Latest Single - Lelaki Atas Awan

Thursday, January 15, 2009

Sudah

Bismillahirrahmanirrahim


Akhirnya single duet Diddy bersama Nur bertajuk "Sudah" siap sepenuhnya. Hampir pukul dua pagi hari Rabu Diddy, Abang Badrul dan Audi Mok menyaksikan Nick Lee menyiapkan proses mastering. Nur tak dapat hadir kerana dia dalam perjalanan pulang dari kampung ke Kuala Lumpur. Diddy sangat2 gembira dengan single "Sudah" yang Diddy anggap pembuka tirai kerjaya Diddy di tahun 2009. Kemudian pada sebelah siangnya sepanjang hari Diddy, Abang Badrul dan Nur Fatima berkunjung ke stesen2 radio untuk menghantar single ni. Kami ke Hot FM, Era dan Suria FM untuk bertemu sendiri dan memperdengarkan lagu "Sudah" kepada mereka.

InsyaAllah jika tak ada aral melintang dan jika ada rezeki, lagu "Sudah" akan diputarkan di dalam rancangan Baru di Era (Prebiu Era) pada hari Sabtu ni bermula pukul 8 pagi dan ulangannya pada hari Ahad bermula pukul 12 tengahari. Juga di Prelude Hot FM pada hari Sabtu ni bermula pukul 11 malam. Semuanya bergantung kepada pihak pengurusan radio tersebut. Tidak ketinggalan juga di Suria Intro pada hari Ahad bermula pukul 3 petang. Diddy dan Nur juga akan ke udara secara live di Suria Intro pukul 3 petang hari Ahad ni. Kami akan berada di studio Suria FM yang terletak di One Utama - (New Wing) Rain Forest. Kalau anda tak kemana2, datanglah ke One Utama nanti ya! Selepas habis temuramah nanti kami akan ke Anugerah Juara Lagu. Terima kasih Kak Kelly dan Kak Ayong atas jemputan.



Sudah - Diddy & Nur

1st verse
(Diddy)
Citaku…
Bahagia bersamanya
Semuanya punah
Buatku sedar
Cinta tak mungkin lagi…

(Nur)
jangan kesal
relakan ia pergi
yang aku pasti
semuanya nyata
percaturan duniawi

1st Pre-chorus
(Diddy) Pedih nya...
(Nur) Kurasakan jua…
(Diddy) Sayu hatiku…
(Nur) usah kau kenangkan...
(Diddy) Seksa sengsara...
(Nur) Bersabarlah saja..
(Diddy) Takkan cinta kembali
(Nur) Cinta kan kembali

1st Chorus
(Both) Mengapa merindu
(Nur) Bila hati tersentuh
Cukup merana
(Diddy) Tak mungkin ku
Berpaling padanya
Cuma,
(Nur) Kecewa cinta dipersenda
(Diddy) Benar ku hampir putus
(Both) Harapan
(Nur) Moga kau tabah
(Both) Melalui semua tanpa dendam

2nd Verse
(Diddy) Jiwaku...
(Nur) Jiwamu...
(Diddy) Perit menggamit pilu
(Nur) Daku memahaminya
(Diddy) Ku hilang arah
(Both) Duka melara
Mencari cahaya

2nd Pre-Chorus
(Diddy) beginikah...
(Nur) usah kau keluhkan
(Diddy) suratan hidupku…
(Nur) bukan pengakhirnya
(Diddy) tak pernah bahagia
(Nur) jangan kau sesalkan
(Both) Segala takdir-Nya

2nd Chorus
(Both) Sudahlah merindu
(Nur) nyata janjinya palsu
lupakan saja
(Diddy) biar aku mengharungi
sendiri
(Nur) walau kasih dipersiakan
(Diddy) tidak ku hanyut dalam
(Both) mainan
(Nur) cinta khayalan
(Both) melewati semua tanpa dendam

Bridge
(Diddy) Kini ku lebih mengerti
(Nur) Tentang apa yang terjadi
(Both) Pasrah di atas segala ketentuan-Nya...
(Diddy) Oohhh...
(Nur) Sudahlah
(Diddy) Kini ku mengerti... Ohhh...

