Latest Single - Lelaki Atas Awan



Friday, February 20, 2009

Xfm

Bismillahirrahmanirrahim


Semalam jadual Diddy agak penuh. Pada sebelah petang lebih kurang pukul dua petang Diddy ada sessi fotografi bersama Majalah Mangga. Empat orang artis terlibat dengan sessi fotografi ni iaitu Riz, Nubhan, Ebi dan Diddy sendiri yang dibuat di Hotel Quality Kuala Lumpur. Pada sebelah malamnya pula Diddy menghadiri majlis tahlil untuk Allahyarham Sudirman Hj. Arshad serta majlis sembahyang hajat untuk umat Islam di Gaza yang berlangsung di Restoran Puteri, Damansara. Diddy akan ceritakan mengenai kedua2 acara ni kemudian nanti.

Apa yang Diddy ingin ceritakan di sini ialah pada sebelah paginya Abang Badrul ke radio Xfm untuk memperdengarkan lagu duet Diddy dan Nur iaitu Sudah. Alhamdulillah pihak radio Xfm menyukai lagu ni. Untuk pengetahuan semua, lagu Sudah akan diputarkan di radio Xfm buat pertama kalinya pada hari Isnin pukul 8.45 malam dalam ruangan Premier di X. Lebih mengujakan Diddy pada hari Selasa pula lagu Sudah akan dimainkan pada setiap penghujung jam bermula dari pukul 10 pagi hinggalah tiga petang dalam ruangan Xplosive di X. Bayangkan lagu Sudah akan kedengaran sebanyak lima kali dari pukul 10 pagi hingga tiga petang di setiap penghujung jam!

Diddy letakkan di sini frekuensi Xfm di seluruh negara untuk memudahkan sesiapa saja yang ingin mendengar lagu Sudah.
Lembah Kelang - 103.0fm
Johor Bahru/Singapura - 103.3fm
Pulau Pinang/Kedah/Perlis - 106.5fm
Taiping - 104.9fm
Ipoh - 98.5fm
Seremban - 97.9fm
Melaka - 107.3
Kuantan - 100.0fm
Kuala Terengganu - 104.0fm
Kota Bahru - 99.8fm
Kota Kinabalu - 98.6fm
Kuching - 103.7fm
Jika anda berada di Brunei anda boleh mendengar melalui Astro saluran 858.

Diddy sangat berharap lagu Sudah akan mendapat sokongan semua. Jangan lupa untuk mendengar lagu Sudah di Xfm hari Isnin dan Selasa ni. Dan Diddy berharap lagu Sudah akan terus dimainkan di Xfm. Setakat ni lagu Sudah paling kerap dimainkan di radio Suria FM.

Salam Sayang
Diddy

20 comments:

Anis Hayati said...

Salam...
Tahniah Diddy!
Lagu Sudah dpt masuk Xfm pula
bagus.. alhamdulillah
semoga bertambah rezeki Diddy slps ini.

Qarl said...

xpnh dgr Xfm..

btw.. take care diddy!

Zuwairi said...

Salam..

xfm?? radio baru ke Diddy?
ngee:)

ajym said...

SEDAPNYA SUARA DIDDY...

SO KORANG YG BACA BLOG NI BOLEH LAH REQUEST LAGU KAT RADIO ERA....

TYPE
ERAPDE Sudah (diddy), lagu kedua from xxx dan hantar ke 32555

utk hotfm;

HM Sudah (diddy), lagu kedua, lagu ketiga from xxx hantar ke 33399

espree said...

You're cute.hmmmm
Are your songs as nice as your looks?
What song of yours do u think its best i listen to?
Gimme a title k..
ciao!

Anonymous said...

wah. selalu dngar Xfm.. sedap sangat lagu2 kat situ.. bila kluar lagu diddy.. lagi la suka.. vokel diddy sedap sangat..
hee..

Anonymous said...

hi abg diddy.saye afiqah umo 12.ni kawan saye miiiiiiiiiiiiiiiiinat sgt kat abg.kalo ade lagu abg diddy dlm handphone kwn fiqah mesti nk pinjam tepon sbb nk lagu abg.bile die dgr die asyik puji lagu abg best giiiiler la.di sini sbagai best fren dier,saye nk bg dier no tepon abg.kalo abg x keberatan nk bg.kalo x bg pun xpe.saye x pakse :).(tapi hrp2 abg bgla utk peminat abg kawan saye tu).bye.

Anonymous said...

Fuhhhhh...banyak entry blog yg lee dh missed.Busy lately.Jenuh jugak membacanya, but i'm very glad yg diddy seorang artis yg begitu komited utk rapatkan diri dgn fans melalui blog dan rezeki pun x putus2.Bagus tu.Keep it up!!

Lee Izwan

Anonymous said...

congrats diddy..new single song...best..best...dh dgr lagu ni...

Anonymous said...

Congrats diddy.... walaupun sy bukan pengikut setia diddy... tapi diddy tak lupe seru org2 brunei dgr radio gak... details pulak tu..hehe



Jimmie
Brunei.

D i d d y H i r d y said...

Hai Anis =)

InsyaAllah. Sampaikan salam Diddy pada Mama Anis ya.

T'kasih =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Karl =)

Diddy selalu dengar Xfm =) Semua lagu2 artis Malaysia =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Zwairy =)

Xfm dulu dikenali sebagai Xfresh FM =)

D i d d y H i r d y said...

T'kasih Abg Ajym kerana tolong promosi lagu Diddy =)

Diddy dah beritahu Abang Badrul tentang permintaan Abg Ajym. Nanti dia akan hubungi Abg Ajym =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Espree =)

Diddy tak tahu macam mana nak jawab soalan tu hehehe =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Syazwan =)

T'kasih =)

Jangan lupa dengar Xfm hari Isnin pukul 8.45 malam dan hari Selasa dari pukul 10 pagi hingga 3 petang =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Afiqah =)

Minta maaf pada kawan Afiqah. Nombor telefon Diddy untuk kegunaan keluarga saja. Kirim salam pada kawan Afiqah ya =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Lee =)

Baguslah sibuk dengan kerja. Sekarang ni ramai orang yang sudah tak ada kerja. Lagi bagus sibuk daripada tak sibuk =)

D i d d y H i r d y said...

T'kasih Muzlia =) Nanti nyanyi dengan Diddy lagi ya =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Jimmie =)

Ramai juga orang Brunei yang datang jenguk blog Diddy. Mungkin kalau ada yang belum berpeluang dengar single duet terbaru Diddy sekurang2nya Diddy dapat beritahu mereka di mana nak dengar =)