Latest Single - Lelaki Atas Awan



Monday, April 27, 2009

Fashion

Bismillahirrahmanirrahim

Bersama Stacy

Minggu lalu Diddy menghadiri satu majlis pertunjukan fesyen, Fashion On One Gala@1U di One Utama. Diddy bukan tahu sangat tentang fesyen tetapi atas jemputan, Diddy hadirkan diri. Dalam kad jemputan tertulis supaya berpakaian untuk majlis cocktail. Jadi Diddy ambil keputusan untuk pakai kemeja yang ada dan kalau sebelum ni Diddy selesa memakai jeans tapi kali ni Diddy pilih seluar biasa. Memang ramai tetamu yang dijemput tetapi Diddy tak dapat berada lama di sana kerana keesokan harinya Diddy masih ada penggambaran yang berlangsung awal pagi. Jadual Diddy minggu lalu dan minggu ni juga agak padat menyebabkan Diddy tak berpeluang untuk menulis di blog.

Bersama pelakon filem Talentime, Pamela Chong

Minggu ni Diddy dapat tawaran untuk berlakon sebagai pelakon undangan dalam drama siri komedi Otai untuk tayangan TV9. Diddy berlakon dalam dua episod dan penggambaran episod pertama yang Diddy lakonkan bermula siang tadi. Esok ada lagi satu episod untuk disiapkan. Siri sitkom Otai ni dihoskan oleh Saiful Apek dan Nasha Aziz. Nanti Diddy akan ceritakan lagi.

Bersama Ida Nerina dan Stacy

Hari Rabu nanti Diddy akan masuk studio untuk rakaman lagu baru bersama Cat Farish. Tajuk lagu ni ialah Sambung. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar. Sekarang ni sebenarnya Diddy tengah menghafal skrip dan pada masa yang sama menghafal melodi untuk rakaman nanti. Sebab tu Diddy rasa macam tak ada banyak idea untuk menulis di blog.

Bersama Stacy

InsyaAllah bila masa Diddy sudah agak lapang, Diddy akan balas semua komen yang ada. Sudah jadi macam burung Kakak Tua sebab Diddy selalu ulang perkara yang sama hehehe! Tapi nak buat macam mana kerana masa tidak mengizinkan. Diddy bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. yang memberikan rezeki pada Diddy.

Salam Sayang
Diddy

8 comments:

Azwan Hashim said...

Salam..hye Diddy..

Semoga apa yg dirancang dan dijalankan berjalan dgn lancar..

Pujian baut Didiy kerana biarpun busy dgn jadual yg begitu padat tetapi masih sempat update blog buat kami semua.. =)

All the best bro! Syabas!!

Amir Rayyan said...

salam..ai abg diddy..semoga segalanya lancar k..take care...always support u...

ajym said...

wwah.... cantik lah baju merah diddy tu.... kalau nak lelong nanti bagila tau yek....

Nicha Amu said...

Wahh, diddy..
hensem nyew skang..
hehe.. lawa la rantai huruf 'D' tue..
Neway, gud luck 4 ur recording nnt besame Cat Farish..
Pasni try la duet ngan Stacy plak..
mst gempak nnt.. nmpk mcm serasi jew..

D i d d y H i r d y said...

Hai Azwan =)

T'kasih =)

Diddy pun tengah curi2 masa yang ada untuk menulis di blog. Kadang2 terlalu letih sampai tak sempat nak buka laptop =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Amir =)

Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan dengan lancar. T'kasih =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Abg Ajym =)

Hehehe! Kemeja ni murah saja =)

Diddy beli di Sub =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Niessa =)

T'kasih. Diddy akan rakam lagu dengan Cat Farish hari Rabu malam. Harap semuanya berjalan dengan lancar, InsyaAllah =)