Latest Single - Lelaki Atas Awan



Thursday, April 23, 2009

Rakaman

Bismillahirrahmanirrahim


Malam tadi Diddy baru habiskan rakaman untuk single terbaru. Lagu terbaru yang belum ada tajuk ni dicipta oleh Bad Hisham dan liriknya pula di tulis oleh Abie Abdullah. Sound Engineer yang bertugas untuk proses rakaman ni adalah Michael Blackburn dan rakamannya di buat di Junction Studio, Damansara. Lagu ni mengisahkan rasa cinta seorang lelaki terhadap kekasihnya sehingga membuatkan dia terasa seperti di awangan. Diddy rasa ni antara lagu yang mengambil masa yang lama untuk dirakamkan. Ada beberapa teknik nyanyian yang Diddy belum pernah gunakan sebelum ni Diddy perlu digunakan untuk lagu ni. Satu percubaan untuk Diddy dan Diddy harap ianya membuahkan hasil yang baik.

Minggu depan sekali lagi Diddy akan masuk ke studio untuk rakaman lagu baru. Lagu baru yang akan Diddy rakamkan ni adalah hasil ciptaan Cat Farish dan Diddy sangat suka dengan melodi lagu ni. Diddy dan Abang Badrul sudah berbincang untuk album kedua ni kami nak gunakan komposer2 dan penulis2 lirik yang baru. Bukan bermakna kita tidak mahu bekerja dengan komposer2 yang sudah ada nama, tapi ni hanyalah percubaan untuk mencari lagu2 yang lebih segar. Selain daripada mereka, Diddy juga sudah mendapat sebuah lagu daripada Nurfatima dan juga sebuah lagu daripada Aizat. Diddy juga berharap dapat bekerjasama dengan Sharon Paul, Pam Yuen, Omar K dan tentunya Audi Mok sendiri. Ni hanyalah permintaan Diddy dan masih lagi memerlukan persetujuan pihak pengurusan Diddy. Diddy tahu Abang Badrul baca blog Diddy hehehe!

Petang nanti Diddy akan ke One Utama sempena acara Fashion On 1 di Gala@1U, New Wing One utama. Sekarang pun masih lagi berfikir nak pakai baju apa =) Fashion On 1 ni akan bermula jam 7 petang nanti.

Salam Sayang
Diddy

15 comments:

mUzLiA said...

salam diddy...waaahh..2nd album....good luck utk diddy...xsabar lak kak muz nk tggu nieh...hehehehe...

Anis Hayati said...

Salam...
tak sabarnya nak tunggu album kedua diddy ni.
harap semuanya tak ada masalah.

oh ya, untuk pertanyaan diddy yg sebelum ni..anis dah sambung belajar ke belum.
skrg masib kerja part time lagi.
kerja tmpt bekam lintah (bisnes mak ayah nabil raja lawak)
anis ada dpt matrik perakaunan dkt changlun, kedah.. jauh tu. hehe
tapi tak tahu nak pergi ke tak.
tunggu keputusan IPTA keluar 1 Mei ni,
insyaallah kalau dapat bidang yang ok.. anis pergi IPTA, kalau tak, pergi matrik..hehehe

All the best ye diddy.
Moga sentiasa dimurahkan rezeki.
Amin...
Kirim slm kat abg bad

eleza737 said...

wahh ondaway album baru..
*clap clap*
gud lak diddy!

asri said...

salam..diddy..sy org baru yg komen kt sini..
wah bgusla..naikkan industri seni tnahair..
salam peperiksaan dari kami..
pelajar undang2 tahun pertama UM..

Azwan Hashim said...

Salam Diddy..

Semoga lagu yg baru dirakamkan itu akn menjadi hit dan mencipta kejayaan tersendiri..

Baguslah bila Diddy dapat belajar sesuatu yg baru bg setiap lagu yg dirakamkan. =)

Agaknya bila Diddy nak cipta lagu dan lirik sendiri yer? Mana tahu ada bakat terpendam kan?

