Bismillahirrahmanirrahim
Diddy baru habis penggambaran siri komedi Otai terbitan Line Clear Motion Pictures Sdn Bhd, di bawah arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen. Siri Komedi Otai adalah drama bersiri 26 episod dan Diddy dijemput sebagai pelakon undangan untuk dua episod. Kalau tak silap Diddy, siri Komedi Otai akan ditayangkan di TV9 bermula Jun ni. Diddy bersyukur kerana pengalaman dari lakonan telefilem Sukun yang merupakan telefilem semikomedi sebelum ni memberi persediaan kepada Diddy untuk berlakon dalam siri komedi Otai. Diddy tak tahu setakat mana kemampuan Diddy berlakon dalam genre komedi, tapi Diddy rasa Diddy sudah buat sehabis baik mengikut pengalaman yang ada sedikit pada Diddy.
Diddy terlibat dalam penggambaran selama dua hari yang dijalankan di Meru, Kelang dan di Bukit Beruntung, Shah Alam. Selain daripada Diddy, antara pelakon2 yang terlibat untuk penggambaran ni adalah Abang Latif Ibrahim, Buzen dan Intan Ladyana. Siri komedi Otai lebih kepada sebuah rancangan yang mengupas perkara2 yang berlaku dalam hidup dan dihoskan oleh dua pengacara. Kalau tak salah Diddy hos Otai adalah Saiful Apek dan Nasha Aziz dan cerita ni diadaptasi daripada filem Otai. Tetamu yang dijemput ke studio menceritakan masalah masing2 dan dari situlah drama2 komedi diceritakan. Diddy rasa sungguh bertuah dan bangga dapat berlakon bersama2 Abang Latif Ibrahim kerana Abang Latif Ibrahim sangat ramah dan sungguh merendah diri. Diddy harap Diddy dapat mencontohi keperibadian Abang Latif Ibrahim.
Diddy juga seronok berlakon di bawah arahan Prof. Satu perkara yang menarik perhatian Diddy, setiap kali sebelum penggambaran dan selepas tamat penggambaran, bacaan doa diadakan. Pelakon2 serta kru yang bertugas juga ada masa untuk menunaikan solat. Diddy dapat rasakan walaupun ramai yang mengkritik filem2 arahan Prof., amalan sentiasa berdoa memohon keberkatan Allah S.W.T. dan masa yang diberikan untuk menunaikan ibadah yang wajib iaitu solat memberikan rezeki kepada Prof. Diddy sentiasa ingat pesan emak Diddy, walau apa juga pekerjaan kita tak kira menyanyi atau bekerja di pejabat, jika kita meninggalkan solat, rezeki kita tidak diberkati Allah S.W.T.
Salam Sayang
Diddy

33 comments:
wahh..
best nyew diddy dpt memeriahkan sitkom otai..
xsabar2 nk tgk nnt..
mst best diddy belakon..
diddy mmg berbakat.. teruskan usaha..
Gud luck in whatever u do..
:)
sometimes i see your face as similar as TONY JAA, the ongbak' hero.hehe..
nway, all da best in ur career! ;)
p/s: starting to love your voice when you sang a Maroon 5 song (my fav artist!) during AF concert.-if i'm not mistaken- huhu.
Alhamdulillah..
Semoga apa yg Diddy lakukan akan diberkati olehNya..
Kita sama-samalah sentiasa bersyukur dgn segala rezeki dariNya..
Saya suka pemerhatian Diddy tentang budaya kerja orang berfilem.
:=)
Cuma saya rasa Diddy masih tidak begitu yakin untuk menceritakan atau bersuara dengan jelas tentang sesuatu bentuk situasi yang sedang Diddy jalani sebagai artis.
Tapi saya sangat hormat dengan cara Diddy membawa diri dan menulis di blog ini.
Cuma pengisiannya terlalu memberitahu tanpa olahan pandangan yang lebih kritis.
Keterlaluan ke saya bertanya ni?
:=)
Orang yang hidup dalam displin dirinya tidak pernah gagal dalam impian.
diddy ...selamat berjaya dalam hidop yang ditempuhi...
zakiah...cam nak tulis novel plak kene kritis2
salam..alhmdulillah makin murah rezeki abg...MAY ALLAH bless u insyaALLAH..take care ya...will always support u..
tahniah!
papepun, karl x sbr tunggu single tbaru diddy
selepas SUDAH
n yg lebih dashyat dr HILANG, SAAT, LENA hehe
diddy, jgn lupa solat & berdoa
Assalamualaikum
Tahniah Diddy..dapat offer berlakun lagi.
Semoga berjaya
Kak Inc
congrates!
wishing you the very best of luck ;)
congrates diddy....pas ni kita nntikan kemunculan diddy di cite OTAI...hehe..:)
oh diddy, all d best!!! lama tak tengok tv.. lama tak tgk muka diddy kat tv.. huhu, baiklah lepas ini akan slalu-slalu tgk tv..hehehe
Salam Diddy,
Seperti yg akak selalu pesan pada anak2 buah..."Always be true to youself and always believe in yourself"...kalau rezeki tu ada dalam lakonan, apa salahnya...at least you're beginning to be one great seniman. Keep it up!
