Latest Single - Lelaki Atas Awan



Tuesday, December 23, 2008

ABPBH'08

Bismillahirrahmanirrahim


Siang tadi Diddy menghadirkan diri ke Majlis Sidang Akhbar Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH'08) di Palace of the Golden Horses. Diddy dapat jemputan ni minggu lepas dari Berita Harian dan Hazwani Osman atau Wani yang merupakan pereka fesyen. Wani yang mereka pakaian Diddy untuk ABPBH'07 pada bulan Mac lalu. Pada majlis siang tadi juga ada penganugerahan untuk pereka fesyen paling popular. Kalau ikut kata Wani, semua artis yang hadir perlu memakai pakaian yang dipakai ketika majlis anugerah berlangsung Mac lalu, tapi bila Diddy sampai ke majlis sidang akhbar tadi, hanya Diddy seorang saja artis yang pakai pakaian tersebut.

Kalau nak diikutkan, memang rasa malu. Bayangkan orang lain hanya memakai kemeja dan ada juga yang memakai T-shirt tapi Diddy pula memakai Tuxedo! Tetapi nak buat macam mana, terpaksa lalui juga. Sebab tu Diddy tak ambil banyak gambar ketika majlis siang tadi. Nasib baik juga di sidang akhbar tersebut lebih banyak masa dihabiskan dengan duduk di kerusi daripada berdiri =)

Bercakap mengenai ABPBH'08 ni Diddy pun tak tahu kalau Diddy tercalon untuk mana2 kategori dalam pencalonan awal. Kalau ada rezeki, adalah. Lagipun ABPBH adalah anugerah untuk artis2 popular dan Diddy tahu lebih ramai artis lain lagi yang lebih popular dan ada ramai peminat daripada Diddy. Sama juga seperti ABPBH'07 bulan Mac lalu. Tercalon dalam kelompok lima finalis adalah satu kejutan besar buat Diddy. Mungkin orang akan kata bila sudah kalah, begitulah jawapan yang sering artis berikan. Terpulanglah, tetapi untuk Diddy ianya satu kejayaan. Terima kasih pada yang memilih Diddy untuk bersama lima finalis dalam anugerah sebelum ni. Pencalonan awal ABPBH'08 akan diumumkan di dalam akhbar Berita Harian bermula Isnin, 29 Disember ni.

Salam Sayang
Diddy

21 comments:

9754 said...

waaa.ala.tak nampak sgt baju diddy.
hehe. :)

kalau diddy tercalon lagi..
habis la hilang berita harian dlm kelas apeng everyday nanti.

kekeke. ;)

ape2 pon,sukses slalu buat diddy!

D i d d y H i r d y said...

Apeng selalu tidur lambat ya! Harap2 dapat jumpa Apeng hujung minggu nanti.

Kalau ada rezeki, adalah tapi Diddy tak berharap sangat sebab lebih ramai yang lagi popular pada Diddy =)

Sekarang ni memang tak nampak sangat baju tu tapi kalau keluar di akhbar mesti orang cakap Diddy tak ada baju lain ke nak pakai. Hehehe

9754 said...

ooops.haha.ye la.cuti.tido la lambat.

takpela.diddy pun getting popular kann.. ;)

ayah,ummi, farish said...

assalamulaikum...

tak per..yg penting..kat mana2 diddy gi..tetap maintain nga imej yg macho tu...

Insya Allah, kalau ader rezei diddy..
diddy akan tercalon utk ABPBH 08.
dah tercalon tu pun dah di anggap berjaya di hati semua peminat walaupun x berjaya utk naik ke pentas ambik trofi...
Insya Allah, kalau ader kesabaran, satu hr nanti akak pasti diddy pun akan naik ke pentas utk ambil trofi yg di idam2kn tu...

Semoga suksen & lebih berjaya tahun 2009

Anonymous said...

dont under estimate ur self ok.
your dearest fans always stand strong behind u.
just keep on improving ur self n deliver ur best.sure u will gain more fans from day to day.

berusaha keras, jujur pada diri dan berdoa...yang lain serahkan pada takdir.

jumpa lagi.

Najwa said...