3rd Chorus
(both) Biarkan berlalu
(Nur) Kisah cintamu dahulu
lenyapkan saja
(Diddy) Cukup sudah
ku menagih simpati
(Nur) walau musnah segala-galanya
(Diddy) akan cuba ku padamkan
(Both) tiap
(Nur) coretan lama
(Both) Lupakan semua tanpa Dendam


Composer: Audi Mok
Lyricists: Diddy / Nur Fatima



Diddy letakkan di sini lirik lagu "Sudah" supaya mudah untuk memahami cerita di sebalik lagu ni. Kalau anda berpeluang mendengar lagu "Sudah" di radio dan sukakan lagu ni, jangan lupa buat permintaan dan dedikasi. Diddy sangat2 berharap dengan sokongan semua.

Salam Sayang
Diddy

29 comments:

Yaniez said...

Wah tak sabarnya nak dengar lagu Sudah ni... :D

NakamicHiE said...

hallieww diddy..
xsabar nak dengar lagu ni.:)
diddy,watla shout mix d blog diddy.bley x?hiks!

diddy said...

Hai Yaniez =) Diddy pun tak sabar sebenarnya untuk semua orang dengar single ni =)

diddy said...

Hai Nakamichie, maaf Diddy pun baru saja belajar blogging ni. Shout Mix tu macam tag borak ke?

Kalau macam box untuk berborak tu, Diddy lagi suka ruangan komen ni sebab senang Diddy nak baca dan jawab balik. Kalau nak berborak kat ruangan komen ni pun Diddy tak ada masalah. Lagi best =)

n e b e said...

salam diddy..
isk mcm sedey ja lagu ni..mmg x sbr nk dgr SUDAH..
btl tu naka..kalau ada shout mix @ cbox..leh fans tinggalkan pesan or apa2 la kata2 semangat tuk diddy..hehehe..
good luck tuk SUDAH.. ;)

my name is KARL said...

diddy..

congrats..

jualla cd single 'sudah' ni

2 lagu je.. 'sudah' & 'sudah minus one'

rm 9.00 untung beb!!! hehe

ahad ni xdpt join coz karl nk attend AJL... X g AJL??

Jom support kak Ziana!!!!! Dingin!

Faisal said...

Harap2 lagu ni meletop macam lagu 'sembunyi' misha omar and andy..

Apepun Faisal doakan kejayaan lagu ni..Lgpun lyricist die Diddy and Nur sendiri

eh knape tu??Diddy nangis ke???
sape yg buat Diddy nangis?? NUR FATIMA KE BUAT?????alahai kesiann..

tu bekas aliran air mata ke atau tanda lahir!!ishh nmpk sgt make up tebal gilerr..hehehe

~~can cin cau~~

Zwairy said...

Salam..

waha lawa gler cover album 'sudah'..
mata diddy merah..nmpk sgt nangis terpaksa..hehehe..

apa kata diddy gantikan lagu dendam dgn lagu sudah kat blog diddy~

P. A Baby said...

hii diddy..... wow.. new single...
hmmm biler la boleyh dgr tuh kan...

chayok2 diddy..

Anonymous said...

The cover is great..and i think that is your real tears kan??Tp mata ko dlm cover ni garang sngt la diddy,mcm harimau menangis je.tau la tagline ko rimau mengaum..hahahaha.

Lee Izwan

Anonymous said...

Yessss.. finally SUDAH dah nak keluar kat radio. Tak sabar nak dgr final version. Harap lagu ni masuk carta ERA, HotFM etc
Cover single cantiklah. Diddy nangis betul betul ataupun ada org tolong piat telinga... ha ha! alamak terlebey sudah

Kak Inc

Syahmee + Entertainment said...

sapa nur?

aishah sahira said...

HyE ABg DiDDY...
BiLa NaK lEtAk LaGu SuDAH kAt PaGe NiE....
x sAbAr NAk DeNgAr...

SaLaM sAyAng

AISHAH SAHIRA

Anonymous said...

