Latest Single - Lelaki Atas Awan



Monday, May 11, 2009

Pencalonan

Bismillahirrahmanirrahim


Sudah lama rasanya Diddy tak menulis di blog. Diddy ada masalah dengan sambungan internet di rumah. Mula2 diberitahu masalah modem yang mungkin rosak, tetapi kemudiannya disebabkan ada gangguan sambungan. Hampir seminggu juga Diddy tak dapat untuk online sehinggalah hari ni. Alhamdulillah dapat juga menulis kembali di blog. Jadi Diddy nak tuliskan perkara yang terbaru dalam karier Diddy.


Minggu lalu lagu Sudah nyanyian duet antara Diddy dan Nur dicalonkan untuk Muzik2 TV3. Pencalonan ni Diddy anggap antara perkara yang amat istimewa dalam hidup Diddy kerana Diddy turut menulis lirik bersama Nur untuk lagu ni. Lagu Sudah sangat bermakna kerana buat pertama kalinya Diddy diberi peluang dan tanggungjawab oleh pihak pengurusan Diddy untuk sama2 terlibat dalam penghasilan lagu. Bukan satu perkara yang mudah kerana Diddy mengambil masa selama lebih tiga minggu untuk menulis lirik lagu ni termasuklah proses pertukaran perkataan. Belum lagi termasuk tempoh menukar sebahagian besar lirik lagu ni kerana pihak pengurusan Diddy dan Audi Mok mahukan ianya dalam bentuk dialog.


Proses rakaman untuk lagu Sudah juga mengambil masa yang sangat lama kerana mereka mahukan penghayatan daripada Diddy dan Nur di samping lirik lagunya yang amat panjang dan perlu diingati. Diddy memang sangat berpuas hati dengan penghasilan lagu Sudah. Bermula dari penulisan lirik, susunan lagu, hinggalah ke proses mastering, Diddy memang sangat gembira dan kagum. Mungkin lagu ni jarang mendapat tempat di radio2 utama tetapi lagu Sudah sering diputarkan di Suria FM dan Xfm. Malah lagu Sudah turut tercalon dalam carta Xfm. Tidak mengapa, mungkin bukan rezeki Diddy di radio2 utama tersebut. Diddy percaya lagu Sudah ada peminatnya yang tersendiri.


Diddy juga ingin mengambil kesempatan nak ucapkan jutaan terima kasih dari hati pada Kak Aidid, Eleza, Shidi, Kak Hezz dan keluarga serta Arin yang sudi datang ketika pencalonan Muzik2 tempohari. Terima kasih kerana sudi memberikan sokongan. Pada yang lain, Diddy faham kerana hari tersebut adalah hari bekerja. Tentu sukar nak datang apabila rakaman dibuat jauh di Shah Alam, terutamanya untuk mereka yang bekerja di Kuala Lumpur. InsyaAllah bila ada rezeki kita akan ketemu nanti.


Kalau ada masa dan kesempatan, jangan lupa untuk mengundi lagu Sudah di Muzik2. Cuma smskan MM (jarak) S684 dan hantarkan ke 33399. Kalau tak salah Diddy, setiap sms dicajkan 50sen. Terima kasih sekali lagi dari hati.

Salam Sayang
Diddy

23 comments:

Atin said...

saye ade tgk kat muzik2..ehehehe

Amy said...

Salam Diddy,
wah lamenya x jenguk blog diddy. Diddy pekabar skrg? Masih bz lg ke?? Diddy makin kerap berlakun skrg erk? Anyway best of luck yah!!

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

hrp layak masuk semifinal nnt :)

D i d d y H i r d y said...

Hai Atin =)

Kenapa tak tegur Diddy? Mesti Atin datang nak beri sokongan pada artis lain kan hehehe! Tak apa =) Lain kali tegur saja =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Amy =)

Diddy pun dah lama tak dapat jenguk blog orang lain sejak internet ada masalah. Macam mana keadaan di Germany? Bilalah Diddy nak ada cukup duit nak pergi sana.

Sekarang Diddy dah berlakon. Nanti bolehlah Amy tengok Youtube lakonan Diddy hehehe!

D i d d y H i r d y said...

Hai Anuar =)

InsyaAllah. Kalau cukup undian, InsyaAllah ada rezeki ke separuh akhir. Tapi kalau bukan rezeki, tak mengapa. Cuba lagi =)

Amy said...

