Latest Single - Lelaki Atas Awan

Wednesday, December 31, 2008

Cover

Bismillahirrahmanirrahim


Semalam sehari suntuk Diddy sibuk dengan sessi fotografi untuk cover single terbaru Diddy bersama Nur Fatima. Kali ni memang mencabar kerana untuk cover single ni Diddy perlu mengalirkan airmata. Diddy dah cadangkan supaya guna Eyemo saja tapi Abang Badrul tetap mahu Diddy menangis betul2 untuk mendapatkan mood yang paling sesuai. Ada masanya memang kelakar kerana beberapa kali juga contact lens Diddy terkeluar bersama airmata. Jangan sampai Diddy dikenali sebagai pelakon airmata cukuplah. Hehehe! Sessi fotografi kali ni memang sangat meletihkan kerana ianya melibatkan fizikal dan mental. InsyaAllah bila semuanya sudah siap nanti Diddy akan letakkan cover tersebut di blog Diddy.


Ramai yang terlibat untuk memastikan sessi fotografi ni berjalan dengan lancar. Abang Badrul bertanggungjawab sebagai pengarah kreatif serta menyolek Diddy manakala Shonny pula menjadi fotografer utama dan menentukan shot yang perlu diambil mengikut story board. Vijay pula menjadi fotografer kedua dan pengarah seni. Hafiz dan Kelvin Sim membantu menilai gambar, penataan cahaya dan sebagainya. Hazwani menyediakan pakaian dan Fahmee pula bertugas menyolek dan mendandan Nur Fatima. Sepanjang sessi fotografi dijalankan single terbaru Diddy dan Nur dimainkan untuk memberikan mood bukan saja untuk Diddy dan Nur tapi juga untuk semua yang terlibat. Memang seronok bekerja dengan semua dan terima kasih pada semua yang bekerja keras untuk memastikan semuanya berjaya. Terima kasih!


Hari ni merupakan hari terakhir Diddy menulis di blog untuk tahun 2008. Memang banyak kenangan sepanjang tahun 2008 yang Diddy tempuhi. Kesemuanya membentuk diri Diddy untuk menjadi insan dan anak seni yang lebih baik. Tidak keterlaluan untuk Diddy katakan bahawa tahun 2008 banyak memberikan perubahan dalam hidup Diddy. Keperitan dan kepayahan yang Diddy lalui sepanjang 2007 membuat Diddy berusaha lebih keras. Syukur kepada Allah S.W.T. yang memberikan segala nikmat dan rezeki-Nya untuk Diddy. Semoga tahun 2009 menjanjikan kehidupan yang lebih baik untuk Diddy dan semua, InsyaAllah. Malam ni Diddy akan ke Johor Bahru dan Diddy mungkin bercuti di kampung buat seketika sehingga hari Ahad 4 Januari 2009. Sehingga ketemu lagi di tahun hadapan, selamat menyambut tahun 2009.

Salam Sayang
Diddy

21 comments:

Anonymous said...

salam...
cantik cover single diddy.....:)
x per...
kalau kuar airmata sendiri,feeling tu lebih sikit kot....tu yg abg bad suh kuar airmata tu..
lepas ini leh ganti neng fatimah..hehehhehe..
Selamat Tahun Baru pd Diddy & Abg Bab..
Moga lebih berjaya & sukses pd tahun 2009...
Selamat bercuti...drive carefully...

Salam...
k.maya, abg Sham & Hirdy Junior....

apeng :) said...

salaam..

esheyh.puteh. :)
waa.diddy berusaha nangis?
nak tgk! heehee. :D

uuu.nanti dah susah nak jenguk blog diddy.

apa2 pun..
gud luck diddy, :)

Zwairy said...

salam..

wah..siap kena emo g nih~
mesti gempak punya cover..

