Latest Single - Lelaki Atas Awan

Wednesday, January 21, 2009

Suria

Bismillahirrahmanirrahim


Siang tadi Abang Badrul beritahu Diddy bahawa telefilem Rebab Tidak Bertali sudah mendapat kelulusan tayangan daripada pihak RTM untuk siaran primetime. Syukur Alhamdulillah. Sekarang ni Rebab Tidak Bertali hanya menunggu tarikh untuk siarannya sahaja. InsyaAllah bila Diddy sudah dapat maklumatnya, Diddy akan beritahu di blog. Petang tadi juga cover untuk single Diddy dan Nur telah mendapat kelulusan semua pihak yang terlibat dan InsyaAllah semuanya akan siap dicetak pada hari Jumaat nanti. Diddy juga baru dapat informasi yang Diddy akan berada di Selayang Mall, Selayang, sempena DiGi Music Squad - Music Telegram pada hari Jumaaat nanti bermula pada pukul 3.30petang.


Hujung minggu lepas merupakan hujung minggu yang menggembirakan untuk Diddy. Bermula dengan program di Melaka, hari Sabtu pagi pula single terbaru Diddy dan Nur "Sudah" diputarkan di dalam program Prebiu Era. Kemudian pada sebelah malamnya pula single "Sudah" dimainkan pula di dalam program Prelude Hot FM. Pada hari Ahad pula sekali lagi single ni dimainkan di dalam ulangan program Prebiu Era. Pada sebelah petangnya ketika Diddy dan Abang Badrul dalam perjalanan untuk ke temuramah secara langsung di radio Suria FM, sekali lagi lagu "Sudah" dimainkan di radio Hot FM atas permintaan peminat. Sukar untuk Diddy gambarkan perasaan Diddy tetapi yang pasti Diddy sangat gembira.


Ni adalah kali pertama Diddy ke studio baru Suria FM yang terletak di One Utama. Memang kelam kabut sedikit pada awalnya kerana masalah kesesakan jalanraya dan kesukaran mencari tempat letak kereta. Mungkin semua orang sedang sibuk membeli belah untuk persiapan Tahun Baru Cina tak lama lagi. Diddy ke sana bersama Nur Fatima untuk temuramah secara langsung dalam program Suria Intro yang dihoskan oleh DJ Naim. Rancangan Suria Intro ke udara secara langsung dari pukul 3 petang sehingga 4 petang.


Memang cantik dan besar studio Suria FM di One Utama. Kalau tak silap Diddy mereka juga dalam proses menyiapkan ruangan tingkat bawah untuk mempertingkatkan lagi siaran Suria FM. Tempoh satu jam temuramah terasa hanya seperti 15 minit sahaja. Orang kata bila kita seronok, selesa dan gembira, masa berjalan begitu pantas. Ketika temuramah kami turut dihidangkan dengan kek dan minuman. Terima kasih pada semua di studio Suria FM One Utama yang sangat mesra. Habis sahaja sessi temuramah kami bergegas untuk menukar pakaian untuk ke Anugerah Juara Lagu di Stadium Putra Bukit Jalil. Apa yang dapat Diddy simpulkan hujung minggu lalu memang saat yang menggembirakan untuk Diddy.

Salam Sayang
Diddy

15 comments:

Anonymous said...

congrats diddy ...'sudah' dah mula diputarkan di radio...makin bz le nampak nye pasni...tgh tunggu rebab tak bertali plak kluar tv


adios

espree said...

Hi there..just blog-hopping,nice pics.

Zwairy said...

Salam..

wah bz sggh diddy.. rezeki murah~
xsbr nk nuggu rebab xbertali nih..

kngkwn reramai kita wat permintaan kat radio lagu 'sudah'.. nnti dpt masuk carta~

z a r i t h n u r said...

salam diddy..
sy dah dengar SUDAH..memang best sgt!!sekarang x sabar tgk lakonan diddy pula..
mlm AJL23 tu diddy ensem tau..serba putih lagi.. :D

sEaN's diary said...

salam..ai abg diddy..all the best tau..wan akan doakan kjyaan abg...insyaALLAH..salam sayang tuk abg....

Anonymous said...

Belum ada rezeki nak terserempak dgn lagu Sudah kat radio.Will request this song to Era very soon.Mesti naik lagi nama aku mcm request Saling Terpesona dgn Hilang dulu...hahahaha.

By the way,diddy tak nak try rakam lagu dari ciptaan Ajai atau Azlan Abu Hassan ke?Atau mungkin komposer macam Pacai dan Azalea pun bagus.

Anonymous said...

Aiseh...posting atas tu lupa letak nama laaaa...hehehe...

Lee Izwan

diddy said...

T'kasih Anonymous =)

Diddy sendiri "takut" nak tengok Rebab Tidak Bertali di kaca TV =)

diddy said...

Hai Espree =)

Diddy pun suka juga lompat2 blog. Banyak cerita2 menarik.

diddy said...

Salam Zwairy =)

Alhamdulillah. Nak kata sibuk sangat tu tak juga tapi syukurlah setiap minggu ada persembahan untuk Diddy cari rezeki =)

Buat permintaan untuk lagu "Sudah" ya =)

diddy said...

Cantik nama Zarithnur =)

T'kasih kerana tak pernah jemu sokong Diddy =) Tak dapat Diddy balas budi Zarith.

diddy said...

T'kasih Wan =)

Semoga kita semua sama2 berjaya capai cita2 masing2.

diddy said...

Lee, Kalau ada rezeki Diddy teringin juga nak bekerjasama dengan komposer2 lain. Tapi semua tu bergantung pada pihak pengurusan. Tapi Abang Badrul pernah berbincang secara lisan dengan Azlan Abu Hassan dan Abang Pacai. Cuma Diddy tak tahu apa yang dibincangkan.

Radin87 said...

Salam..
Nampaknya kebanyakan kerja diddy sudah menampakkan hasil..
Teruskan Usaha..

diddy said...

Hai Radin =)

Alhamdulillah, masih lagi menapak sedikit demi sedikit.

InsyaAllah.