Latest Single - Lelaki Atas Awan



Monday, April 6, 2009

Earth

Bismillahirrahmanirrahim



Khamis lalu bertempat di Mid Valley Megamall berlangsung pelancaran 'Estée Lauder Companies Earth Month 2009' yang dianjurkan oleh Estée Lauder Companies Malaysia. Ramai selebriti tanahair yang turut hadir memeriahkan majlis. Diddy hadir sebagai Celebrity of Clinique. Tujuan utama Earth Month ni diadakan adalah untuk mengajak semua pengguna barangan kosmetik dan penjagaan kulit untuk mengitar semula bekas2 kosmetik dan penjagaan kulit demi menjaga bumi kita.



Diddy rasa beruntung kerana dapat turut serta dalam majlis sebegini. Walaupun mungkin ia dipandang hanya sebelah mata oleh sesetengah pihak, mengitar semula barangan adalah perkara yang harus diberi pandangan serius. Pada masa sekarang ianya hanyalah sekadar masalah yang kecil tapi bayangkan lima atau sepuluh tahun akan datang. Ada kesan yang lebih teruk menanti. Pada Diddy perkara ni menjadi tanggungjawab kita bersama demi menjamin masa depan anak2 kita menikmati kehidupan yang baik.



Pada hari Jumaat pula Diddy ada rakaman untuk single baru. Rakaman dijalankan di Studio Junction di Damansara. Alhamdulillah Diddy rasa semuanya berjalan dengan lancar. Sekarang ni lagu tersebut akan masuk ke peringkat arrangement. Selepas majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian nanti sekali lagi Diddy akan masuk studio untuk rakaman single seterusnya. Minggu ni pula aktiviti Diddy dihadkan hanya untuk latihan persembahan di malam ABPBH'08 nanti. Diddy akan ke Genting Highlands pada hari Jumaat nanti.

Salam Sayang
Diddy

9 comments:

Qarl said...

bgus la

diddy

kesibukan ni satu petanda yg positif buat karier diddy

ingat, jgn tinggal solat! mohon keberkatan dariNYA

Zuwairi said...

erm..

bagus~
alat kosmetik+ alat2 lain..
semua patut dikitar semula~

xsabar nk tgk persembahan diddy kat ABP nnti~

diddy chaiyok2~

Abby ♥ said...

As Salam Diddy,

lari topik,

now peps will not confusing u between Faren/SpaQ
sebab Faren dah botak, huhu
tapi u jgn 'hilang' kan rambut u
nanti i 'sudah' dgn u
hehe :p

btw, memang bagus u join xtvt mcm nih, artis adalah rolemodel, bila artis kesayang kita buat, msti kita akan tertarik dan buat sama

Amir Rayyan said...

Salam..ai abg diddy..x sbr nk tgk performance abg kt ABPBH nanti..all the best k/....

Nicha Amu said...

wahh..
best nyew ad byk program cm2..
tingin nk join.. mst best..
hehe..

neway, gudluck tuk performance 4 ABPBH ek..
chaiyOk2, Abg Diddy..
:)

Anonymous said...

Salam Diddy

wah... semakin bz Diddy sekarang.
Tadi Kak Inc tgk Diddy kat Macam macam Aznil yang Diddy main tiup tepung... hehehehehhe
All the best utk performance kat APBH Ahad ini.

Kak Inc

Fiesya said...

Salam abg diddy...
Patut ke fiesya pggil abg cz klu ikut pangkat bkn abg kot....
FYI fiesya nie sepupu kak norazah@mas (USJ) (baba fiesya nie adik kpd emak kak mas yg ddk kt kobena tu)

Anonymous said...

akum...
best diddy perform lagu jamal td..satu percubaan yg baik...
tahniah..

dr k.maya & family

하 니 said...

Diddy! Suka performance smlm.. best.. even kjap je..
tp best.. hehe.. sore macho.. :D