Hehe.. Diddy just ikut apa yg direquest oleh fasionn designer kan.. ;)

xper Diddy.. masa Diddy akan tiba. InsyaAllah. yang penting Diddy maintain sikap kerja keras + humble yang Diddy ada sekarang. Bila kita senang, jangan pernah lupa untuk padang ke belakang dan ingat keadaan kita semasa susah =) And it's always nicer to be nice to everyone, x luak pun kan =)

Wawa caya Diddy akan berjaya dan terus berjaya! (wah, cam kem motivasi lak rasanya, ekekeke)

Amir Rayyan said...

salam ,....ai abg diddy..wan mmg mnt sgt ngan abg...lagu abg,sume best..x sbr nk tgk lakonan abg yg terbaru lak..hhehehe...hope sgt dpt jmpa abg..camne ngan process album baru???all the best tau..yg pasti wan n yg lain akan terus sokong abg...best of luck abg diddy...

Zuwairi said...

salam..
Diddy..xpe..
pakai jerk..
nak malu pe..

baju dh lawa glerkan..
mestila kena xpose~ hehehe~

rasanya dengan bakat yg Diddy ada mesti tercalon punya ABPBH..
apa2 pun..Gud Luck~

bonaFIDE said...

erm...
xpe ar diddy..
u still l0ok s0 smart..

s0,sye h0pe diddy akn t'cl0n k..
c0z u r very talented..

bez 0f luck!!

Anonymous said...

it is ok diddy

Kalo Diddy underdress org mengata juga..kalo overdress org ckp yo yo ooo..hehe..

Tp ok pe kalau Yo yo oo..yg penting stay macho n steady..

Berdoala selalu and percaya pada rezki okayy

Anonymous said...

Itu nama nya menghormati majlis & permintaan designer.Tak payah malu lah...Diddy nampak smart & macho:)

Kalau dapat pencalonan - alhamdulillah.Kita orang boleh main isi borang & tulis slogan lagi. Kalau tak pun its okay , anggaplah bukan rezeki. Peminat Diddy tetap sokong diddy & tunggu album baru.


Kak Inc

Miss Neddy said...

takpe diddy, baju tu cantik...wat biasa jerk..ehe..semoga diddy tercalon n berjaya...klu tak berjya pun, tak semestinya diddy tak ramai peminat, cuma mybe diorg terlalu bz hingga tak sempat nk vote...kami sentiasa menyokong diddy..

caiyo'caiyo diddy...

D i d d y H i r d y said...

Waalaikumussalam Kak Maya =)

T'kasih sudi datang semalam. Seronok dapat jumpa Hirdy Jr yang dah semakin membesar =) Comel!

Semoga doa Kak Maya termakbul. Amin.

D i d d y H i r d y said...

Hai Kak Sue.

Dah lama tak jumpa Kak Sue. Kali terakhir di majlis yang dianjurkan oleh Riz FC bulan puasa dulu =)

T'kasih atas kata2 peransang dan nasihat Kak Sue. InsyaAllah Diddy akan sentiasa berusaha.

D i d d y H i r d y said...

Diddy suka kem motivasi Wawa =) Nanti kalau jadi konsultan jangan lupa jemput Diddy ya =)

InsyaAllah Diddy akan sentiasa berpijak di bumi nyata. Kalau tak Diddy dah kena pancung dengan pengurus Diddy =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Sean @ Wan! Sekarang ni album Diddy nombor dua dalam proses kumpul lagu. Baru rakam satu saja setakat ni.

Belajar rajin2 untuk agama, nusa dan bangsa =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Zwairi =)

InsyaAllah kalau ada rezeki. Tapi Diddy tak letakkan sebarang harapan. Kalau ada rezeki adalah =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Anom. T'kasih. Sokongan Anom sangat2 Diddy hargai =)

D i d d y H i r d y said...

T'kasih Faisal =)

Memang susah nak puaskan hati semua orang =)

D i d d y H i r d y said...

Kak Inc, t'kasih banyak2 atas segala kebaikan Kak Inc sekeluarga. Diddy dan Abang Badrul memang tak dapat balas segala budi baik Kak Inc =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Neddy. Memang hari tu Diddy buat biasa je walaupun dalam hati Tuhan saja yang tau. Hehehe! InsyAllah kalau ada rezeki tapi macam Diddy cakap Diddy taklah megharap sangat =)