Diddy..bila semua telemovie nak ditayangkan dik..tk sabar nak tengok Diddy berlakun..Windunya kat Diddy. Dah lama tak jumpa.
Semalam lepas jugak windu tengok Diddy n Nur dlam Nasi lemak Kopi O..
cak cak 2009 Diddy...
nak mintak mahap dari ujung tmbak johor smpai ujung golok sangat sbb x dpt datang tgk Diddy kat pencalonan muzik2 ari tu. Hari kerja + jauh la Diddy, harap Diddy faham eh...
Tp Diddy kna tao la kami tetap sukung Diddy no matter what hokeh!
p/s: Tak nak bagi ucapan selamat lagi la sebab nanti Diddy kata wawa bai syarahan =P
Hai Niessa =)
Diddy pun tak sabar nak tengok macam mana Diddy berlakon komedi. Harap2 menjadilah =)
Hai Anna =)
Macam Tony Jaa? T'kasih =)
Diddy nyanyi lagu Maroon 5 untuk audition AF4. Masa di dalam AF, lagu Inggeris yang Diddy nyanyikan adalah dari Rob Thomas =)
Hai Azwan =)
InsyaAllah. Semoga kita semua mendapat berkat.
T'kasih =)
Hai Zakiah =)
Ketika Diddy mula2 berminat untuk menulis di blog, Diddy sudah tetapkan supaya tidak menulis sesuatu yang agak peribadi. Diddy ingin menggunakan peluang di blog untuk lebih rapat dengan peminat dan pada waktu yang sama, berkongsi tentang karier Diddy.
Mana tahu satu hari nanti Diddy mungkin menulis lebih peribadi atau lebih kritis tentang sesuatu perkara, tetapi buat masa sekarang Diddy lebih selesa dengan cara ni =)
T'kasih untuk pandangan dan nasihat Zakiah =)
Hai Anonymous =)
InsyaAllah, semoga kita semua berjaya dalam hidup =)
Hai Amir =)
Semoga kita semua sama2 dimurahkan rezeki dan dilimpahkan kurnia oleh Allah S.W.T.
Hai Karl =)
Susah nak tentukan lagu apa yang menjadi pilihan ramai. Diddy hanya dapat buat yang terbaik dan selebihnya berdoa semoga ianya berjaya =)
Hai Kak Inc =)
Alhamdulillah rezeki ada di bidang lakonan =)
Sekarang ni Diddy tengah tunggu rezeki di bidang pengacaraan pula hehehe!
Bila Kak Inc nak jemput Diddy jadi pengacara? =)
Hai Jiejah =)
T'kasih! Go Jiejah Go! =)
Hai Zaza =)
T'kasih =)
Hai Yani =)
T'kasih =)
Jangan lupa saksikan juga Rebab Tidak Bertali, Kasih Berbunga Lalang, Anak Dr. Rashid dan Sukun =)
Promosi besar2an ni hehehe!
Hai Kuizikel =)
Diddy pun dah lama tak keluar di TV kecuali untuk rancangan Ewah2 dan Muzik2. Harap ada rezeki Diddy untuk muncul di kaca TV selain daripada berlakon drama =)
Hai Kak Ri =)
InsyaAllah Diddy akan cuba juga lain2 cabang seni selain daripada menyanyi. Mungkin menyanyi menjadi pilihan utama Diddy tapi Diddy tak akan menolak peluang untuk belajar sesuatu yang baru.
T'kasih Kak Ri =)
Hai Kak Intan =)
Lama tak jumpa Kak Intan =) InsyaAllah bila Diddy dah tahu tarikh siaran nanti, Diddy akan kongsikan dengan semua =)
Kak Intan sihat? Harap semuanya membahagiakan =)
Hai Wawa =)
Tak apa, Diddy faham =)
Bukan senang nak meredah jam waktu hari bekerja =)
Hi Diddy,^_^
K.intan sihat alhamdulillah. begitu juga hendaknya bagi pihak Diddy.
Semuga Diddy ceria selalu..
aii..diddy =]
sye brksmptn tg0k cter otai ri 2..
n i c u..
as kamal rite??
if i'm not mistaken..
hu3..
best diddy berlakon..
keep up da gud work!
bai2..
hye..diddy..
hihi..
alhamdulillah..sye brksmptn tgk cter nh..
bes jek..
nwae..all da best..
Hi. First time ever sy tengok Diddy berlakon dalam "Otai".Then sy tgk "Serakah Rashid",I think U are quite good in acting.
Anyway, semoga Diddy berjaya dalam bidang nyanyian dan juga lakonan. :)
Post a Comment