All the best Diddy. =)

P/S- Agak2 Diddy ingat saya lagi tak, yg kita jumpa di Hotel Theme Park hari Isnin lps ABP, b4 Diddy & Abg Bad balik KL..hehehe.. =)

Faisal said...

Hyee Diddy..Semoga sihat..

dat day dah ADD Facebook Diddy..takde sape nak tolong approve kan ke??i'm waitin'...

it's good knowing you're working with those proffesionals.They are bunch of people who have passion on what they are doing..ie music..Grab as much ilmu as u can from them!!

Mcm Faisal..im passionate about my studies..accounting...im dyin' with my books now coz exam is approaching!!~takott~~.and the same applies to you..Diddy you've got to have the passion..be a smart entertainer..intelligent singer..and i know you are workin' on it by hard..i can see it..keep being who you are..coz you are adorable,you have passion..pray to God..and you should be alright..and all the hardwork will eventually pay off..Aminn..(Doa dari seorang peminat nihh..hehehe)

~~faisal the londoner~~

FFMS said...

Salam Diddy.
Good luck.
semoga kehadiran Diddy akan lebih memeriahkan industri musik tempatan.

i like ur songs.
jaga diri baik2.

D i d d y H i r d y said...

Hai Kak Muz =)

Album kedua tu masih dalam proses. Sekarang baru nak rakam lagu yang ketiga. Tapi tak apalah, Diddy nak banyak masa untuk faham lirik dan melodi. InsyaAllah semoga Diddy dapat buat yang lebih baik daripada album pertama =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Anis =)

Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan dengan lancar. Sekarang ni Diddy nak kena bahagikan masa betul2 antara tawaran berlakon, persembahan nyanyian dan rakaman album. Memang padat sikit jadual Diddy tapi Diddy sangat2 bersyukur dengan rezeki yang Allah S.W.T. kurniakan pada Diddy.

Harap2 Anis berjaya dalam pelajaran dan dapat sambung ke pusat pengajian tinggi.

Salam untuk Mama Anis ya =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Eleza =)

Hehehe! Gambar Diddy kena 'tembak' kepala masa di Genting pun Diddy tak sempat nak letakkan lagi di blog.

Alhamdulillah, album kedua tak terlalu cepat dan tak terlalu lambat =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Asri =)

Selamat datang ke blog Diddy hehehe! Tengah periksa sekarang ya? Selamat menjalani peperiksaan dan semoga berjaya dengan cemerlang =)

Sampakan salam Diddy pada semua pelajar2 tahun pertama Undang2 UM =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Azwan =)

InsyaAllah Diddy ingat. Azwan yang datang bersama dengan Farid kan? Masa tu memang kita tengah nak cepat bertolak balik sebab Abang Badrul ada rakaman untuk iklan.

Diddy dah tulis lirik untuk single terbaru Diddy bertajuk Sudah. Lirik untuk lagu Sudah Diddy tulis bersama Nurfatima kerana lagu tersebut lagu duet.

T'kasih Azwan =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Faisal =)

Sekarang Diddy belum boleh add sesiapa di Facebook kerana sudah penuh. Facebook hanya benarkan untuk add 5,000 friends saja. Diddy sedang fikirkan cara untuk add lebih ramai. Mungkin Diddy akan tutup personal Facebook dan buka fanpage Facebook saja.

T'kasih atas doa seorang peminat hehehe! Semoga ia menjadi satu kenyataan. Amin =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Fatin =)

T'kasih kerana sukakan lagu2 Diddy =)

Tak ada perkara yang lebih menggembirakan seorang penyanyi selain daripada ada orang yang menyukai lagu yang dinyanyikannya =)

InsyaAllah Diddy akan jaga diri baik2. Fatin pun jaga diri baik2 ya =)

Anonymous said...

assalamualaikum abg diddy..abg diddy,sy merayu kat abg diddy..kalaulah blh,abg tulis lirik "biar diddy sambung feat. wangi"...sy sukaaa sngt lgu tu!..stiap kli sy dngr lgu tu kat xfresh,hotfm atau era..msti sy pasang kuat2!!..hehe,..sy merayu sngt2 kt abg diddy..semoga abg diddy boleh tulis lirik dia..=)