Latest Single - Lelaki Atas Awan



Monday, February 23, 2009

Tahlil

Bismillahirrahmanirrahim


Hari Jumaat 20 Februari lalu genaplah blog Diddy berumur satu tahun. Diddy tak dapat bayangkan bagaimana semuanya bermula. Di peringkat awal Diddy akui memang agak berat untuk Diddy mula menulis ditambahkan lagi dengan peraturan2 yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Antaranya ialah Diddy mesti menulis dalam bahasa yang boleh difahami oleh semua peringkat dan menulis sekurang2nya sekali seminggu. Tulisan pertama Diddy di blog juga mengambil masa beberapa jam untuk disiapkan. Semuanya adalah pengalaman yang sangat berharga. Tetapi sekarang ni Diddy sudah rasa selesa dengan cara penulisan Diddy dan Diddy rasa banyak ketikanya Diddy menulis lebih daripada sekali seminggu =) Tujuan utama Diddy menulis di blog adalah untuk mendekatkan diri dengan peminat di samping berkongsi cerita terutamanya mengenai aktiviti2 seni Diddy. Setakat ni Diddy rasa sedikit sebanyak Diddy dapat capai tujuan tersebut.




Hari Jumaat lalu juga Diddy menghadirkan diri ke majlis tahlil untuk Allahyarham Sudirman Hj. Arshad yang diadakan oleh pihak Media Hiburan di Restoran Puteri, Damansara. Selain majlis tahlil, diadakan juga majlis solat hajat untuk memohon daripada Yang Esa supaya melindungi umat Islam di Gaza dan di seluruh dunia. Sembahyang Magrib, Isyak dan solat hajat diimamkan oleh Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani. Alhamdulillah ramai juga artis2 baru yang hadir.


Hari Ahad pula Diddy dapat jemputan ke majlis tahlil di rumah Kak Tre di Kelang. Perjalanan ke Kelang agak selesa kerana tidak banyak kenderaan di jalanraya tetapi perjalanan pulang Diddy tersangkut di dalam jam yang agak teruk mungkin disebabkan hujan yang lebat. Diddy ingin minta maaf pada Kak Tre, Aqua dan keluarga kerana Diddy tak dapat duduk lama2 kerana pada masa yang sama Diddy ada hal keluarga yang perlu diuruskan. Nasib baik sempat juga Diddy bertemu dengan Kak Maya, Abang Sham dan Hirdy Jr. di rumah Kak Tre. Pada Kak Tre sekeluarga, terima kasih kerana sudi menjemput Diddy. Lain kali Diddy datang dan tengok album kahwin Kak Tre ya =)



Sekali lagi Diddy nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi singgah di blog Diddy. Ada yang meninggalkan pesanan, nasihat dan kata2 peransang di ruangan komen dan ada yang sekadar membaca untuk mengambil tahu perkembangan seni Diddy. Terima kasih dari hati. Jangan lupa untuk mendengar X(fresh)fm hari Isnin dan Selasa =)

Salam Sayang
Diddy

8 comments:

Qarl said...

Alhamdulillah

inilah yg dikatakan,

dunia & akhirat perlu seimbang!

sama2 mengejar keredhaanNYA

Anonymous said...

Bagus nye para artis ni...

Bukan ape..biar kite sama2 mengingati mati..takot kite terlalai..

Haihh byk jugak entry yg Faisal missed..letyh juga nak catch up..

Papepon its good to see someone like u attending 'kenduri'.It shows that ones can't simply stereotype ppl on their first impression..its totally unfair..yet i like ur style..

p/s:mcm nak pergi nikah ehh..hihi

bye..

~~Faisal Londoner~~

Anonymous said...

eeee..best giler ahh..biler faisal visit blog diddy nih..kat live traffic feed ade tulis record 'London Arrived on Diddy'...HAHA menarikk diddy letak bende ni..

~Faisal Londoner~~

Zuwairi said...

Salam..

teruskan menulis blog diddy~
chaiyok2~

kiranya hrni bufday blog diddy la..ngeee:)

ajym said...

Diddy adalah antara artis malaysia yg perlu dicontohi.....syabas diddy....

Anonymous said...

hi diddy

aqua ni...tks ya dtg smlm umah
akak aqua,tre.x sangka diddy dtg
& sory sbb lmbt amik diddy ngan abg
bard kat stesen petronas tu..missunderstood ngan explanation abg bard..haha..kalu tak mst uols lgk lama duduk saner kan...

sory gak x dpt layan diddy ngan abg bard sgt..tp uols mmg best,
pandai bwk diri..:)

ok lah,
lgk skali tks diddy / abg bard
sudi luang kan mase utk dtg majlis tahlil wlpun tau diddy bz..
len kali jumpe lgk yer :)

Anis Hayati said...

Salam...
Tahniah sempena 1 tahun blog Diddy ni =)

Anis dah sampaikan salam Diddy pada mama Anis.
Sampaikan juga salam Anis sekeluarga kpd abg Bad.
Semoga Diddy & abg Bad sentiasa sihat.

Insyaallah.. Anis akan sentiasa menyokong karier Diddy

kayunkhairuddin said...

abg diddy cari mata abg dkt blog kayun.
heee
=D