Latest Single - Lelaki Atas Awan

Sunday, April 19, 2009

Shooting

Bismillahirrahmanirrahim

Hari pertama penggambaran

Penggambaran telefilem Sukun masih berbaki sehari. Esok adalah hari terakhir penggambaran dan Diddy memang rasa keletihan. Cuaca panas dan hujan yang tidak menentu menyebabkan penggambaran ditangguhkan beberapa kali. Selepas balik dari Genting tempoh hari Diddy hanya berpeluang berehat hanya sehari. Hari Sabtu lepas ada Majlis ulangtahun yang ke-14 Majalah Mangga dan malamnya pula Diddy ke Seremban untuk persembahan satu majlis makan malam alumni di sana.

Bersama Abang Kaza

Berbalik kepada telefilem Sukun, pelakon utama untuk telefilem ni adalah Abang Kaza. Selain daripada Diddy, telefilem ni juga turut dibantu oleh Fizz Fairuz dan Azza serta lain2 pelakon. Penggambarannya dijalankan sekitar Pandan Indah, Setiawangsa dan Taman Maluri. Alhamdulillah kerana ianya tak begitu jauh dari rumah Diddy dan perjalanan untuk sampai ke tempat penggambaran hanya mengambil masa yang singkat. Cuma kesian juga pada Abang Badrul yang setiap pagi terpaksa memandu dari Puchong.

Bersama Fizz Fairuz

Sekarang ni Abang Badrul dah melantik seorang Pengurus Peribadi untuk Diddy. Biarlah nanti Abang Badrul sendiri yang ceritakan kerana urusan semuanya adalah di bawah pengurusan F-Tersix Sdn Bhd. Sudah ada beberapa persembahan seperti di Sungai Petani, Taiping dan juga di Seremban yang diuruskan oleh Pengurus Peribadi Diddy. Sudah beberapa kali juga dia bersama Diddy ketika penggambaran. Buat masa sekarang, Pengurus Peribadi Diddy masih lagi di dalam tempoh percubaan dan Abang Badrul masih lagi mengadakan latihan sambil bekerja untuk dia.

Bersama Azza

Persembahan di majlis makan malam alumni di Seremban hari Sabtu lepas adalah satu perkara yang sangat2 Diddy nantikan. Lebih seminggu lamanya Diddy tak menyanyi dan peluang yang datang Diddy gunakan sepenuhnya. Walaupun Diddy dah buat persembahan sebanyak lima buah lagu, tetapi bila diminta untuk menyanyi satu lagi lagu tambahan, Diddy menyanyi sampai dua buah lagu hehehe! Walaupun persembahan tamat lebih kurang pukul 11.30 malam Diddy terpaksa pulang terus ke Kuala Lumpur kerana pada hari Ahad penggambaran telefilem Sukun disambung kembali seawal pukul tujuh pagi.

Telefilem semi komedi

Masih banyak lagi cerita2 yang belum sempat Diddy tuliskan di blog. InsyaAllah bila berkesempatan nanti Diddy akan tulis juga. Minggu ni pula Diddy akan masuk studio sekali lagi. Ada dua lagu yang akan dirakamkan iaitu satu pada minggu ni dan satu lagi pada minggu hadapan. Diddy juga baru dapat tawaran untuk berlakon dalam satu drama bersiri tetapi ianya masih lagi di dalam perbincangan antara pihak produksi dan pihak pengurusan Diddy. Diddy serahkan semuanya pada Abang Badrul.

Kali kedua ditangkap polis dalam dua telefilem berbeza

Sebelum Diddy terlupa, Facebook Diddy sudah penuh dan Diddy tak boleh lagi nak tambah orang yang ingin add Diddy. Buat masa sekarang Diddy belum ada masa lagi untuk fikirkan apa yang Diddy nak buat. InsyaAllah bila Diddy ada sedikit kelapangan nanti Diddy akan uruskan Facebook Diddy.

Salam Sayang
Diddy

21 comments:

Anonymous said...

bismillahirahmanirrahim...

ya allah diddy.. nampak kurus & penat. tp expression diddy dlm gambar2 ni mesti kak hezz suka.

arin jumpa kak hezz n kak inc sabtu lepas. lama betul dah tak jumpa diorg & geng casa yg lain.

jaga diri, jaga kesihatan & jaga jagaa... hahhaaahaa.. :D

so proud of you,
arin

Anis Hayati said...

Salam...
betul tu arin. diddy nmpk makin kurus kan.
Kerja-kerja juga, kesihatan tetap kena jaga.

All the best

Zwairy said...

Salam..

all the best diddy~
rezeki mencurah..

jgn kena tangkap ngan polis betul2 udah~

Anonymous said...

Assalamualaikum

Kesian Diddy... kena tangkap polis sbb curi buah sukun ke? He he!
Seronok dgr cerita Diddy banyak dapat job wpun ekonomi gawat, alhamdulillah. Kalau jadi berlakun drama bersiri lagi best, hari hari boleh tengok Diddy kat TV.
Nak buat gathering? Kak Inc ok jer sebab K Inc tak de show, drama pun dah tak laku...wakakakakaa. Sori, terlawak plak. Tunggu Diddy & Bad free saja.

