Bismillahirrahmanirrahim
Ni adalah tulisan pertama Diddy di blog pada tahun baru 2009. Hari ni sudah masuk hari kelima tapi Diddy rasa belum terlambat untuk Diddy ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua. Kalau orang tanya apakah azam tahun baru Diddy, rasanya tidak ada apa2 yang istimewa kecuali bekerja dengan lebih keras lagi. Walaupun sudah dua tahun Diddy berada di bidang seni Diddy masih rasa seperti baru merangkak. Banyak lagi perkara yang Diddy perlu perbaiki, harus belajar dan ingin dicapai. Pegangan Diddy adalah bekerja keras dan selebihnya berserah kepada rezeki. Diddy juga tahu tanggungjawab Diddy semakin besar dengan kedatangan tahun baru. Dua telemovie lakonan Diddy, Rebab Tidak Bertali dan Kasih Berbunga Lalang akan ditayangkan pada tahun ni. Selain daripada tu single terbaru Diddy juga dalam proses akhir susunan muzik. Rakaman untuk lagu2 terbaru juga akan dimulakan awal tahun ni. Diddy memang teruja!
Bercakap tentang tanggungjawab, bermula tahun ni semua yang ada di blog Diddy adalah tanggungjawab Diddy sepenuhnya. Pada awal penglibatan Diddy dengan blog, Diddy berjanji dengan Abang Badrul untuk menulis sekurang2nya sekali seminggu dan Diddy dah dapat berikan lebih dari tu. Awal dulu juga proses untuk Diddy menulis di blog agak panjang. Setiap kali Diddy menulis, Abang Badrul akan meneliti terlebih dahulu sebelum Diddy letakkan di blog tapi sejak bulan Julai tahun lalu, Diddy tak perlu lagi melalui proses tersebut. Begitu juga dengan gambar2 yang diletakkan di blog ni perlu mendapat persetujuan Abang Badrul tapi bermula tahun ni Diddy sendiri bertanggungjawab dengan gambar2 yang Diddy letakkan. Diddy perlu memilih dan mengolah sendiri gambar2 yang ingin Diddy letakkan di blog. Diddy ada lebih kebebasan tetapi dengan kebebasan tersebut juga datang tanggungjawab yang lebih besar.
Diddy juga akan cuba sebaik mungkin untuk meluangkan masa menjawab apa2 komen yang diletakkan di kotak komen. Mungkin lambat atau cepatnya bergantung kepada kelapangan Diddy. Tentang menulis di blog pula Diddy tak berani untuk berjanji apa2. Apa yang Diddy boleh katakan Diddy akan menulis sekurang2nya sekali seminggu tetapi jika Diddy ada berita dan cerita Diddy akan menulis lebih dari tu. Sebenarnya kalau boleh Diddy cuba untuk tidak menulis tentang perkara2 peribadi. Terlalu terbuka pula rasanya kalau nak ceritakan hal2 selain daripada karier Diddy. Tetapi kalau Diddy rasakan perlu untuk memberikan pendapat dan pendirian Diddy, tak salah rasanya. Tengoklah situasinya nanti. Sebelum Diddy lupa, tak lama lagi Diddy akan dapat 'hadiah' sebuah jam tangan kerana ada orang ni cakap kalau Diddy bertahan lebih enam bulan menulis di blog, dia akan belikan jam tangan untuk Diddy =)
Selain tu tanggungjawab online Diddy juga merangkumi MySpace dan Facebook Diddy. Diddy perlu pastikan kedua2nya sentiasa dikemaskini setiap masa. Cuma apa yang nak Diddy beritahu ialah Diddy akan luluskan friends request di Facebook hanya untuk orang yang menggunakan profile gambar mereka sendiri bukannya gambar artis2 lain, gambar binatang, kereta dan sebagainya. Diddy tidak kisah sangat untuk meluluskan friends request di MySpace kerana tak banyak gambar2 peribadi Diddy letakkan di sana. Diddy minta maaf jika ianya menimbulkan kesulitan pada sesiapa saja.
Diddy nak ucapkan terima kasih pada semua yang sentiasa tinggalkan komen2 di blog Diddy, juga mesej dan pesanan di MySpace dan Facebook Diddy. Pesanan, nasihat dan kata2 peransang semua memberikan semangat untuk Diddy berusaha dengan lebih keras lagi. Diddy juga berharap tahun baru ni akan memberikan kejayaan dan kecemerlangan untuk semua tak kira apa jua yang kita impikan.
