Latest Single - Lelaki Atas Awan

Saturday, May 30, 2009

Wayang

Bismillahirrahmanirrahim


Sudah lama rasanya Diddy tak menulis di blog. Masa memang tidak begitu mengizinkan ditambah pula dengan masalah sambungan internet yang Diddy hadapi. Sekarang ni Diddy berada di kampung untuk berehat selama beberapa hari selepas habis buat persembahan di Johor Bahru. Selain bercuti, Diddy juga perlu menghadirkan diri untuk majlis perkahwinan saudara sebelah tunang Diddy. Jadi peluang berada di kampung ni Diddy gunakan untuk menulis cerita terbaru.


Minggu lalu selepas habis sessi fotografi untuk kulit album dua single terbaru, Diddy dijemput untuk sama2 menonton wayang bersama peminat dan rakan2 dari pelbagai Kelab Peminat. Siangnya memang meletihkan tetapi jemputan untuk menonton wayang satu perkara yang Diddy tak akan lepaskan. Seingat Diddy, sudah lama Diddy tak menonton wayang. Masa banyak dihabiskan untuk menyiapkan lagu2 untuk album terbaru, berlakon atau persembahan pentas. Kalau ada masa terluang, Diddy rehatkan diri di rumah.


Tak sangka pula ramai yang menonton wayang bersama2. Kalau tak salah Diddy hampir 30 orang semuanya. Mereka berpakat untuk menonton filem Syurga Cinta, bukan saja untuk memberikan sokongan kepada Haliza tetapi juga memberikan sokongan untuk industri filem tempatan. Memang Diddy rasa sangat teruja kerana dapat bertemu dengan ramai teman-teman lama, dan tidak ketinggalan yang baru. Kak Inc pun datang tapi sekadar bertemu kerana dia datang ke MidValley untuk membeli belah bersama keluarga.


Sebelum menonton wayang Diddy sempat pergi makan malam bersama Auntysms, Kak Aidid, Abg Lan, Eleza, Kayun, Wawa dan Abang Badrul. Terima kasih banyak2 Auntysms kerana sudi belanja Diddy makan. Bukan Diddy saja, tetapi kerana belanja kami semua makan malam. Semoga Allah S.W.T sentiasa memurahkan rezeki Auntysms sekeluarga. Sambil makan sempat juga Diddy kacau Arin yang telefon Wawa. Jangan marah ya Arin hehehe!


Cerita Syurga Cinta agak menarik. Diddy suka dengan lakonan semua termasuk Adik Haziq Tom Tom Bak. Memang kelakar watak yang dia bawa. Diddy rasa Haliza pun berlakon dengan baik walaupun ianya lakonan pertama. Mungkin watak Haliza agak berat dan perlu banyak berbicara tentang fakta. Tak rasa rugi menonton filem Syurga Cinta. Walaupun Diddy agak letih tetapi filem Syurga Cinta menghiburkan untuk Diddy.


Habis saja menonton wayang, sebahagian daripada kami singgah di Bangsar untuk minum sebelum pulang ke rumah. Ada yang terpaksa balik kerana keesokannya adalah hari bekerja. Lebih kurang satu jam di Bangsar, Diddy terpaksa minta diri kerana hari dah agak lewat. Malam esoknya Diddy ke Johor Bahru untuk satu persembahan di sana.


Sekali lagi terima kasih pada semua kerana menjemput Diddy sama2 menonton wayang. Diddy juga ingin ambil kesempatan ni untuk menjemput semua ke Gathering Diddy pada 6 Jun nanti di rumah Kak Inc di Sri Hartamas. Kalau ada yang boleh pergi, jangan lupa hubungi Abang Badrul untuk mengetahui maklumat lebih lanjut. Kalau tak silap Diddy majlis Gathering Diddy akan bermula lebih kurang pukul 4 petang. Satu perkara lagi, petang tadi Diddy menonton Muzik2. Lagu "Sudah" dah jatuh ke tangga 16. Jangan lupa mengundi untuk lagu Diddy ya. Taip MM S684 dan hantar ke 33399 atau boleh layari tv3.com.my

Salam Sayang
Diddy

14 comments:

eleza737 said...

TQ sangat2 diddy sbb sudi join tgk wayang walaupon sangatlah penat sebab seharian lari2 lompat2 hehehe..

jom vote lagu SUDAH! =)

aMir RaYYaN said...

salam ....lama tunggu finally blog abg diddy update jg..hehehe...bestnye kalu dpt join abg tgk wayang ari tu..huhuhuhuh..

Anonymous said...

Thanks Diddy... Hopefully dapat gather lagi lain kali..