EpiNewYear2009 Diddy~

@dDy@ said...

hepi new year untuk diddy....
semuga taun depan memberi sinar baru dan kejayaan untuk diddy..

muuaaahhh

Anonymous said...

salam tahun baru..
moga lebih success pd thn 2009 nanti!

jumpa lg thn depan! ;)

so proud of you,
arin

Faisal said...

bukan senang lelaki nak kluarkan air mata Diddy..ok la tu..mana tahu rezki Diddy paDa lakonan walapun Diddy ckp yg Diddy lebih tumpukan pd nyanyian...

ha ah ekk..terlupe la Diddy ni org JB.Faisal pon org Johor gak..keje kat JB (Menara Ansar) sebelom sambung blaja..if u dont mind,your hometown kat area mana ekk???..hehe

p/s: ohh Apeng budak asrama penuh as in SBP ke?Faisal pon budak SBP gak..SBP mana eh?

Enche's said...

Semoga Diddy terus menempa kejayaan dalam tahun 2009 ini.Best of Luck

Anonymous said...

Salam Tahun Baru Diddy , Bad & keluarga

Tahniah sebab Diddy tercalun dalam senarai APBH kategori Artis Lelaki Popular.Caya lah!Good start to the new year.

Bila nak buat pratonton cover yang kena nangis tu? :)

Selamat bercuti di kampung

Kak Inc

Lily.Lulu said...

Happy New Year Diddy !!!
;)

Wawa said...

Wah. very interesting! Siap kena keluarkan airmata untuk cover single. Hope tak sangat2 susah untuk Diddy... berbekalkan pengalaman berlakon yg dah ada ;)

Tak sabau nak tengok final result cover tu nanti =D Dan paling penting, wawa x sabau nak dengar lagu tu.. =D =D

Gud luck utk 2009. Semoga Diddy lebih sukses dan dilimpah ruahkan dengan lebih banyak peluang dan kejayaan!

Hepi new year dan selamat bercuti =) (wah, panjang mcm buat blog sendiri plak kat sini, ekekeke)

diddy said...

Selamat Tahun baru untuk Kak Maya, Abang Syam dan Hirdy Jr. Gambar tu bukan cover single Diddy. Ada gambar lain. Kak Maya kena tunggu bila dah siap nanti =)

diddy said...

Belajar rajin2 Apeng! Diddy doakan Apeng lulus cemerlang untuk SPM nanti =)

Bila dah siap nanti Diddy suruh Abang Badrul pos kan pada Apeng =)

diddy said...

Selamat Tahun Baru Zwairy!

Cover nanti memang terlebih emo! Hehehe.

diddy said...

Selamat Tahun Baru untuk Addya juga dan semoga semua yang Addya harapkan tahun ni akan menjadi kenyataan. Amin.

diddy said...

Selamat Tahun Baru Arin.

Dah lama Diddy tak jumpa dengan Arin. Mesti dah lupa Diddy. Hehehe!

Salam untuk Angah dan semua =)

diddy said...

Selamat Tahun Baru Faisal.

Kampung Diddy di Pasir Gudang. Baru saja balik dari kampung =)

diddy said...

Selamat Tahun Baru untuk Enche. Semoga yang diimpikan menjadi kenyataan =)

diddy said...

Selamat Tahun Baru untuk Kak Inc sekeluarga.

Terima kasih. Tapi Diddy dengar2 bukan setakat pencalonan Penyanyi Lelaki Popular tapi ada juga pencalonan untuk Pelakon Filem Lelaki Popular. Hehehe!

Seronok dapat balik kampung jumpa Abah dan Mak. Minta restu untuk tahun baru =)

diddy said...

Selamat Tahun Baru Lily.

Selamat Tahun Baru Lulu =)

diddy said...

Selamat Tahun Baru Wawa.

Wawa dan Arin saja yang belum dengar lagu tu lagi. Hari tu Wawa yang tanya tentang pradengar =)

Diddy pun tak sabar nak tengok cover tu nanti. Harap2 dapat apa yang diinginkan.

Anonymous said...

happy new year.smoga murah rezeki..
sory da lame x bg comment.xtau nk ckp ape,tp fazu sntiase bce perkembangan diddy.aritu dpt pujian dr hip utk ruangan ok n x ok kn..congrats n gudluck:)

love,
fazu