Salam Sayang
Diddy

22 comments:
hepi new year diddy!! may this year bring u luck n blessings...all da best yaaa =)
Happy new year to Diddy!
Actually i am more than happy to have been following Diddyaftersix ever since last month..
Yes i think you are matured and wise enough to decided what to be written in your blog..it's after all your own career..this is how you get closer to your fan like me..as a matter of fact,i think i am much closer to you now..Abg Badrul had been guiding you at the very beginning to ensure you are in the right track..Kudos to you Badrul!!
owhh..Pasir Gudang!Dulu Faisal audit kewangan byk company kat sana..Mcm Raflatac , Felda , Hospital Penawar..hehe saje je nak kongsi..Ikan bakar Kedai Rahmat pun Faisal tk lupe walaupun jauh di perantauan..
P/S:Sian kat apeng sbb dah masuk Asrama...takpe dik,pelajaran is always no 1!!
~~can cin cau~~
Salam...
Happy new year to u too!
all the best for this year ye..
=)
Anis Hayati
salam diddy..
hepi new year 2009..all the best!!!miss u..waahhh!!hehehe..teruja & sabar menanti dua2 telemovie itoooo n single terbaru diddy..
good luck!!caio!!!
salam Diddy..
epi new year~
wah azam tahun br la kiranya mengenai laman sosial n etc..
kiranya this year banyak perkara yg diddy perlu buat..
yg ptg nak tggu lagu br dr diddy~
gagagagaga~
apa2 pun i wish u gud luck every time k~
chaiyok2~
salam Diddy,
Hepi New Year 2009..
May this new year will adorn your life with many beautiful things and sweet memories to cherish forever and care of those whom the heart holds close, along with abundant joy and happiness for you and your family..WISHING YOU LIFE'S BEST!!
Gud luck..
nothing to display
bro..
happy new year too...
karl rs dlm byk2 artis, diddy la yg paling less controvesy...
dats good
keep it up!
soal blogging plak, pling2 mst a week skali.. jgn smpai bsawang
& karl bangga & terharu coz diddy sudi my link kt side bar tuh... thanx ya bro
semoga 2009 memberi lebih byk kejayaan buat karier diddy
salam Diddy,
1st happy new year 2009
and all the best for this new
year yah! wah bestnya kalo dpt tgk telemovie KBL tuh. tgk sinopsis yg diddy story tu mcm menarik jerk. apepun smga thn ni diddy lebih maju lg, amin2...
salam dr Germany
all the best to diddy utk tahun 2009, 2010, 2011, dan seterusnya lah... hehehe...
adehhh..
sye sda kne blek ostel ar..
xdpt g nk f0ll0w bl0g diddy everydae..huk3..
watever hppen,i still supp0rt u k..
All the best untuk Soffina juga =)
Semoga tahun baru lebih cemerlang!
T'kasih Faisal! Tapi sejak Diddy kena buat kesemuanya sendiri, memang pening kepala =) Harapnya bila dah lama dan sudah biasa nanti lebih mudah Diddy nak menulis dan meletak gambar di blog.
Semoga Anis berjaya dengan cemerlang bila dapat keputusan SPM. Bila dah berjaya jadi orang besar dan ada nama, jangan lupa Diddy ya =)
Hai Nebe =)
Nanti Diddy bagitahu bila telemovie tu akan keluar. Tentang single pula nanti Abang Badrul akan bantu Diddy buat sesuatu yang istimewa. Tunggu ya =)
Zwairy, blog dan internet bukan bermakna azam baru, hehehe! Tu cuma tanggungjawab yang bertambah =)
Tunggu ya single baru Diddy =)
Dah lama tak jumpa Kak Intan! Harap Kak Intan sentiasa sihat dan gembira. Kalau ada masa, Diddy jenguk juga blog Kak Intan =)
Selamat tahun baru 2009, Just Me =)
Semoga Karl juga berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi untuk tahun 2009 =)
Hai Amy. Mentang2lah dia orang Kelantan. Hehehe! Mesti Amy ketawa terkekeh2 tengok Diddy kecek Kelate nanti =)
Bila nak jemput Diddy datang Germany?
Hehehe! Bagus juga cara Angel_Baik tu! Tak payah tiap2 tahun ucapkan selamat tahun baru =)
Hai Anom! Tak apa, pelajaran lebih penting. Nanti bila cuti dan ada kelapangan bolehlah Anom jenguk blog Diddy. InsyaAllah blog ni tak pergi mana2 =)
Post a Comment