapat banyak tunjuk ajar daripada Abang Nasir Bilal Khan, Mama Norlia Ghani, Elly Mazlein, Ibu Wan Maimunah dan lain2 yang sedikit pun tidak kedekut dengan ilmu lakonan yang mereka ada. Diddy bersyukur kerana ilmu yang Diddy dapat daripada mereka memang tidak mampu dibayar dengan wang ringgit. Setiap hari, sementara menunggu giliran untuk berlakon atau ketika berhenti rehat untuk makan, Mama Norlia dan Abang Nasir akan bercerita tentang pengalaman2 yang pernah mereka lalui di dunia lakonan. Mereka juga berkongsi tip untuk berlakon dan macam2 lagi. Begitu juga dengan Elly Mazlein dan lain2.

Kasih seorang ayah

Esok ada beberapa babak lagi yang perlu dihabiskan. Diddy perlu rehat. InsyaAllah nanti Diddy akan ceritakan lagi pengalaman2 Diddy dalam telemovie ni dan letakkan lebih banyak gambar.

Salam Sayang
Diddy

15 comments:

9754 said...

salaam.
waaaaaaa.
tak sabar nak tgk.
agak2 dapat tak apeng tgk nih? ;)
ahaha.

zirwan?
hmmm. :)))

Anonymous said...

bnyk diddy dah belajar kan dgn pelakon2 seniior..
sematkan laa ilmu tu d dada...
jgn lupekan...

nice name for watak tue..zirwan...
hope diddy njoy berlakon...

keep up d gud work kayh.!
always support u.!=)

ayah,ummi, farish said...

assalamualaikum..diddy
apa khabar...sehat?
mesti penat kan..tak pe nie satu pengorbanan diddy untuk ;ebih berjaya lagi..
x sabar nk tgk cita nie kuar tv..
bestnyer gi janda baik...kalau akak free..leh join tgk diddy shooting..
apa2 pun good luck yer..
akak sekeluarga mendoakan kajayaan diddy.

salam..
k.maya & a.sham & farish (hirdy junior)

Najwa said...

wahhh. pengalaman yg amats seronok!
menimba ilmu dr pengalaman dr yg lebih senior mmg suatu yg amat berharga, dan jika diddy x malu bertanya, insyaAllah diddy akan lebih berjaya... amin =)

x sabar nak tengok zirwan di kaca tv ;)

as usual, hope diddy sukses selalu! dlm kesibukan, jgn lupa jaga kesihatan ya...

Anonymous said...

bestnya Diddy..

Tak sabar nak tgk semua lakonan diddy..dalam 20 January ni i dah nak kena blk london blk nak sambung blaja..mesti tk sempat tgk semua telemovie diddy on tv..

Hmm tak pe la diddy..nanti leh gak tgk kat youtube..

P/S: Diddy kalau nak dtg jalan2 kat london nnti,bolela saya jadi tourist guide..hehe

Anonymous said...

Assalamualaikum
Tak sabar nak tengok lakunan Diddy. Moga makin murah rezeki dlm semua bidang seni... jadi penghibur serba boleh gitu.
Jgn lupa, rehat juga mesti cukup.
Take care
Kak Inc

D i d d y H i r d y said...

W'salam Apeng! Lama dah Diddy tak jumpa Apeng. Semoga Apeng berjaya dalam pelajaran.

Kalau Apeng tak sempat tengok, Apeng kena minta gang2 Casa untuk rakamkan untuk Apeng =) Atau minta tengok TV kat sekolah! Hehe

"Hafiz" untuk cerita Rebab Tidak Bertali. "Zirwan" untuk cerita Kasih Berbunga Lalang.

D i d d y H i r d y said...

Memang banyak yang Diddy belajar, Icha. Alhamdulillah semuanya ikhlas memberi tunjuk ajar pada Diddy.

Nama "Zirwan" tu memang sedap tapi awal2 lakonan, Diddy asyik tersasul sebut "Rizwan". Hehehe Memang kelakar!

T'kasih support Diddy, Icha! Satu keluarga Icha memang sporting =)

D i d d y H i r d y said...

W'salam Kak Maya.

Diddy sihat tapi memang betul, sangat penat! Babak2 Diddy pula semuanya berat2. Sampai ada masa rasa macam nak demam sebab terlalu lama dalam hujan dan air yang sejuk.

Kirim salam Diddy pada Abang Sham dan peluk cium untuk Hirdy Jr. =)

D i d d y H i r d y said...

Pengalaman yang memang menyeronokkan, Wawa. Tapi pengalaman yang paling berharga bila Diddy dapat berjumpa dan belajar dengan pelakon2 profesional senior lainnya. Memang tak boleh dijual beli =)

Abang Badrul rancang nak buat pra-dengar single baru Diddy. Nanti Wawa bincanglah dengan gang Casa bila nak buat =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Faisal. Tak tahulah kalau ada yang letakkan telemovie ni di YouTube.

Selamat menyambung pelajaran di London. Semoga Faisal beroleh kejayaan =)

Sekarang ni Diddy baru rancang nak jejak satu Malaysia. Tapi kalau ada rezeki lebih untuk sampai ke London, InsyaAllah Diddy akan beritahu =)

D i d d y H i r d y said...

Alhamdulillah setakat ni rehat Diddy cukup, Kak Inc. Tapi rindu nak jumpa warga Casa =)

Sekarang ni bila semua orang cakap tak sabar nak tengok lakonan Diddy, rasa takut pulak. Takut tak menepati citarasa dan mencapai standard! Hehehe

bonaFIDE said...

aii..
diddy!!
it's me again!!
ha3..
xsbar la nk tgk cter nh..
bler ea akn ditygkn??

D i d d y H i r d y said...

Hai Farhanomhusna =)

Diddy pun tak pasti bila akan ditayangkan. Nanti bila Diddy dah tahu, Diddy akan letakkan di blog =)

Anonymous said...

zirwan n rizwan mmg nk dekat2 sama...mmg akn slalu tersasul la..tp biaselaa awal2..tp overall diddy ok kn...so shud b no prob..hihihi =)