Lahai Diddy nih buat lawak la..Amy pasti duit da cukup la nak dtg germany cume u tuh bz je memanjang tau. So far sini ok la tp arini hujan la plk.
Ahh mmg kte duk tggu kot2 ade sape2 tlg dload kt Youtube tuh. So far xde lg lah. Mgkin ade kot lps2 nih.

@dDy@ said...

diddy.....kak addya mintak maap byk2 x leh nk g ritu. kalau ari senin smpai jemahat, memang x leh nk g memana. tmbh2 selasa to khamis, wajib kuar dr opis lmbt. kalau ari sabtu ngan ahad or public holiday, insyaAllah..gtau jer ader kat mana, kalau x ader aral yang melintang pukang...kak addya akan g kasik moral support kat diddy.( tp area lembah klang je la.. luar dr tuh..uhuhu..)..semuga diddy terus success k...chaiyok...

Anonymous said...

Salam ziarah. Sekadar membuat hebahan untuk kepentingan ummah.

Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...

Miss Neddy said...

hai diddy, neddy pun dah lama tak view blog diddy. bz amat la skrg. wish u gud luck.:)

ayah,ummi, farish said...

akum...
maaf hr tu x dpt dg..almaklumlah jauh..kalau weekend Insya Allah..aper2 pn kami sekeluara sentiasa mendoakan kejayaan diddy..
akak cma dpt tgk kat tv jer sabtu lps..
dah lama sgt x jumpa diddy ekk...

okey..moga diddy lebih berjaya dan terus maju kehadapan.Insya Allah

AZ at Work said...

all the best diddy ngn lagu duet ni.

apapapun suka single baru diddy tu. very catchy song n insyaAllah bakal meletops. ;)

Anonymous said...

Hi Diddy
Maaf juga tak dapat datang haritu sbb ada class. Tapi nasib baik dapat tgk ulangan masa hari Sabtu. Family semua kata Diddy nampak muscular... hari hari pergi gym ke?
Sorilah kalau K inc tak dapat join aktiviti dgn geng Casa kebelakangan ni. K inc cuma mampu support dgn mengundi jer... he he he!

Najwa said...

Diddyyy... i da undi... nnti i undi dan undi lagik k... pasni AF da abes, nak undi lagu diddy plak. hehehehe...

gud lak Diddy!

p/s: lama x dgr Diddy nyanyi live :(

-- said...

Kita pergi tengok rakaman tu. Memang Diddy balik awal ke? Tak sempat nak amik gambar.

AjymNarnia said...

lama juga tak masuk sebab bad ada bg tau yg modem diddy rosak...dah nak rosak nak buat camana kan...

ok...abg ajym akan undi lagu diddy...

Anonymous said...

hi diddy
lama aqua x tgglkan komen kat sini
aqua dh undi gak lagu diddy
tp x byk ar...hehe pas af insyallah
undi bebyk untuk lagu ni...peace

lama kan x jumpe diddy
diddy pun sbuk memanjang
22 ni diddy free ke? jom lah
g serambi pak ungku ader MAJLIS A
LOMPAK AGO GO..
nanti aqua btau ngan bebudak casa skali...leh geder2 kalu diddy x bz lah..Aqua ngan Tre akan inform ngan abg bad tgk diddy free ke tak yer...

OK lah..papai..
kak tre kim salam kat diddy..

kak hezz said...

hi Diddy... sowie dah lama tak berkesempatan menjenguk... hehehe...

seronok jumpa diddy jugak after a long while... tp sorry tak dpt stay lama... ada kerja menunggu... hehehe

hope nanti kita dpt geder2 ramai2 lagi cam dulu... leh akak sambung gaduh ngan Abad lagi... hahahahhaa

wishing you all the success in the world... stay the way you are bro :)

Faisal said...

Hai Diddy....

Long time no see....

Misshy Innz said...

abg diddy !
innz follow blog abg erk
;)

ANGAH said...

salam...
semoga diddy sihat walafiat... thanks cetting kat blog bad ptg smlm. nama lg diddy pon pelik tapi menarik 'LELAKI DI ATAS AWAN'. hope this single will be success...dah lama tak dengo lagu terbaru dari diddy...
All the best!!!
ermmm...sapa la lelaki di atas awan nh...Superman??? hehehhe...

AZ at Work said...

diddyyyyyyyyy, esok kita jumpa ek. ;)

AZ at Work said...

didddyyyyyyyy esok kita jumpa yer. :D