Latest Single - Lelaki Atas Awan



Monday, February 2, 2009

Kasih

Bismillahirrahmanirrahim


Begitu cepat masa berlalu. Sekarang kita dah berada di bulan Februari tahun 2009. Diddy bersyukur kerana kita masih lagi dikurniakan dengan negara yang aman dan damai. Kita masih lagi mampu bekerja mencari rezeki dan hidup dalam suasana yang selesa. Berbeza dengan saudara seagama kita yang berada di Gaza. Diddy berharap kita semua akan terus menderma dan menyumbang semampu boleh agar mereka semua dapat membina kehidupan mereka kembali InsyaAllah. Hari Sabtu lalu Diddy terlibat dengan ABPBH Untuk Gaza yang berlangsung di Amcorp Mall, Petaling Jaya. Bila Diddy berkesempatan nanti Diddy akan ceritakan lebih lanjut. Sebentar tadi pula Diddy baru habis membuat persembahan untuk satu majlis makan malam dan sebelum Diddy merehatkan diri Diddy ingin menulis serba sedikit tentang majlis makan malam yang berlangsung minggu sebelumnya.


Hujung minggu sebelumnya Diddy membuat persembahan untuk Majlis Makan Malam Sentuhan Kasih S.M.K Sungai Pusu yang diadakan di hotel Flamingo. Majlis makan malam ni dihadiri oleh YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia. Pukul 3 petang Diddy hadir untuk sound check dan juga majlis raptai. Selepas habis majlis raptai Diddy dan Abang Badrul bergegas ke rumah kawan Abang Badrul di Gombak untuk majlis tahlil Arwah Abang Zawadi. Majlis tahlil berlangsung sebaik sahaja selesai sembahyang Asar. Antara perkara yang Diddy kagum dengan Abang Badrul ialah walaupun dia mempunyai ramai rakan2 yang berpangkat besar, berjaya dalam perniagaan dan ada yang berpangkat Datuk, dia tak ambil jalan mudah untuk mendapatkan persembahan untuk Diddy. Ada juga ketika berbual beberapa orang rakan Abang Badrul minta dia menghubungi mereka untuk mendapatkan show tetapi sebaliknya Abang Badrul memberikan album Diddy kepada mereka. Dia mahu mereka mendengar album Diddy terlebih dulu dan jika mereka berminat untuk memanggil Diddy untuk persembahan, merekalah yang menghubungi Abang Badrul.


Memandangkan persembahan Diddy hanya akan bermula pukul 10 malam dan hotel Flamingo tidak jauh dari rumah Diddy, kami ke sana hanya selepas solat Isyak. Malam tersebut Diddy mempersembahkan empat buah lagu. Dua lagu daripada album Diddy iaitu lagu "Sana" dan "Hilang" dan dua buah lagu lagi adalah atas permintaan pihak penganjur iaitu lagu "Mimpi Yang Tak Sudah" nyanyian Ibnor Riza dan lagu "Biar Bulan Bicara" oleh Broery. Satu pengalaman yang hebat. Habis sahaja membuat persembahan Diddy berehat seketika sebelum pulang kerana keesokan paginya Diddy terlibat untu program bual bicara Nasi Lemak Kopi O di TV9 seawal 9 pagi. InsyaAllah esok Diddy akan tuliskan di blog. Selamat bercuti untuk warga Wilayah Persekutuan sempena hari Wilayah dan selamat bekerja untuk lainnya =)

Salam Sayang
Diddy

11 comments:

Anonymous said...

Bagusnyee abg Badrul nihh..ms berckp dgn die on the phone pun Faisal dpt rase die ni bukan calang2 org..beruntung Diddy berada di bawah jagaan abg Badrul..

Anyway i am utterly proud today sbb i'm the first to give comment..after a looong wait..

Selamat berehat warga federal!!

p/s:Cikgu sekolah tu tak 'denda' diddy rambut panjang kerr???:p

Anis Hayati said...

Salam..
wah, tahniah Faisal dpt jd org yg 1st bg komen..hehe

Bgs la abg bad ni..bangga dgn dia..
alhamdulillah, beruntung Diddy sbb abg bad jd pngurus diddy..

Apa pun, mlm Sentuhan Kasih tu Diddy mmg smart sgt..hehe =)

Anonymous said...

Hello diddy,komen skali gus la utk 3 entry..hehe.First,terima kasih dan tahniah diucapkan sbb sudi bantu umat Islam yg sengsara dekat Palestine tu.

Second....bila nak turun seremban buat show?

Alamak...ko perform mimpi x sudah ke hari tuh...isk isk...mesti ramai yg terpesona tu.Hihihi

Lee Izwan

Zuwairi said...

Salam..

Diddy..
laku cam 'nasi lemak'
cayolah.. lps ni saya lak nak panggil utk makan malam kolej kediaman.. ble??

faisal..tahniah~
jd pengomen pertama

Anonymous said...

encem ah abg diddy jumpa aritu ((:

lagu sudah best gler!


lyn

D i d d y H i r d y said...

Hai Faisal =) Tahniah sebab jadi orang pertama tinggalkan komen. Hehehe!

Memang Diddy bersyukur.

Sebenarnya masa ni Diddy dah potong rambut =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Anis =)

Minta maaf sebab Diddy tak boleh lama2 malam tu kerana esoknya pagi2 ada temubual secara langsung. Tapi Diddy gembira dapat jumpa Anis sekeluarga =)

D i d d y H i r d y said...

Sekarang ni dalam jadual Diddy belum ada lagi show di Seremban, Lee. Nantilah InsyaAllah kalau ada rezeki Diddy akan beritahu =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Zwairy =)

Kalau nak jemput Diddy untuk majlis makan malam, hubungi Abang Badrul. Nombor telefon dia di ruangan "Contact" di panel sebelah kanan =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Lyn =)

T'kasih kerana sudi datang dan sokong tabung Gaza.

T'kasih juga sebab suka lagu "Sudah" =)

Radin87 said...

Salam..

Nampaknya Abg Badrul jadi satu role model yg bagus untuk Diddy..
Diddy kira bertuah sebab ada abg badrul..
Rezeki dari Allah.. =)