Latest Single - Lelaki Atas Awan

Monday, January 26, 2009

Sumbangan

Bismillahirrahmanirrahim


Minggu lalu ada banyak juga aktiviti dan persembahan Diddy berlangsung. Tetapi perkara tu Diddy boleh ceritakan kemudian nanti. Ada perkara yang Diddy rasa lebih penting untuk Diddy ceritakan di sini. Minggu lalu Diddy menghadiri Malam Puisi Utusan Demimu Palestin yang diadakan di Laman Santai di pekarangan Istana Budaya, Kuala Lumpur. Ramai nama2 besar yang terlibat dalam majlis ni sama ada mendeklamasi puisi mahupun mempersembahkan nyanyian puisi tanda sokongan rakyat Malaysia kepada Palestin. Diddy tidak terlibat dalam mendeklamasi puisi atau nyanyian tetapi sekadar hadir sebagai penonton untuk memberi sokongan.


Dalam banyak2 deklamasi puisi, apa yang terngiang di telinga Diddy adalah bait2 awal puisi yang dipersembahkan oleh sasterawan negara, Datuk A. Samad Said. Diddy lupa tajuk puisinya tetapi bait2 awalnya berbunyi,

Kau memang boleh menghukum atas nama kemanusiaan
Tapi,
Perlu dulu kau tanya tulen tidak kemanusiaanmu

Pada Diddy bait2 tersebut begitu dalam maksudnya. Semoga kita dapat sama2 jadikan pedoman bukan sahaja dalam hal kekejaman Israel terhadap Palestin tetapi juga dalam kehidupan seharian kita. Kumpulan Utusan membuka tabung Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) dan kita semua boleh menderma dengan cara mendepositkan wang menerusi akaun Maybank (5621 4270 8704) atau akaun CIMB Bank (1259 0000 8040 58) atau juga cek berpalang atas nama Islamic Relief Malaysia Berhad.


Kumpulan akhbar NSTP juga turut melancarkan Tabung NSTP untuk Gaza. Kita semua boleh menyumbang kepada tabung ni melalui akaun Maybank (514105 320501) atas nama NSTP Fund For Gaza. Kalau ada kesempatan kita juga boleh menghantar sendiri sumbangan ke Bahagian Kewangan NSTP, Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar.

Selain tu, Anugerah Bintang Popular Berita Harian akan menganjurkan Karnival Amal ABPBH Untuk Gaza yang akan diadakan di Amcorp Mall, Petaling Jaya pada hari Sabtu 31 Januari 2009 bermula dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Lebih daripada 50 orang artis akan terlibat dalam karnival amal ni termasuk Diddy. InsyaAllah Diddy akan menjual CD Diddy, single terbaru Diddy bersama Nur serta poskad Diddy dan kesemua hasil jualannya akan didermakan kepada tabung ni. Buat pertama kalinya juga Diddy dan Nur akan mempersembahkan nyanyian single terbaru kami di karnival amal ni. Jangan lupa datang beramai2 untuk berjumpa dengan ramai artis kegemaran masing2 sambil menderma.

Orang sering berkata 'Walau sekecil manapun sumbangan anda ianya amat bermakna'. Pada Diddy tidak ada sumbangan yang kecil kerana nilainya tetap amat besar buat warga Palestin yang menderita akibat kekejaman Israel. Semoga kita semua mendapat keberkatan Allah S.W.T.

Salam Sayang
Diddy

10 comments:

apeng :) said...

konsert amal?
hehe.

ayouh.nak beli itu single terbaru.

my name is KARL said...

diddy..

i'll b there..

mmg dh text abg bad ckp nk beli dat single album..

nseb bek dijual gk...

=) caersyaira (= said...

i wish to hear Datuk A.Samad.Said reciting da poem.
mst sayu gileeer!!

p/s:
jum kite rmai2 sedekahkn doa utk umat Islam dkt Gaza.. smoge nasib dorg sume terbela:)))
AMIN

diddy said...

Hehehe! Memang konsert "Amal" jadi Apeng kena buat persembahan nanti =)

Kalau Apeng tak ada apa2 hal, datanglah nanti di Amcorp Mall. Boleh juga jumpa =)

diddy said...

Ok nanti jumpa Karl di Amcorp Mall hari Sabtu ni =)

diddy said...

Hai Caersyaira =)

Memang sayu dengar deklamasi dari sasterawan negara Datuk A. Samad Said.

InsyaAllah.

Amin

missLeBBy said...

Semoga kita semua mendapat keberkatan Allah S.W.T.

Amin...

diddy said...

InsyaAllah Misslebby.

Radin87 said...

Salam..

Deklamasi sajak dari A Samad Said mesti sayu gila kan?
Kadang-kadang ada jugak baca puisi-puisi dari A Samad Said..

Kata-katanya senang dan mudah difahami,
Tapi penuh dengan makna menusuk ke sanubari..

:)

diddy said...

Hai Radin =)

Memang menusuk jiwa. Cara Datuk A. Samad Said mendeklamasi sajak bersahaja tetapi dia menjiwai setiap kata2 yang dia ucapkan.