Latest Single - Lelaki Atas Awan

Wednesday, January 21, 2009

Kacau

Bismillahirrahmanirrahim


Minggu lalu Diddy ke Mahkota Parade, Melaka sempena DiGi Music Squad - Music Telegram. Memang seronok dapat ke Melaka lagi. Kali ni Diddy membuat kejutan untuk seorang gadis. Seorang pemuda ni yang belajar ditempat yang sama menaruh hati kepada gadis tersebut tetapi tidak tahu macam mana nak meluahkan perasaan. Dia kemudiannya membuat pilihan lagu yang ingin dihantar kepada gadis tersebut melalui DiGi Music Telegram di www.digi.com.my/music. Di sinilah Diddy muncul untuk "menyatukan" mereka. Memang kelakar buat kejutan pada gadis tersebut di hadapan pintu masuk Mahkota Parade =)


Lepas habis kejutan tersebut kami semua "mengacau" pengunjung lainnya. Terima kasih pada orang2 Melaka yang sangat sporting. Memang best dapat menyanyi live pada beberapa orang tertentu. Mudah untuk Diddy fokuskan nyanyian Diddy. Ada yang berpasangan dan ada yang berjalan bersama rakan2 dan keluarga. Diddy letakkan beberapa keping gambar yang diambil ketika kami kacau beberapa pengunjung di Mahkota Parade, Melaka.





Paling istimewa tentulah bila Diddy dapat peluang kacau Kak Maya yang datang bersama Abang Syam dan Hirdy Jr. Sebenarnya masa tu pun kita sudah habis dan hanya menunggu masa untuk balik ke Kuala Lumpur. Abang Badrul awal2 lagi sudah merancang bersama Alan, pihak pengurus acara untuk membuat kejutan terakhir. Terima kasih Kak Maya yang sangat sporting menyanyi bersama2 lagu Saat.


Habis sahaja di Mahkota Parade, Kak Maya dan Abang Syam bawa Diddy dan Abang Badrul makan malam dengan juadah kesukaan Diddy iaitu asam pedas. Memang setiap kali datang ke Melaka Diddy tak pernah terlepas peluang untuk makan asam pedas. Terima kasih lagi sekali buat Kak Maya dan Abang Syam yang sentiasa memberikan layanan yang sungguh istimewa setiap kali Diddy datang ke Melaka.


Minggu ni pula Diddy masih belum tahu di mana Diddy akan berada untuk DiGi Music Squad - Music Telegram. Apa yang pasti, ianya akan berlangsung pada hari Jumaat nanti. Pada hari Sabtu pula Diddy akan membuat persembahan untuk Majlis Makan Malam Sentuhan Kasih yang akan turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia. Berdebar juga kerana Diddy adalah satu2nya artis yang akan membuat persembahan. Diddy berdoa semoga semuanya berjalan dengan lancar. Pada hari Ahad pula Diddy ada rakaman untuk sebuah rancangan terbitan TV3.

Diddy juga ingin mengucapkan salam takziah buat keluarga Arwah Abang Zawadi yang meninggal dunia hari Rabu minggu lalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Amin.

Salam Sayang
Diddy

20 comments:

k.sue said...

wah happynyer dia.....

seronokkan berkerja sambil menghiburkan hati sekali.
mesti pengunjung2 di mahkota parade terkejut tapi happy kan dengan 'kacauan' diddy tu....

anyway good luck with ur new single...best la.

by d way...new hairstyle ye....short and smart...ilikeeeeeee

my name is KARL said...

hye diddy!

i guess digi shud record everything la...

then leh wat one special programme kt TV..

so dat, others especially diddy fans leh la tgk kan...

it's cool , bro!

NedDy said...

hai diddy, DIGI tak record ke sume program ni, kan ke best klu ktorg leh tgk gak.

pe pun, caiyo'caiyo' diddy.

Anonymous said...

Assalamualaikum

Wah.. best giler org yg dapat kezutan dari Diddy. Seb baik takde yg pengsan..he he!
Good luck for your performances this weekend.
Kak Inc & family nak pergi umrah hari Jumaat ni, insyaallah. Doakan kita selamat pergi & kembali, ya. Kak Inc akan doakan senua yg best best utk Diddy & Bad. Nak pesan apa apa?

Salam
Kak Inc

Anis Hayati said...

Salam..

amboi, seronoknya 'kacau' org ye
hehhehe..

all the best utk performance sabtu ni,
VIP majlis tu Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein tu..
itu show kebajikan utk anak2 yatim kan?
kalau ikutkan anis nak je ikut my aunty yg arrange show utk majlis tu
tp xboleh.. yelah, mjlis org..

apa pun.. all the best
pedulikan segala kata2 org
teruskan bersemngat utk terus berjaya

Salam..
Anis Hayati

diddy said...

Hai Kak Sue, InsyaAllah awal bulan Februari Diddy akan ke Ipoh pula. Kalau ada rezeki dapatlah jumpa dengan Kak Sue =)

Diddy ok je tapi rasa terlalu pendek tapi Abang Badrul yang nak rambut Diddy pendek sikit sempena tahun baru. Ikut je lah =)

diddy said...

Hai Karl, kalau tak silap Diddy memang ada jurukamera yang ikut sama setiap kali kita buat persembahan. Tapi Diddy tak tahu sama ada ianya untuk simpanan DiGi atau ada perancangan lain.

diddy said...