Assalamualaikum abg diddy..
sory if saya out of topic cikit..actually saya student masscomm saya nak tanya mcm mana kalau saya nk jemput abg diddy buat performance??kami students masscomm akan buat satu makan mlm amal xlama lg utk nk kutip dana bagi sebuah badan amal..kalau blh saya nk tau dgn siape saya blh deal kalau saya nk jemput abg diddy??..btw, gud luck in what ever u do..^_^

-miss shine-

k.sue said...

hai diddy...

tahniah for the single SUDAH.
sudah dengar dan menyukainya.
cover as usual..menarik tertarik...
tahniah juga kerna telah menghasilkan lirik lagu ni bersama nur fatimah. bila dipasarkan ye.

all the best k.

diddy said...

Hai Nebe =)

Kalau tinggalkan pesan di kotak komen lagi best untuk Diddy sebab Diddy boleh baca setiap masa. Kalau yang lama2 pun Diddy masih boleh baca lagi =)

diddy said...

Hai Karl =)

Tentang jual CD tu kena tanya pihak pengurusan Diddy =)

Best kan AJL!

Diddy support Audi Mok =)

diddy said...

Make up tu sebenarnya tak tebal langsung Faisal. Mungkin disebabkan editing untuk cover membuatkan ianya nampak macam tu.

diddy said...

Hai Zwairy =) Nanti Diddy akan letakkan. Tapi buat sementara waktu ni kalau boleh Diddy nak minta pertolongan semua untuk buat permintaan lagu "Sudah" di radio. Sekurang2nya lebih ramai yang tahu kehadiran single terbaru Diddy dan Nur. Kalau letak di blog, hanya sebilangan kecil yang baca blog Diddy saja yang dapat dengar =)

diddy said...

Hai P.A Baby, Lagu "Sudah" dah dimainkan di Hot FM Prelude, Prebiu Era dan Suria Intro hari Sabtu dan Ahad lepas. Jangan lupa tolong Diddy request lagu ni di stesen2 radio ya =)

diddy said...

Garang ke Lee? Hehehe. Biasalah nak menahan sebak =) Tapi sebenarnya nak tahan contact lens dari terkeluar. Dah banyak kali keluar sampai kena ulang tayang bab menangis. Letih =)

diddy said...

Mana ada Diddy kena piat telinga Kak Inc! Hehehe! Terpaksa nangis betul2. Kena marah adalah sebab lama nak ambil mood =)

Kalau nak masuk carta Era, Hot atau Sinar kena undi ramai2. Tu pun kalau ada orang yang sudi undi =)

diddy said...

Hai Syahmee =)

Nur atau Nur Fatima adalah penyanyi, komposer dan penulis lirik. Nur baru saja memenangi Anugerah Komposer Muda MACP 2008. Nur juga banyak mencipta lagu dan menulis lirik untuk penyanyi2 terkenal seperti Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Dina, Mila dan lain2 lagi. Nur juga tulis lirik untuk dua buah lagu dalam album Diddy sebelum ni iaitu lagu Saling (Terpesona) dan Lena. Nur juga pernah berduet dengan Vince dan lain2 penyanyi selain ada dua album sendiri.

Rasanya dah panjang lebar juga penerangan Diddy =)

diddy said...

Hai Aishah =)

Apa kata kalau Aisha tolong Abang Diddy request lagu "Sudah" di radio2 =)

Salam sayang untuk Aishah Sahira =)

diddy said...

Waalaikumussalam Miss Shine =)

Boleh hubungi pengurus Diddy, Abang Badrul. Nombor telefon ada di sebelah kanan di bahagian "Contact" =)

diddy said...

Hai Kak Sue =) T'kasih banyak2.

Buat masa sekarang ni Diddy pun kurang pasti dengan perancangan pihak pengurusan sama ada lagu ni nak dipasarkan atau hanya sebagai single. Nanti bila Diddy dah dapat jawapannya Diddy akan bagitahu =)

Radin87 said...

Salam..
Selamat maju jaya kepada diddy
Tahniah ke atas penerbitan lagu ini..

diddy said...

T'kasih Radin =)

Anonymous said...

wawwawawa...sudah..itew sedapp...linda