Latest Single - Lelaki Atas Awan



Thursday, April 16, 2009

Sukun

Bismillahirrahmanirrahim


Lama rasanya Diddy tidak menulis di blog Diddy. Memang Diddy rasa jadual Diddy padat untuk Diddy mengadap komputer riba Diddy. Memang ada banyak perkara yang Diddy ingin tulis tetapi masa tidak mengizinkan. Habis sahaja Anugerah Bintang Popular Berita Harian di Genting, Diddy hanya ada satu hari untuk berehat dan kemudiannya terus bersambung dengan penggambaran telefilem terbaru yang berjodol "Sukun". Bila berpeluang nanti Diddy akan letakkan gambar2 yang diambil sekitar ABPBH nanti.

Berbalik kepada telefilem Sukun,dalam telefilem ni Diddy hanya berlakon watak sampingan sahaja. Tetapi tujuan utama Abang Badrul selaku pihak pengurusan Diddy menerima watak tersebut untuk Diddy belajar lebih banyak lagi tentang lakonan. Telefilem Sukun adalah sebuah cerita semi komedi. Amat berat rasanya untuk Diddy membawakan watak komedi tetapi itulah cabaran yang diberikan oleh Abang Badrul pada Diddy. Memang amat berat cabaran tersebut. InsyaAllah Diddy akan ceritakan lebih lanjut bila Diddy berpeluang nanti. Penggambaran telefilem Sukun akan tamat hujung minggu nanti.

Terima kasih kepada semua yang meninggalkan komen. InsyaAllah Diddy akan jawab nanti.

Salam Sayang
Diddy

27 comments:

eleza737 said...

wah blakon lagi..
cayahlah! hehe
all da best ye diddy =)

Fadzrul Azree said...

telefilem ek??? wah... best2

Amir Rayyan said...

salam..ai abg diddy..wah byk tawaran..bagus..keep it up abg...mlm ABP ari tu best sgt tgk abg...all the best abg..will always support u.....take care...

@dDy@ said...

chaiyuk..chaiyuk..diddy...
caya lah...
ermm...x kesah la watak sampingan or watak utama, yang penting mencuba n terus belajar. betui x?

all d best k..

muaaahhhhh...

Anis Hayati said...

Salam...
Tahniah utk persembahan Diddy mlm ABPBH hari tu.
Memang best =)

Alhamdulillah, dapat berlakon lagi.
Walaupun watak sampingan je, tapi sekurang-kurangnya dapat memberi pengalaman dkt Diddy.

All the best.

Abby ♥ said...

Diddy, tgk gambar diddy kat blog eleza, gile kelakar, diddy mcm monster saje, hehe

congrats dpt offer lagi

love_anis said...

salam diddy.. :)
hye.. wahh.. SUKUN plak.. hehehe... alhamdulillah... rezeki tu. :)

tahniah... utk diddy.. perform kat abpbh 2008 hr tu.. bestt! tp kejap sgt.. x puas la.. heheheh..

seksi eh.. baju kat red carpet! hahaha...

ANGAH said...

Salam..
tahniah!! tui la ckp abg bad tu utk menimba pengalaman yang terbaik utk diddy.. mula2 biler abg bad sebut sukun..mcm buah sukun jew..
anyway.. all the best diddy! terpinar mata angah malam ABPBH dgn baju silver masa diddy nyanyi AZURA.
yang penting... diddy masih berlagu di pentas..dan org akan tetap ingat diddy...

Najwa said...

tahniah tahniah Diddy!

tapi telefilem Diddy yang Rebab Tidak Bertali & Anak Dr Rashid pun wawa masih belum berpeluang nak tonton. rasa x sabar sangat!

Hope Diddy akan update weols dengan pekembangan single2 Diddy ek...

So happy dengar rezeki Diddy mencurah2! belakon elok2 kayyy... all the best!

p/s: rindu lar lama x jumpa/gather2 dengan Diddy + Casarians yg lain...

Faisal said...

sukun??huhu suka makan sukun..seb baik tk sutun..hehe

all the best..dah tgk performance diddy kat ABPBH...thru youtube..

terubat juga kerinduan..

Salam.

~~Faisal the Londoner~~

Anonymous said...