Cilok gambar yang ada muka nano e...(like if u can remember which one is nano..hehehe)

-nano-

Wawa said...

x tao nak komen apa.. hehehe.. but glad dpt 'dating' tgk wayang beramai2 ngan diddy. hehehe... voted the song already! hope makin naik la dalam carta. aminnnn... x sabar nk dgr single terbaru diddy! =D

apeng :) said...

salaam.

woh.lama teramat tak singgah blog diddy ni.
ada gathering? huhu.
teringin sgt nak join..
rindu kat diddy and yg lain2
tapi tak dpt join kot..
nak kene study lagikk..

all the best to you diddy. :)

AjymNarnia said...

Diddy terima kasih kerana jemput ghathering kat Sri hartamas Rumah kak Inc. Sebnrnya abg ajym mmg tertunggu2 juga sejak Bad inform akan plan nak ghatering. Dalam hati harap2 jgnlah buat 6 jun sebab kami ada event besar kat Berjaya Hotel Time Square iaitu sambutan ulang tahun penubuhan NUBHANFC. abg ajym ajk NUBHFC. Bila Bad inform date DIDDY pun hari yg sama...alamak... sedihnya... abg ajym baru plan nak jemput diddy dan bad sekali...Yg lelain tu jika nak datang silalah ...Bayaran RM55 seorang. Tertapi utk Diddy dan Bad... Ajym akan bayarkan jika datang. Tapi apa nak buat masing2 terikat dgn jadual yg ketatkan...

Acara tu akan start sama juga mcm Diddy iaitu 2 ptg hingga 7mlm. ada High-tea, simple game dan seterusnya Nubhan akan membuat show ala2 private function gitu...Nubhan akan meraikan nubies semua. Tema hari itu adalah Nubies ada untukmu Nubhan, pakaian Black anad white.

Kalau Diddy dan Bad datang mesti best.Sudah pasti Abg ajym akan melayan meja Diddy....dan bergambar puas2....tapi apa kan daya...apapun terimakasih atas jemputan. Diddy pun sama jika terluang curi2lah masa yer... kami sedia menunggu.

AjymNarnia said...

Sorry... Tempat adalah di Manhattan 1 Ballroom, tingkat 14, Berjaya Time Square Hotel

Miccalamcka said...

Diddy boleh jadi model antarabangsa lah.sebab tinggi diddy sama ngan model2 lelaki international.tapi just have to work out the muslces abit lah.and please change your hairstyle! do korean!!

Anonymous said...

Assalamualaikum
Tak sabar nak jumpa Diddy & fans diddy hari Sabtu ni.Juga tak sabar nak dengar lagu baru Diddy. K Inc jarang dapat dgr radio...sedih.. huk huk huk.

Semua yg sudi datang untuk gathering hari Sabtu nanti, terimakasih banyak2. Kak Inc minta maaf awal awal ye kalau rumah sempit, semak, panas, kelamkabut etc...

see you all
Kak Inc

apeng :) said...

salaam diddy! :)

haha.baru je lepas tgk 'serakah rashid'
wargh rindu sgt2 ngan warga casa.

tergelak gak tgk diddy berlakon.hahaha.ada dua dialog yg apeng asek teringat.
'tak guuuuuuna betol.'
'cik! saya tak bsalah cik!'
ngihih.hopefully carrier diddy berkembang dengan lebih maju lagi..

...,
apeng

mUzLiA said...

hai diddy...waahh...bestnyer tgk korang..semua senyum ceria...that night akak xdpt join...coz ade hal lain....even ari sabtu gathering tu pon last minit terpaksa kensel...mula2 mmg nk join...huhuhu...mmmm..dh lame nieh xjupe diddy...

anyway...smlm dh tgk diddy berlakon...ceta 'serakah rashid'...ahaks...not bad gak..diddy pandai main ekspresi muka..coz byk slot yg diddy berkata2 dlm hati...anyway...congrates akak ucapkan...can't wait for ur nx telefilem...

good luck for u....

ANGAH said...

Salam....

Thanks diddy & juga bad sebab sudi menjemput angah untuk hadir majlis gathering di umah kak inc. Memang best majlis yang begitu santai & simple malah mesra rakyat...hehehehe.
Even lagu diddy - "Lelaki di atas Awan" memang mesra pendengar. Angah harap diddy akan sentiasa sukses dalam dunia seni hiburan ini.
Nice to watch u - Serakah (wow!!) Dr Rashid.
All the Best!!!

Thanks to kak inc too... :)

p.a.k.w.e. said...

hye DIDDY
im 1 of ur biggest fan
haha
SUKE GILER lagu baru DIDDY
THANX coz u tak kecewakan peminat

clockwork orange said...

diddy..
do follow my blog..
http://whentheclockturnsorange.blogspot.com