Hai Neddy =)

DiGi ada buat rakaman tapi Diddy tak tahu untuk apa =)

caiyo' caiyo' Neddy =)

diddy said...

Waalaikumussalam, Kak Inc

Diddy doakan Kak Inc sekeluarga selamat pergi dan selamat kembali. Semoga Kak Inc sekeluarga dapat mengerjakan ibadah umrah dengan sempurna.

Diddy tak mahu apa2 cuma kalau Kak Inc berpeluang, doakan kesejahteraan Diddy sekeluarga dan Abang Badrul sekeluarga. Semoga kami dijauhkan dari orang yang berhasad dengki.

Salam untuk keluarga Kak Inc.

Faisal said...

Hai Diddy,

I'm off to UK this saturday..and lepas ni nak kena tumpukan study pulak...so Faisal tak boleh active sgt kat blog Diddy lg dah...tp Faisal akan make sure yg Faisal akan visit blog ni skali untuk dua hari bile kat sana nanti..


All the best to you with all your future undertakings...

P/S:TGk fesyen Diddy kat wanita hari ini for AJL...saaaangaattt TRENDY!!sape buat?

diddy said...

T'kasih Anis =) Persembahan tu memang untuk majlis kebajikan anak yatim. Kalau Anis datang boleh jumpa di sana =)

diddy said...

Hai Faisal, Diddy doakan semoga Faisal berjaya dalam pelajaran dan semoga cemerlang sentiasa. Tiada yang lebih berguna daripada ilmu yang kita tuntut dan praktikkan.

T'kasih kerana sering beri sokongan pada Diddy selama ni =)

Baju yang Diddy pakai tu sebenarnya baju lama. Abang Badrul belikan dan minta tolong Hatta Dolmat dan Hazwani Osman siapkan perincian. Tu saja =)

Selamat maju jaya untuk Faisal =)

diddy said...

Faisal, kalau boleh Diddy nak berikan single terbaru sebelum Faisal berangkat ke UK. Boleh tak Faisal hubungi Abang Badrul? Nombor Abang Badrul ada di sebelah kanan di kolum "Contact".

T'kasih.

Anonymous said...

akum....
betul2 nie nie mmg suker kacau org....
sampai akak pun terkena sekali...
maaf dr kami sekerluarga kalau ader terkurang layanan masa kat melaka...almaklum lah hr bekerja...

k.maya, a.shan & hirdy junior...

Anonymous said...

Wah...mesti saper yg kena "kezutan" iteww musti begitu gembira.Diddy,tengah muda2 ni and ada abg Bad yg jaga,kejer betul2 ye.Dlm bebudak AF4 ni,Diddy je yg maju ke depan.Even Diddy x menang,tapi lee x salah pilih you as my fav dalam AF4!!Yeeehaaaaaarrr!!!!Best of luck.

Lee Izwan

diddy said...

Kak Maya, t'kasih banyak2 atas layanan dan budi baik Kak Maya dan Abang Sham. Tak ada yang kurang. Semua terlebih sudah =) Hehehe!

InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi =)

diddy said...

Terima kasih Lee kerana sokong Diddy sejak dari dulu lagi. Walaupun sekali sahaja kita jumpa masa event Majalah I-Remaja tapi InsyaAllah Diddy akan ingat =)

Didy rasa semua teman2 Diddy dari AF4 dulu sudah berjaya berdiri dalam karier masing2. Haziq baru saja keluar album yang ada lagu best2, Rich sudah berjaya dengan cemerlang dengan band Estranged, Lotter baru keluar single yang meletup di radio bersama band adik beradik dia, Farhan pun dalam proses buat album dan banyak show makan malam, Zila dengar khabar akan keluar dengan album kedua dan lain2 lagi. Diddy percaya InsyaAllah dengan kerja keras Allah S.W.T. akan buka pintu rezeki untuk kita.

T'kasih sekali lagi Lee kerana sentiasa sokong Diddy =) Diddy dengar kerja di Seremban sekarang ni ya?

Faisal said...

Diddy,

THANKS A LOTTT DIDDY!!!I just dont know wutelse to say right now!I am so touched!Speachless to be exact!!

CANT WAIT too!!!

Dah call abg Badrul...and dah deal dengan die,and die ckp he will try his very best!!

~~bila la dpt jumpe Diddy live nih hehe~~~

Anonymous said...

Erkk???Ingat lagi eh???Terharu biru ni...hihihi.Ha'ah..your frend dlm AF4 pun ramai yg ada album.Dari mata i ni,diddy dgn rich je yg maju ke depan dari yg lain2.Ini semua sbb kerja keras kan,syukur.

Yup,skrng keje dgn bank no 2 terbesar di Malaysia.Cuba la teka ye..hehehe.Lee buat sales..so my client and prospect byk kat area Seremban,KL,Shah Alam n PJ.Selalu ulang alik.Tu yg susah nak turun2 tgk show Diddy.Dulu jmpa Diddy tengah zaman tanam anggur...free giler time tu..hihihi.

Lee Izwan.

Ah Tu said...

Helo sumer! ni Ahtu!!! Klo nak tengok clip nih, gi cni yer:

http://www.youtube.com/watch?v=hGcsjIv0y3c&feature=channel_page