Latest Single - Lelaki Atas Awan

Sunday, December 21, 2008

MTV

Bismillahirrahmanirrahim


Minggu lalu memang banyak acara yang Diddy ikuti. Daripada persembahan di beberapa majlis, sambungan penggambaran telemovie, pra-tonton telemovie serta rakaman muzik video. Jadual Diddy memang agak padat. Kalau nak diikutkan, memang Diddy agak keletihan tapi demi tanggungjawab dan kerjaya, Diddy lakukan sebaik mungkin. Hari Sabtu sahaja Diddy ada beberapa tugasan yang Diddy buat. Sejak awal pagi, Diddy sudah bersedia untuk rakaman MTV, tetapi bukanlah muzik video untuk Diddy. Ianya untuk seorang penyanyi baru iaitu Azizi dan Diddy muncul sebagai undangan dalam MTV beliau. Tugasannya tidaklah sukar kerana Diddy hanya perlu menjadi diri Diddy sendiri di dalam muzik video tersebut.


Kalau mahu ikutkan, Diddy belum pernah ada MTV sendiri. Mungkin belum rezeki Diddy. Diddy faham untuk menzahirkan satu MTV memerlukan banyak sumber kewangan. Memang menjadi harapan Diddy agar suatu hari nanti Diddy akan ada MTV Diddy sendiri. InsyaAllah kalau rezeki syarikat pengurusan Diddy ada dan mereka ingin membuat pelaburan untuk MTV, akan ada MTV Diddy satu hari nanti.


Penggambaran MTV Azizi dibuat di ibupejabat DiGi di Shah Alam, di bahagian rekreasi. Memang menyeronokkan. Ramai juga yang terlibat dalam penggambaran MTV Azizi termasuklah Dina dan pengacara terkenal, Baki dari 8TV. Habis sahaja sessi penggambaran untuk Diddy, kami bergegas menjemput Nur Fatima untuk ke rumah Hazwani Osman, pereka fesyen yang akan menaja pakaian untuk shooting cover album single nanti. Sebelah malamnya pula Diddy membuat persembahan di Majlis Makan Malam Tahunan Moonlight Mode Sdn bhd di sebuah hotel di Petaling Jaya.


Hari Sabtu juga Abang Badrul belikan Diddy Media Hiburan. Nak tergelak Diddy tengok muka Diddy yang sangat tembam! Sebenarnya sessi fotografi untuk cover Media Hiburan ni dibuat lebih setahun yang lalu iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun 2007. Ketika tu memang badan Diddy tengah naik dan Diddy belum berpeluang untuk ke gym. Rambut Diddy pun masih lagi panjang. Memang kelakar tapi tak boleh disangkal, itulah Diddy pada tahun lepas =) Baru Diddy teringat dua minggu lepas Kak Yatt dari Media Hiburan menghubungi Diddy untuk sedikit wawancara tentang perkembangan terbaru Diddy. Jangan lupa dapatkan Media Hiburan.

Minggu ni jadual Diddy tidak terlalu padat. Pada Hari Selasa Diddy akan hadir ke sidang akhbar Anugerah Bintang Popular 2008 di Palace of the Golden Horses. Pada hari Rabu pula Diddy ada sessi fotografi untuk cover single terbaru Diddy bersama Nur Fatima. Jangan lupa untuk dapatkan akhbar Kosmo! esok (Isnin) kerana ada sedikit wawancara Diddy untuk ruangan Stailo!

Salam Sayang
Diddy

6 comments:

maya said...

assalamaualaikum...
Insya Allah..kalau ader rezeki diddy pun boleh gak buat mtv 1 hr nanti.
a'ah..dalam media tu nampak diddy tembam sgt.ingatkan gambar terbaru, sebab dia cita pasal cita rebab x bertali..rupe2 nyer gmbr lama yer...
x per lah...walaupun tembam..diddy tetap cute...:)

salam sayang..
k.maya, a.sham & hirdy junior...

apeng :) said...

salaam.

haha.betul2.
diddy nampak tembam dlm media tuuu.
insya allah satu hari nanti kalau ada rezeki, diddy ada mtv sindri nye la.
as what kak maya said.kan? :)

good luck in everything.

Faisal said...

tringin jugak nak tgk mtv diddy..

kalau ada rezki..mmg akan ada la mtv sendiri..

oo mcm tu ek diddy naik kan badan..makan byk2 dulu,naikkan badan lepas tu pegi gym eh..hmm nak try lah..

NedDy said...

Ermm Neddy doakan diddy murah rezeki..Aminnnn....


Moga2 cpat Diddy dpt tunaikan Impian utk ada MTV sendiri..

diddy said...

Waalaikumussalam Kak Maya. Memang tembam =)

Hai Apeng, InsyaAllah semoga ada rezeki Diddy =)

Faisal, Diddy pun teringin nak tengok MTV Diddy Hehehe

Amin, Neddy =)

Wawa said...

tembam2 pun maintain emsem xper, ekekeke. insyaAllah, kita semua sama2 la doa Diddy diberi peluang utk rakamkan MTV Diddy sendiri, esp utk album terbaru ni =)