Latest Single - Lelaki Atas Awan

Tuesday, December 16, 2008

Rakaman

Bismillahirrahmanirrahim


Diddy baru saja pulang dari Ipoh, Perak, untuk satu persembahan di sana. Walaupun ada sedikit gangguan audio ketika persembahan, Diddy nak ucapkan terima kasih kerana semua memahami keadaan dan terus memberikan sokongan menyanyi beramai2 bersama Diddy. Itu merupakan satu perkara yang sering memberikan semangat pada mana2 artis yang membuat persembahan apabila peminat sama2 menyanyikan lagu bersama artis. Memang seronok.


Esok bersamaan hari Rabu, Diddy akan membuat persembahan untuk Majalah Bintang Kecil di Menara Kuala Lumpur. Pada sebelah petangnya pula penggambaran telemovie Kasih Berbunga Lalang akan disambung untuk babak terakhir di sebuah kolam renang di Kuala Lumpur. Diddy sebenarnya letih dan dah nak tidur, tapi Diddy teringin untuk bercerita serba sedikit tentang single terbaru Diddy yang baru saja habis dirakamkan beberapa minggu lepas.


Single terbaru ni merupakan lagu duet antara Diddy dan Nur Fatima. Banyak keistimewaan lagu ni yang pada ketika ni menggunakan tajuk "Sudah". Antara keistimewaan lagu ni adalah Diddy dan Nur Fatima bersama2 menulis lirik untuk lagu ni. Buat pertama kali dalam hidup Diddy menulis lirik untuk sebuah lagu. Terima kasih kepada Abang Badrul dan Audi Mok yang memberikan kepercayaan pada Diddy. Nur Fatima seperti yang ramai sedia maklum merupakan seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik. Pada tahun ni Nur Fatima telah dianugerahkan dengan Anugerah Komposer Muda pada satu majlis yang diadakan oleh MACP. Nur Fatima sebelum ni pun turut menulis lirik untuk dua lagu dalam album pertama Diddy iaitu lagu "Saling" dan "Lena".


Satu lagi keistimewaan lagu "Sudah" ialah liriknya yang lebih kepada berdialog dan tidak banyak bait2 yang diulang. Setiap prasanya berbeza antara satu sama lain. Bermakna, kami perlu berlatih bersungguh2 untuk menghafal lirik kerana ianya sangat panjang =) Tapi nilah pengalaman yang sungguh menyeronokkan untuk Diddy. Tahun ni Diddy dapat banyak peluang untuk mencuba cabang2 seni yang baru. InsyaAllah Diddy akan buat yang terbaik untuk semuanya. Sekarang ni lagu "Sudah" dalam proses mixing. InsyaAllah tahun 2009 akan menjadi permulaan yang baru untuk Diddy.


Hari Khamis nanti jangan lupa dapatkan akhbar Harian Metro kerana ada cerita tentang Rebab Tidak Bertali. Hari Khamis juga Diddy akan ke Pujangga Kreatif untuk menonton telemovie ni yang sudah hampir siap. Diddy belum tahu lagi tarikh siaran untuk telemovie Rebab Tidak Bertali dan Kasih Berbunga Lalang tetapi bila Diddy dah dapat tarikhnya nanti Diddy akan beritahu di blog. Diddy juga akan sambung cerita tentang pengalaman berlakon dalam telemovie Kasih Berbunga Lalang serta gambar2 lainnya nanti, InsyaAllah.

Salam Sayang
Diddy

12 comments:

apeng :) said...

waaaa.
tak sabar nak dengar 'sudah'. :)

haha.nanti susah nak hafal lagu neh.
lirik panjang eah? haha.

may 2009 be a great year for you,diddy.
amin. :)

icha dnaughtiestkid said...

nyanyi..berlakon..n now tulis lirik..
great diddy.!
diddy semakin meluaskan sayap diddy..
tp jgn hilang fokus k bler dh wat bnyk bnda neh...
hopefully "sudah" will b d greatest single next year.! =)

keep d gud work..!
always here supporting u..! =)

my name is KARL said...

hye bro!

glad to hear dat u're now workin with ur next single album, perhaps!

all d best!

keje-keje gk, but never forget to perform ur prayer! InsyaAllah rezeki akan lebih murah!

Anonymous said...

Satu lagi keistimewaan lagu "Sudah" ialah liriknya yang lebih kepada berdialog dan tidak banyak bait2 yang diulang.

INTERESTING!! hopefully this music different from others and easy to listen.good luck diddy! can't wait to hear the song.=))

Faisal said...

Waahh diddy..

Hari ni kan tgk berita harian sisipan hip ade picture diddy dgn fazreen spa q!!!

ishh mcm adek2 bradek kembar ah..

hehe..tp yg pasti you guys have something in common 1.Senyuman 2.Dua dua pelakonmuda berbakat.

tp diddy lg berisi dari fazreen..fazreen tu agak kurus..tp tkpe diddy sedang2 elok je.

and tak sangka fazreen tu 23 jugak mcm diddy..tp mmg expect pon die 23,sebenarnye lagi tk sangka diddy 23 sbb you look more matured than your age..

~~selamat berjaya buat kalian~~

diddy said...

Amin, Apeng =)

Diddy memang tengah excited sebab baru habis dengar 2nd draft untuk lagu Sudah!

Audi Mok memang best!

diddy said...

T'kasih Icha. InsyaAllah Diddy tak hilang fokus =) Sebab tu Diddy tunggu sehingga album pertama Diddy selesai sebelum Diddy ambil keputusan untuk berlakon dengan persetujuan pihak pengurusan. Diddy akan buat apa yang Diddy mampu.

diddy said...

Hai Karl =)

InsyaAllah Diddy tak lupa =)

Sekarang dah ada dua tiga lagu tapi baru satu lagu yang Diddy rakamkan.

diddy said...

Anonymous, ada banyak lagi keistimewaan lagu Sudah tapi Diddy belum boleh berkongsi lagi. Apa yang boleh Diddy katakan lagu Sudah ada kelainan yang ketara, InsyaAllah =) Doakan semoga lagu Sudah akan mendapat sambutan sekurang2nya seperti lagu Hilang.

diddy said...

T'kasih Faisal =) Sekejap lagi Diddy akan letakkan di blog.

maya said...

assalamualaikum...
x sabar nk dengar lagu "sudah"
bila nk buat pra-dengar utk warga CASA.

Wawa said...

wah wah x sabar sangat nk tunggu kemunculan single terbaru diddy! kelainan tu sounds really interesting..

suka lgu nur fatima duet dgn vince, ada bait2 mcm dialog juga =D

good luck diddy! keep us updated dgn date siaran telemovie itew =)