Latest Single - Lelaki Atas Awan

Saturday, January 10, 2009

Majalah

Bismillahirahmanirrahim


Minggu pertama di tahun baru 2009 memang agak sibuk untuk Diddy. Banyak perbincangan bersama dengan pihak pengurusan Diddy berlangsung untuk memastikan perjalanan karier Diddy sepanjang tahun ni. Perbincangan tentang album terutamanya mengenai pemilihan lagu, arah tuju album dan jadual2 rakaman sedang dalam proses terakhir untuk disusun. Syukur Alhamdulillah jika tidak ada aral melintang, single pertama Diddy berjudul "Sudah" akan siap minggu hadapan termasuklah proses membuat cover, suntingan dan cetakan. Harapan Diddy, anda semua akan menggemari lagu ni. Dalam beberapa minggu seterusnya Diddy akan masuk studio kembali untuk rakaman lagu seterusnya dalam album terbaru Diddy.


Bermula minggu hadapan pula selama empat minggu Diddy akan terlibat dengan DiGi Music Squad - Music Telegram yang dibawakan oleh DiGi di Radio Era. Diddy, Dina dan Suki terlibat dengan Music Telegram ni. Untuk pengguna DiGi, anda boleh membuat dedikasi lagu melalui digi.com.my dan kami akan tunaikan dedikasi tersebut secara terus kepada orang yang anda tujukan lagu tersebut. Bermaksud Diddy akan ke tempat orang yang ditujukan lagu tersebut dan Diddy akan menyanyikan secara langsung lagu yang ditujukan. Untuk yang terpilih, dedikasi anda juga akan disiarkan secara langsung di Radio Era. Kalau nak tahu lebih lanjut, jangan lupa mendengar Radio Era.


Untuk bulan Januari ni juga ada beberapa publisiti Diddy di dalam majalah Remix dan majalah i-Remaja. Di dalam majalah Remix Diddy diberi penghormatan untuk mejadi artis pertama mewarnai kolum baru iaitu kolum "This is Me". Di dalam majalah i-Remaja pula Diddy ada di ruangan Hiburan. Jadi jangan lupa untuk dapatkan majalah Remix dan i-Remaja keluaran bulan Januari. Esok, hari Ahad pula akan ada sedikit publisiti mengenai single terbaru Diddy di dalam Metro Ahad. Jangan lupa dapatkan Metro Ahad esok ya =)

Akhir sekali Diddy ingin ucapkan salam takziah buat Nubhan dan keluarga atas kehilangan ayahanda tercinta beberapa hari yang lalu. Semoga Nubhan tabah menghadapi dugaan Allah S.W.T. dan semoga Allahyarham di tempatkan bersama2 orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

Salam Sayang
Diddy

7 comments:

Zwairy said...

salam~

xsabar nak dgr single terbaru diddy yang berjudul 'sudah'..

nak tanya skit diddy..
'sudah' buat aper??
huhuhu~

Anis Hayati said...

aLL the best Diddy
moga thn ni lbh sukses..
x sbr nk tunggu album baru diddy..
=)

Takziah jgk utk Nubhan skeluarga
kesian dia, dia mmg sedih & terkilan sgt sbb xsmpat jmpe ayah dia sebelum ayah dia pergi..
Suratan takdir..

All the best Diddy

Faisal said...

Semalam kan Mak faisal ckp la..

'ehh si Diddy budak AF tu kemana ek..lama tk nampak..takde show kot'

huhu..rupenya my mother salah!!Diddy mmg sgt sibuk dgn pelbagai activity yg Faisal pon tak tau kalau tk bc blog ni..rezki sgt2 la mencurah2 yer.

Your figure is just GREAT!! n layak untuk jadik model..judging from the pic la..

Diddy kalau dah makin kaya and popular jgn lupe kami follower blog Diddy yg invisible ni ok?

~~can cin cau~~

diddy said...

Sudah tu sudah untuk tidak lagi ingat kenangan lama =)

diddy said...

T'kasih Anis.

Takdir Tuhan yang Maha Kuasa.

diddy said...

Faisal, kalau ada publisiti di akhbar tu untuk hebahan tentang karier tapi kalau setakat persembahan atau private function memang tak akan dihebahkan di akhbar =) Kalau ada artis2 yang tak keluar berita di akhbar tak bermakna dia orang tak ada show. Semuanya terletak pada kerja keras dan rezeki masing2.

InsyaAllah Diddy tak lupa =)

NakamicHiE said...

hiks!suka tgk pic diddy yang ni..