Latest Single - Lelaki Atas Awan

Tuesday, January 13, 2009

Telegram

Bismillahirrahmanirrahim


Program DiGi Music Squad - Music Telegram sepatutnya bermula Jumaat nanti untuk Diddy tetapi pihak penganjur meminta Diddy sertai Music Telegram istimewa yang diaturkan khas untuk kakitangan DiGi di ibupejabatnya di Shah Alam pada hari Isnin lepas. Diddy rasa DiGi Music Telegram adalah antara program yang paling menyeronokkan yang pernah Diddy ikuti. Bayangkan Diddy menyanyikan dedikasi lagu secara live di dalam pejabat! Malah ada ketikanya kami membuat persembahan ketika mesyuarat sedang berlangsung. Memang kelakar tengok muka Boss2 di dalam bilik mesyuarat yang terkejut dapat dedikasi secara live! Tetapi mereka semua amat sporting.


Ketika membuat persembahan Diddy diiringi oleh satu kumpulan yang dinamakan Rhythm Life terdiri dari dua orang penyanyi lelaki dan dua orang penyanyi perempuan. Suara mereka memang dasyat2 semuanya. Mereka juga membuat persembahan dedikasi untuk anda sepanjang berlangsungnya DiGi Music Squad - Music Telegram ni. Kalau tak silap Diddy DiGi Music Squad akan berlangsung sehingga 8hb Februari nanti, tetapi dedikasi Music Telegram akan berterusan. Kalau nak maklumat lanjut, jangan lupa layari www.digi.com.my/music


Hari Jumaat ni lebih kurang pukul 4 petang Diddy akan berada di Mahkota Parade, Melaka untuk membuat dedikasi secara live kepada mereka yang telah membuat permintaan di portal DiGi. Diddy rasa program ni akan menjadi satu program yang cukup hebat dan sangat menyeronokkan. Tak sabar pula nak tahu di mana tempat Diddy akan pergi seterusnya untuk membuat dedikasi mengejut kepada yang bertuah! Diddy letakkan di sini beberapa gambar yang sempat diambil ketika kejutan di ibupejabat DiGi.


Malam tadi Diddy berjumpa dengan seorang lagi komposer yang bakal bekerjasama untuk lagu Diddy seterusnya. Jika tak ada aral melintang Diddy akan masuk studio untuk lagu seterusnya tak lama lagi. Okaylah sekejap lagi Diddy nak keluar ke studio untuk dengar single Diddy yang akan dibuat mastering. Cover single Diddy dan Nur juga dah siap dan InsyaAllah Diddy akan kongsikan bersama nanti di blog.

Salam Sayang
Diddy

10 comments:

Anis Hayati said...

Wah.. mesti seronok telegram digi ni..
ni yg nak bertukar ke digi ni..hehe
by the way, all the best utk album terbaru ni..

Fifiey82 said...

semoga sukses sll diddy

Faisal said...

wahh interesting nye programme ni..unfortunately Faisal bukan pengguna Digi..

huhu terkedu akak tu Diddy dtg siap pegang lg tgn die..haha so sweettt!!

my name is KARL said...

busy tol diddy skan
dats good!!

Zwairy said...

salam..

aha..btol karl..bz sggh diddy.

wah bestnya.. live woo diddy nyanyi.. utk pengguna DG saje ke diddy?

diddy said...

Bertukarlah ke DiGi Anis =) Hehehe! Diddy jadi promoter tak bertauliah. Nanti boleh dapatkan Diari Diddy dari DiGi Superstars. Dalam diari tu semuanya hal2 personal yang Diddy tak tuliskan di blog atau hal2 orang ada diari dapat tahu lebih awal =) Panjangnya penjelasan Diddy. Hehehe

diddy said...

Terima kasih Fifiey =)

Semoga Fiffey pun succes selalu!

diddy said...

Faisal, "unfortunately" boleh tukar jadi "fortunately". Bertukarlah kepada DiGi. Hehehe

diddy said...

Alhamdulillah, Karl!

Jadual hujung minggu Diddy sepanjang bulan Januari ni sudah penuh. Syukur kepada Allah S.W.T. yang memberikan rezeki pada hamba-Nya.

diddy said...

Ya Zwairy. Hanya untuk pengguna DiGi. Jadi bertukarlah kepada DiGi.
DiGi pastinya pilihan yang lebih bijak =)

Kira bolehlah kan Diddy buat promo. Hehehe