Assalamualaikum

Best sgt performance Diddy kat ABP haritu wpun pendek jer.

Gud luck utk drama terbaru....buat yg terbaiiikkk

Kak Inc

CheRita HaTi said...

good luck yew Abg diddy...E`lyn STILL SUPPORT Abg Diddy N ARI TU TIME Abg diddy wat show kat ABP bagus lah vokal abg Diddy best!!!.

Unknown said...

hi diddy...

best diddy perform lagu azura mlm abph tuh..

alhamdullilah murah rezeki diddy dpt twran berlakon telefilem g...gud luck diddy..:)

D i d d y H i r d y said...

Hai Eleza =)

Macam nilah kerja nak cari rezeki =)

Nanti bila ada kelapangan Diddy akan letakkan gambar2 ketika di Genting =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Fadzree =)

Ya, telefilem lagi. Belum ada peluang berlakon filem. Sekarang ni rezeki di kaca TV dulu =)

Alhamdulillah

D i d d y H i r d y said...

Hai Amir =)

T'kasih =)

Sampai sekarang Diddy belum sempat tengok lagi. Harap2 adalah di YouTube =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Addya =)

Lama tak dengar khabar. Bila nak gathering lagi? Diddy rindulah pada semua warga Casa =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Anis =)

Alhamdulillah. T'kasih =)

Walaupun watak sampingan, ianya satu perkara yang agak susah untuk Diddy kerana Diddy bukan sahaja pelakon baru, tetapi Diddy juga tak pernah lakonkan watak komedi atau semi komedi. Semuanya menjadi satu proses pembelajaran untuk Diddy =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Abby =)

Nanti bila Diddy ada masa Diddy akan letakkan gambar2 tu di blog Diddy =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Anis =)

Sekarang ni cerita tentang buah Sukun pula hehehe!

Memang Diddy pun rasa sekejap saja. Tak puas tapi syukur dengan rezeki yang Allah S.W.T. berikan. Sekurang2nya Diddy berpeluang juga untuk membuat persembahan di pentas ABPBH. alhamdulillah.

Seksi ke? Ada cerita di sebaliknya =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Angah =)

Memang cerita tu fasal buah Sukun hehehe!

Tentang baju malam ABPBH tu, nantilah Diddy ceritakan. Nasib baik orang lain tak nampak amukan Abang Badrul. Memang menakutkan tapi kita terima saja seadanya. Kadang2 apa yang kita mahu tak semuanya kita dapat =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Wawa =)

Semua telefilem yang Diddy lakonkan belum lagi ditayangkan di mana2 TV. Kena banyak sabar tunggu tarikh siaran hehehe!

Diddy pun memang rindu nak jumpa dengan warga Casa. Dah lama rasanya tak jumpa dengan semua. Harap2 ada orang nak buat gathering nanti =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Faisal =)

Diddy sendiri pun belum sempat lagi nak tengok di YouTube. Bila berpeluang untuk online macam ni Diddy lebih pentingkan blog Diddy dulu hehehe!

D i d d y H i r d y said...

Waalaikumussalam Kak Inc =)

Diddy rindu pada semua. Sampai sekarang pun belum berkesempatan nak ambil kurma dari Kak Inc =)

Bila Kak Inc nak buat gathering lagi? Hehehe!

D i d d y H i r d y said...

Hai Lyn =)

T'kasih =)

Memang tak puas buat persembahan malam tu tapi InsyaAllah kalau ada rezeki di masa hadapan, mungkin Diddy dapat peluang untuk buat persembahan lebih lama =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Yani =)

T'kasih. Syukur Alhamdulillah semua orang suka persembahan malam ABPBH tempoh hari walaupun hanya sekejap. T'kasih untuk kata2 semangat dari semua.

Diddy sangat2 hargainya =)

Fadzrul Azree said...

" D i d d y H i r d y said...
Hai Fadzree =)

Ya, telefilem lagi. Belum ada peluang berlakon filem. Sekarang ni rezeki di kaca TV dulu =)

Alhamdulillah

April 19, 2009 11:53 PM"

ala, x pe, nnti ada rezeki akn brlakon filem pulak... Alhamdulillah rezeki abg...