Take care, ya

aMir RaYYaN said...

salam..ai abg diddy,,take care tau..keje2 jg..tp kesihatan jaga tau...ti da ms comment my blog k...will always support u insyaALLAH..

my name is KARL said...

bro


hye

next year leh msuk abp nih

pelakon tv lelaki popular

ajym said...

WAH...dapat offer berlakon lagi.... best...best..muka pun dah nampak letih...tetapi gambar bersama Fizz Fairuz tu...nampak diddy lebih segar....mungkin diddy lebih perihatinkan...baguslah gitu ..bagi nasihat sikit kat Fizz tu...dia selalu nampak selekeh...hehehe...op...terlebih sudah...

Diddy dah kurus...oklah tu..lebih kacak jika diddy kurus....

Azwan Hashim said...

All the best bro!!
Do the best ok.. :)

ANGAH said...

Salam diddy
Patutla..citer buah sukun. Takkan la diddy kena tangkap curik buah sukun. kelako tgk diddy pakai baju kemeja siap dgn tali leher tapi naik beskal.
Diddy ... gambo senyum dlm keletihan ekkk..tak per. Rezeki bukan slalu. All the best!!! Tunggu... telemovie Sukun...

Wawa said...

waaa..... kacak nya Diddy bila kena tangkap, hahahaha...

harap Diddy banyak kan berehat bila berkesempatan.. syukur lah rezeki Diddy nampak melimpah ruah tertumpah2 nampaknye, hehehe...

Waa, Diddy dah ada PA skarang.. chaiyok2..

All the best buat Diddy!

D i d d y H i r d y said...

Hai Arin =)

Lama Diddy tak jumpa Arin. Sekarang ramai orang cakap Diddy dah kurus. Memang penat sikit terutamanya masa shooting yang lama. Semua tu kerja jadi kena buat sebaik mungkin.

Kalau Arin jumpa siapa2 dari Casa sampaikan salam Diddy pada semua =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Anis =)

InsyaAllah kesihatan Diddy masih terjaga. Makan minum pun masih sama tapi mungkin kerja lebih teruk sikit.

T'kasih Anis =)

Anis dah sambung belajar?

D i d d y H i r d y said...

Hai Zwairy =)

Alhamdulillah rezeki dari Allah S.W.T.

Hehehe! Minta jauhkan kena tangkap betul2 =)

D i d d y H i r d y said...

Waalaikumussalam Kak Inc =)

Dah hampir dekat tekaan Kak Inc. Memang melibatkan buah Sukun.

Alhamdulillah rezeki Diddy di bidang nyanyian dan lakonan bergerak sama rata. Walaupun tak laju tapi sentiasa bergerak ke hadapan. Syukur Alhamdulillah.

Diddy baru dapat tawaran untuk berlakon drama bersiri tetapi awal2 ni sebagai pelakon undangan. InsyaAllah kalau ada rezeki di masa hadapan.

Diddy memang teringin sangat2 nak buat gathering. Rindu pada semua. Nanti Diddy bincang dengan Abang Badrul. Tapi sekarang ni semua orang tengah sibuk dengan AF7. Mungkin tunggu lepas habis rancangan ni dulu =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Amir =)

InsyaAllah bila ada kesempatan nanti. Sekarang ni nak buka blog sendiri pun tak pasti bila Diddy ada kesempatan hehehe!

T'kasih Amir. Diddy hargai sangat2 =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Karl =)

Hehehe! Belum apa2 dah nak fikir fasal pencalonan =)

Diddy rasa ada ramai orang lain yang lebih layak. Diddy budak baru belajar saja dalam bidang lakonan ni =)

T'kasih kerana percaya dengan bakat Diddy =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Abg Ajym =)

Alhamdulillah. Nyanyian dan lakonan berjalan serentak. Ada masa kena bahagikan macam minggu lepas. Hari Sabtu berkejar ke Seremban dan balik pada malam yang sama sebab ada shooting pada awal pagi Ahad. Mungkin sebab tu nampak kurus =)

Fizz pada Diddy sentiasa nampak kemas Abg Ajym. Mungkin masa Abg Ajym tengok tu silap masa atau kehendak skrip hehehe!

Sekarang Diddy dah terlebih kurus =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Azwan =)

T'kasih kerana sudi tinggalkan komen dan t'kasih kerana singgah di blog Diddy =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Angah =)

Cerita memang fasal buah Sukun tapi ada banyak sub plot yang menggabungkan semua cerita. Diddy lakonkan watak hanya dalam sebahagian dari cerita Sukun =)

Berlakon memang sangat letih dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Diddy hormat dengan semua pelakon di Malaysia =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Wawa =)

Hehehe! Bila baca skrip Diddy ada babak Diddy kena naik basikal pakai kemeja dan tali leher, memang rasa kelakar =) Sekarang ni motorbot dan kapalterbang saja yang Diddy belum bawa hehehe =)

Alhamdulillah tapi bukanlah rezeki Diddy melimpah ruah. Rezeki memang sentiasa ada dah syukur kepada Allah S.W.T. masih belum putus. Diddy kena bekerja keras setiap masa.

Abang Badrul lantik Pengurus Peribadi. Dia belum mahu PA tapi rasanya dia tengah cari seorang PA juga untuk Diddy =)

T'kasih Wawa. Rindu pada semua =)

Fatin Filzah said...

hello.
nak tgk cte ni!
mcm best je.
komedi?
wah.
i like kaza jugak.
dia kelakar sgt!