Latest Single - Lelaki Atas Awan



Thursday, February 5, 2009

Pengumuman

Bismillahirrahmanirrahim



Diddy dapat jemputan untuk menyertai majlis Beriadah Sambil Beramal Untuk Tabung Gaza yang dianjurkan oleh Da Vom atau Kelab Peminat Mila. Terima kasih kepada Kak Aidid dan Da Vom yang menjemput Diddy. Majlis ni akan berlangsung di Sungai Pangsun, Ulu Langat pada hari Ahad ni 8 Februari dari pukul 10 pagi hingga 4 petang. Majlis ni dianjurkan dengan bertujuan untuk merapatkan kemesraan antara semua di samping menyumbang kepada Tabung Gaza.

Majlis ni lebih bersifat santai dan mesra. Untuk menyertai majlis ni kita hanya dikenakan bayaran sebanyak RM10 untuk tujuan menyewa pondok dan juga untuk mengadakan majlis barbeku. Tapi kita juga sangat digalakkan membawa makanan lain untuk kita berkongsi bersama. Diddy dapat tahu Mila juga akan ada dimajlis ni. InsyaAllah Diddy dan Nurfatima akan hadirkan diri untuk majlis ni. Sekarang ni Diddy tengah fikir nak masak apa atau sebenarnya nak suruh mak masak apa =) Kalau inginkan maklumat yang lebih terang dan padat, boleh hubungi Issey di 017-388 6012 atau Intan di 012-869 9003. Jomlah kita ramai2 berkelah sambil beramal. Bawa keluarga dan kawan2 semua.

Salam Sayang
Diddy

24 comments:

AZ at Work said...

thks diddy sudi luangkan masa dengan kami.

walaupun aktiviti ini konsep dia simpel dan santai tapi dengan kehadiran fans2 dari fc2 yang lain juga yang sudah tentu sgt happening sure ia akan menjadi acara yg meriah dan yang paling penting kita dapat turut beramal dgn menderma seikhlasnya.Amin

So, sesiapa yg berminat sila kontek no yg tertera ok.

thks diddy lg skali

kayunkhairuddin said...

nak pegi...
tapi tak tawu lgi blh pegi ke tak..
huuhuhu...

D i d d y H i r d y said...

T'kasih Kak Aidid kerana jemput Diddy untuk ikut serta =)

D i d d y H i r d y said...

Jomlah Kayun =)

Ajak Mama dan Nisa sekali =)

Ieja said...

bestnyer pangsun.. kt kg. Ieja tu..hehehe

Anonymous said...

Sorry tak dapat join.. bertembung dgn majlis lain pulak.

selamat bergumbira!

arin

eleza737 said...

diddy,

masak laaa tomyam, kailan ikan masin, telur bungkus, sup ekor, bawal steam, ciken cop, fries, burger ramlee n ayam goreng kunyit.. ekekkee gurau2..

thanx for promoting diddy..
and thanx sebab sudi luangkan mase ahad ni =)

D i d d y H i r d y said...

Ieja jom balik kampung =) Lepas tu kita pergi berpiknik =)

D i d d y H i r d y said...

Tak apa Arin, Abang Badrul kata Arin ada majlis cukur jambul anak saudara =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Eleza =)

Diddy rasa Diddy beli air botol cukuplah =)

Telur bungkus tu macam telur goreng lepas tu bungkus dalam kertas? Hehehe!

eleza737 said...

hahahaa.. bungkus dalam kotak lawa sket =D

9754 said...

salaam.

waduhhh.
nak pegi.
tapi kat skolah kann.
mane leh pegi.hahaha


salam dari orang nun jauh di kuala kubu bharu.
haha.jauh nye. ;)

Anonymous said...

Hi Diddy
Bestnya picnic kat Sg tapi takleh join sbb ada hal.So sorry. Lagipun tengah letih sbb baru balik dan berguni guni baju nak kena basuh. :(
Gempak lah aktiviti Diddy seminggu dua ni. Cayalah..
Take care
Kak Inc

Adinda Atie said...

nak pergi nak pergi
dh dkt sgt dh...
tapiiiiiiiiiiiiiiiii tapiiiiiiiii
jauh gak
wkakakakakka!!

espree said...

for gaza? cool,looks like we have sumthin in common.

Anonymous said...

Wah..mesti korang tgh berkelah sakan hr ni kan.Hmmm...banyak cara rupanya utk menarik minat org bantu rakyat di Gaza.Kan bagus kalau program mcm ni pun diwujudkan utk bantu org2 susah kat malaysia.

Lee Izwan

Shaofie said...

diddy.
gamba smlm kat pangsun tu da update.
mai bace blog.
amek la gmba yang ade tu.
http://shaofie.blogspot.com/

p/s : link kan skali.

HOYEAHHHH..HOYEAHHHHH..

D i d d y H i r d y said...

Hai Apeng =)

Tak apa. Pelajaran lagi penting. Kirim salam pada semua kawan2 yang ada jauh di Kuala Kubu Bharu =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Kak Inc =)

Diddy faham =) Baru balik dari jauh mesti nak pastikan semuanya okay. Harap Kak Inc dan keluarga semua sihat2 sentiasa.

Selamat pulang ke Malaysia =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Atie =)

Tak jauhlah. Tapi memang best =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Espree =)

Beriadah sambil kutip derma untuk tabung Gaza anjuran Da Vom dan FC lainnya =)

D i d d y H i r d y said...

Betul tu Lee =)

Memang banyak cara untuk membantu. Bergantung pada individu macam mana nak menghulurkan derma. Kadang2 bukan dengan wang ringgit saja. Mungkin hanya perlu tenaga dan masa.

D i d d y H i r d y said...

Hai Shaofie =)

Diddy dah link kan =)

Gang Hoyea2 kena denda goyang inul =)

Shaofie said...

hoyeahhh2..
diddy r.

hoyeah2.
hoyeah2.